Kat Hulu Selangor, Umno sibuk duk jaja, Pakatan Rakyat guna masjid untuk kempen pilihanraya. Siap buat bantahan dan report lagi.
(Gambar kiri: Muhyiddin sedang berkempen untuk BN di Masjid Sibu)
Umno hingar-bingar apabila mendakwa TG Mursyidul Am PAS, Dato` Nik Aziz telah berkempen dalam masjid dan melanggar titah Sultan Selangor. Padahal, Tok guru Nik Aziz cuma menerima amanah dijemput oleh imam dan ahli kariah masjid itu untuk memberi sedikit tazkirah (peringatan) berkaitan kehidupan seorang muslim dan tanggungjawabnya.
Katakan orang, dia pulak yang lebih. Belum sejuk lagi bantahan Umno terhadap PAS dan Pakatan Rakyat, dah terbongkar tembelang Umno-BN yang sebenarnya mempergunakan masjid sebagai kempen politik murahannya.
Kalau di Hulu Selangor, Umno-BN sanggup mengadakan majlis bacaan Yasin dan solat hajat di masjid demi kemenangan calon bukan Islamnya. Majlis tersebut diadakan pada 23 April, dua hari sebelum tarikh pengundian di masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu.
(UMNO guna masjid untuk tujuan politik kepartian. Kain rentang dipasang sempena Majlis bacaan Yasin dan solat hajat untuk calon BN di masjid Hulu Selangor)
Yang terbaru pulak, baru sahaja selesai PRK Hulu Selangor, PRK Sibu pulak menjelma. Umno-BN tetap dengan perangai buruknya, berkempen menggunakan masjid.
Apa ke jadah Umno-BN, bila orang PR bagi tazkirah kat masjid, macam-macam mereka tuduh. Konon PR pergunakan masjid demi kepentingan politik, langgar titah sultanlah, memecah belah perpaduan masyarakatlah.
Tapi bila time depa buat, semuanya ok. Kalau Tok Guru Nik Aziz bagi tazkirah, dituduh bagi ceramah politik. Tapi bagaimana pula dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin tu. Bagi tazkirah ke?
Pandai ke Muhyiddin bagi tazkirah agama kat Masjid Sibu tu? Kalau bukan tazkirah, buat apa?Baca khutbah ke? Buat pengumuman program mingguan masjid ke?
Tak payah fikir panjanglah, Umno sejak dari dulu sampai sekarang, mempergunakan masjid untuk tujuan politik kepartian mereka. Tanpa segan silu berkempen dalam masjid untuk Umno-BN.
Sekarang sahlah, Umno yang melanggar titah sultan dan memecah-belahkan perpaduan masyarakat. Umno dengan terangan mempergunakan masjid untuk tujuan politik murahannya.
warkahdaily
Share
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...