Ahad, Mei 09, 2010

Lagi Remaja Ditembak Polis


ABU SEMAN (dua dari kiri) semasa melawat Mohd. Azizi yang cedera di perut akibat terkena tembakan polis di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban semalam.

TAMPIN – Seorang remaja cedera parah di bahagian perut selepas anggota polis melepaskan satu das tembakan semasa dia dikejar dalam kejadian di Jalan Seremban- Jelebu dekat sini awal pagi semalam.

Dalam insiden pada pukul 3.30 pagi itu, mangsa Mohd. Azizi Aziz, 17, difahamkan ditembak kerana tidak mahu memberhentikan motosikal yang ditunggangi selepas diarahkan oleh anggota polis kereta peronda.

Tembakan yang dilepaskan itu terkena bahagian perut Azizi hingga tembus ke usus besar menyebabkan mangsa terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) kira-kira pukul 4 pagi.

Kejadian remaja ditembak ketika cuba melarikan diri daripada polis itu adalah kali kedua berlaku dalam tempoh dua minggu selepas Aminulrasyid Amzah, 15, mati ditembak polis di Seksyen 11, Shah Alam pada pukul 2 pagi 26 April lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, siasatan awal mendapati anggota polis berkenaan telah mengarahkan Mohd. Aziz berhenti, namun mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia melepaskan satu das tembakan.

“Anggota polis yang melepaskan tembakan itu mendakwa dia melepaskan tembakan amaran sahaja tetapi ia dilakukan dalam keadaan kereta peronda yang bergerak laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

“Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mereka mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut,” katanya di HTJ di sini semalam.

kosmo


Share

11 ulasan:

  1. kita lantik polis jaga keamanan kita tapi bila polis nak periksa sesuatu apa pasal perlu lari dia jalankan tanggungjawab dia buat apa kita lari kalau kita tak buat salah, bila dah kena tembak baru nak salahkan itu dan ini.

    BalasPadam
  2. semua org yg lari dari pemeriksaan polis boleh di tembak ker?
    BODOH BINGUNG PUNYA ORG.
    cakap tak pakai otak

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/5/10 3:58 PTG

    kalo mat rempit..aku tembak jeww..huhu

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama9/5/10 4:44 PTG

    kalau perangai macam setan, tembak aje, nanti dah besar jadi penyangak, menyusahkan masyarakat. Budak remaja Melayu sekarang ramai dah rosak akhlak, tak hormat orang tua dan suka melepak sampai azan subuh, macam mana bangsa Melayu nak maju? Kalau budak baik, apa dia buat di luar pagi-pagi buta tu. Kalau dah kena tembak, baru mak bapak nak salahkan pihak berkuasa......apa peranan mak bapak dalam mendidik dan memantau pergerakan anak-anak remaja?

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9/5/10 7:53 PTG

    takan tembakan amaran. kalu tembakan amaran macam mana boleh kena budak tu. mungkin anggota tu mabuk agaknya

    BalasPadam
  6. Kalu masih Bangang baca ini.

    Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.
    (Malaysia kini Mei 8, 10 4:12PM)

    BalasPadam
  7. Ngok lagi baca ini pula

    Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata

    “Saya menganggap kejadian ini sebagai salah guna kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit menembak tanpa justifikasi yang ditetapkan oleh Perintah Tetap Ketua Polis Negara,” katanya yang turut meminta maaf kepada keluarga mangsa.(Berita Harian Online 9.5.2010)

    BalasPadam
  8. "budak baik" lagi kena tembak...
    budak yang baik ialah suka merayau2 pada waktu pagi2 buta!

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama9/5/10 9:59 PTG

    lain kali bila Polis suruh berhenti,
    berhenti jer la... bangang!

    BalasPadam
  10. Ketua Polis lagi kata salah guna kuasa dan minta maaf

    ini mamat mana pulak yg biol ni. (lain kali tulis la nama sikit)

    Nilah org kata BODOH TAK BOLEH DI AJAR

    BalasPadam
  11. sekurang2nya, untuk kes ini, polis mengaku kesilapan dan pegawai di gantung tugas.

    lihat dari sudut yg lain, remaja keluar lewat malam memang satu budaya yg tidak sihat. sesuatu yg masyarakat patut fikirkan. ke mana arah tuju remaja kini?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...