Isnin, Mei 17, 2010

Sibu Ajar BN, Sarawak Bukan Lagi 'Fixed Deposit'

Oleh Faizal Ezzany

SIBU 16 Mei - Arena politik Sarawak sudah mula menunjukkan angin perubahan yang besar apabila calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng memenangi kerusi P212 Bandar Sibu dengan majoriti 398 undi.

Selain kemenangan pertama Pakatan Rakyat Sarawak, ia juga telah memberi kesan yang teruk kepada Barisan Nasional yang dianggap terlalu kuat di Sarawak.


Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang yang ditemui semasa meraikan kemenangan ini menjelaskan Barisan Nasional perlu sedar dan jangan lagi mengharapkan Sarawak mahupun Sabah dapat membantu mereka pada pilihan raya yang akan datang.
"Barisan Nasional perlu sedar dengan mesej yang telah dilakukan oleh rakyat Sibu pada hari ini, mereka sebenarnya telah muak dengan pemerintahan Barisan Nasional yang tidak ada pembelaan.

"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu ingat dan ambil iktibar atas kekalahan ini, jangan ingat Sarawak atau Sabah sebagai 'fixed deposit' mereka selama-lamanya.
"Rakyat sebenarnya sudah muak dengan permainan politik Barisan Nasional terutamanya setiap kali pilihan raya kecil. Mereka terlalu mudah untuk membeli jiwa rakyat dengan wang, kebangkitan rakyat pada kali ini menunjukkan mereka mempunyai maruah tanpa boleh dibelikan oleh sesiapa sahaja.

"Najib kena ingat rakyat tidak mahu diperbodohkan lagi, kita kena bekerja dengan ikhlas kerana rakyat dimana letaknya keikhlasan perjuangan sebenar setiap parti yang bertanding. Kemenangan ini menunjukkan rakyat sudah sedar mereka tidak mahu lagi di tipu oleh Barisan Nasional selama-lamanya," jelasnya.
Beliau juga memberitahu ia juga menunjukkan bahawa perubahan yang besar akan berlaku dalam arena politik di Sarawak.

"Kemenangan yang kita perolehi ini menunjukkan politik di Sarawak akan berubah sepenuhnya pada pilihan raya yang akan datang.
"Kita harapkan momentum sokongan rakyat ini akan berterusan sehingga pembentukan kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilakukan di sarawak," kata Kit Siang lagi.

suara-keadilan


Share

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...