Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
2010/06/09
KUALA LUMPUR: Detik hitam pernah dilacurkan selain dipaksa menjadi abdi seks, langsung tidak menginsafkan segelintir ‘ibu ayam’ muda yang sebaliknya rancak menyeludup ramai gadis warga asing untuk dijadikan pelacur di negara ini.
Kebanyakan ibu ayam muda berusia 20-an terbabit berasal dari Filipina dikesan memperdaya gadis belasan tahun dari selatan negara berkenaan dengan diumpan pekerjaan sebagai pembantu restoran atau hotel bergaji lumayan.
Aktiviti yang dianggap jenayah memperdagangkan manusia itu terbukti apabila dua ibu ayam, masing-masing berusia 25 tahun ditahan polis selepas didapati memperdaya empat gadis warga asing untuk dijadikan pelacur.
Dalam kes terbaru Sabtu lalu, seorang ibu ayam muda diberkas di sebuah rumah sewa di Lahad Datu, Sabah, selepas seorang pelacur yang diperdaya membuat pengakuan kepada polis berhubung dalang di sebalik kegiatan maksiat dilakukan.
Sumber polis Bukit Aman berkata, susulan itu polis menjalankan risikan sebelum menjejaki ibu ayam warga asing terbabit yang hidup mewah hasil kegiatan menjual maruah gadis senegara di Malaysia.
Operasi disertai Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintanden Shamsudin Mat Zin dilakukan selepas orang awam memberikan maklumat berhubung seorang gadis warga Filipina yang dilacurkan di sebuah hotel di bandar berkenaan.
“Gadis berusia 19 tahun itu diperdaya bersama tiga rakan dengan dijanjikan pekerjaan di hotel di Sabah. Mangsa yang tertarik kata-kata manis dijanjikan bayaran RM2,000 sebulan bersetuju mengikut ibu ayam terbabit sebelum dijadikan pelacur di bandar berkenaan.
“Bagaimanapun, dia tidak berani untuk melarikan diri selepas diugut selain sering ditakut-takutkan ibu ayam yang mendakwa mereka akan ditangkap pihak berkuasa dan polis kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah memasuki negara ini,” katanya.
Namun, katanya, seorang mangsa yang berasal dari Zamboanga City, Filipina, sanggup membuka mulut selepas seorang pelanggannya menawarkan bantuan bagi membebaskan mangsa dari cengkaman sindiket terbabit.
“Hasil soal siasat, polis mengesan rumah ibu ayam terbabit yang terletak tidak jauh dari hotel berkenaan. Dalam operasi jam 8.40 malam itu, polis menyerbu rumah suspek sebelum menahannya bersama seorang lelaki dipercayai ahli sindiket.
“Siasatan mendapati ibu ayam berusia 25 tahun terbabit mempunyai pasport sah memasuki negara ini dan dikesan ‘menjual’ setiap mangsa yang dilacurkan dengan harga RM180 sekali perkhidmatan,” katanya.
Sehubungan itu wanita terbabit ditahan polis mengikut Seksyen 13 Akta Memperdagangkan Manusia 2007 untuk tindakan lanjut.
hmetro
Share
Mengapa agaknya mereka suka datang ke Malaysia? ehehhehehe
BalasPadam1. Rakyat Malaysia kuat seks?
2. Rakyat Malaysia pemurah?
3. Rakyat Malaysia ada duit?
Kalau ketiga-tiganya sekali bermakna ekonomi Malaysia jauh lebih mantap sebab itu rakyatnya tak kisah buat duit dan undang penyakit. hihihihi
aku yang bingai
e-Direktori Bloggers Malaysia
ko memang bangang! tepat skali kebangangan ko!
BalasPadamsebab ape diowg seludup rakyat asing?
1. punca pendapatan yg senang
2. pegawai senang dirasuah
3. dibela oleh orang atasan
4. puncanye mahathir yg menyebabkan trend ni berterusan smpai skang (pahamkan maksud aku)
5. tenaga buruh yg murah
6. rakyat kita memang gila seks!!!
7. tanda2 negara kita semakin kurang keislamannya (pahamkan maksud aku)
konklusinya negara kita boleh!!
satuuuuuuuuuu MALAYSIA
satuuuuuuuuuuu MALAYSIA
SATUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU MALAYSIA!!!!!!!!!!