Selasa, Oktober 18, 2011

IKRAR SOKONG BN SYARAT DAPAT IC?


PAS mendakwa 240 warga asing yang dikesan cuba mendaftar menjadi warga negara Malaysia di Astana Dugang  Country Resort dekat Putrajaya pada 12 Oktober lalu telah dipaksa berikrar  mengundi parti kerajaan.Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat  (gambar) berkata, ikrar secara lisan itu dilihat  saksi yang  berada dalam bas yang dipenuhi warga asing terbabit ketika dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke Putrajaya.
Suhaizan mendakwa, berdasarkan saksi itu terdapat seorang wanita yang memakai jaket Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menaiki bas daripada hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kulai.
“Wanita itu kemudiannya memberi taklimat  tanpa menggunakan mikrofon, namun tidak bersama kumpulan warga asing ini semasa di Astana Dugang Country Resort,” katanya dalam sidang media di Pejabat Agung PAS  di sini hari ini.
Beliau berkata, arah perjalanan warga asing ini juga berubah-ubah kerana tujuan asalnya adalah bermesyuarat di Putrajaya, kemudian dipecahkan d ibeberapa lokasi di Johor.
Apabila sampai di Putrajaya bas terbabit berlegar-legar disekitar dan kemudian diarahkan membawa sekumpulan warga asing itu ke Astana Dugang Country Resort.
Sehubungan itu, Suhaizan mahu satu badan siasatan bebas ditubuhkan bagi menyiasat kejadian berkenaan selain jaminan saksi yang terlibat bebas tampil untuk memberi keterangan dan bukannya secara paksaan.
“Kementerian Dalam Negeri (KDN), JPN dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa bebas ini,” kataya.
Himpunan di Parlimen
Beliau berkata Dewan Pemuda PAS (DPP) akan membuat himpunan beramai-ramai di hadapan bangunan Parlimen pada pagi Isnin 24 ini  bagi mendesak Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjelaskan isu terbabit.
Suhaizan berkata, beliau dan Timbalan Presiden PAS  Mohamad Sabu  akan menyerahkan memorandum kepada Hishamuddin di Parlimen pada hari berkenaan,
Sementara itu, Suhaizan turut menyelar kenyataan Hishamuddin yang seolah-olah lepas tangan dalam isu ini apabila mhu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).


Katanya, PSC ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihan raya dan bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN.
“Menteri Dalam Negeri juga tak tahu apa tujuan warga asing berkenaan berada di sana sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang tahu.
“Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan tertentu,” katanya.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...