Selasa, Mei 18, 2010

Umno, BN beli undi macam beli ayam itik

"KOTA BARU, 17 Mei — Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata rakyat sudah terlalu mual dengan amalan politik wang Umno-Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan ia gagal mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam.

“Rakyat sudah terlalu mual dengan politik wang (janji-janji pilihan raya),” kata Menteri Besar Kelantan ini.

“Umno dan BN membeli rakyat seperti membeli ayam itik, binatang ternakan boleh dibeli, tapi jika manusia pun ingin dibeli, jelas sekali manusia sudah ingin disamakan dengan ayam itik,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan petang ini.

BN memberikan janji projek pembangunan selain dana, antaranya RM5 juta yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada malam terakhir kempen untuk mengatasi masalah banjir di Rejang Park.

Nik Aziz mengharapkan BN sedar kekalahan itu menjadi bukti bahawa tidak semua manusia boleh dibeli walaupun ditabur dengan berlian dari langit dengan berkata “prinsip bukannya barang dagangan.”

Sehubungan itu, beliau percaya realiti di Sibu malam tadi menjadi tamparan hebat kepada BN dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13."

Sepenuhnya di sini.



siyasahsyariyah

Share

1 ulasan:

Sendiri mau ingat...