Ahad, Julai 08, 2012

Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???


Seorang Hafiz Al-Quran, juga merupakan Presiden Mesir disamakan dengan FIRAUN???

Tindakan Harian Metro keluaran Sabtu, 7 Julai 2012 melukis dan menerbit lukisan seperti ini adalah sesuatu penghinaan kepada Islam! Dr Muhammad Morsi digambarkan seperti firaun dan Bulan Bintang, lambang Islam diletak di atas piramid. Kemenangan mereka yang berjihad memperjuangkan Islam digambarkan seperti ini, tatkala umat Islam mengharapkan sinar kegemilangan Islam.

Inikah cara Akhbar Malaysia meraikan kemenangan pejuang Islam di Mesir?

p/s : Mohon pihak editor akhbar menarik balik gambar dan mengakui kesilapan. Allahurabbi...

Aktivis Terengganu

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...