Gerakan Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) Ditubuhkan Oleh Penyokong Tegar Bola Sepak Malaysia
GERAKAN sekumpulan penyokong tegar bola sepak Malaysia menuntut perubahan drastik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan hala tuju serta kepimpinan baru lebih dinamik dan efisien.
Kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai, Presiden FAM Sila Letak Jawatan (PFSLJ) ini turut membangkitkan lima masalah utama yang perlu diambil tindakan segera sekiranya enggan masa depan bola sepak negara terus bergelap.
Al Fadli Awaludin yang mewakili kumpulan berkenaan berkata, FAM perlu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada skuad kebangsaan yang dilihat tidak banyak berubah dari segi kemajuan dan pencapaian sejak lebih dua dekad lalu.
“Selama 28 tahun, daripada liga amatur, kita beralih ke liga semi-pro pada 1989 dan ke liga profesional pada 1993, namun hasilnya bola sepak negara masih dalam kategori Gred D.
“Jadi apa dan ke mana sebenarnya hala tuju bola sepak negara? Adakah masih lagi berpaksikan Sukan Sea dan Piala AFF sahaja?,” katanya, semalam.
Mereka juga mahu FAM meletakkan satu penanda aras yang jelas dan kemudiannya menjadi titik fokus skuad negara membentuk pasukan lebih mantap.
“Mereka perlu ada misi dan visi. Apa yang yang mereka mahukan 10 tahun akan datang,” katanya.
Kumpulan ini turut mempersoalkan cara pentadbiran FAM dan sistem liga bola sepak yang diguna pakai.
Katanya, format liga yang sering berubah tidak membantu prestasi sukan itu sendiri, tetapi hanya membiarkan ia terlalu selesa dengan apa yang dikecapi dan tiada kemajuan yang boleh dibanggakan.
“Apa yang kami mahukan adalah perubahan yang dapat menaikkan bola sepak negara. Jika perlu, barisan kepimpinan tertinggi perlu diberi nafas baru, ia adalah wajar dilakukan,” katanya.
Rasa tidak puas hati kumpulan itu turut diterjemah melalui memorandum yang telah dihantar kepada FAM. Sehingga kini, tiga memorandum sudah diserahkan, namun masih tiada perubahan berlaku.
Bahkan mereka akan terus menghantar petisyen agar perubahan dilakukan demi masa depan bola sepak negara.
celahgelegar
Lihat Disini Puteri Umno Kontoi?
BalasPadamMasa Tan Sri Eliyas Omar dulu memang Malysia terbaik.
BalasPadamaku sokong sangat kalau presiden fam letak jawatan...kalau bolih raja2 ni tak payah dok campur pasai sukan..org dibawah susah.... nak bercakap lebih sikit nanti cakap derhaka plak...pada zaman raja jaga sukan nilah yg paling teruk....bolasepak langsung tak nampak kemajuan..
BalasPadamSaya sokong pendapat anda...biarlah para sultan di istana demi menjaga martabat mereka...biarlah rakyat biasa yang uruskan hal-hal lain...
PadamNajib PM ketundusan Idea?Lihat sini
BalasPadamJangan desak Presiden FAM letak jwtn bro..takut nanti ko kena PECAT kat Presiden FAM mcm Nuar Musa....Dia RAJA bro...
BalasPadamSudah lama sangat.. patut sudah lama berhenti. Samangat baru selalu datang dari peminpin baru dan had kan kepada satu penggal lima tahun.
BalasPadam200% setuju presiden FAM letak jwtan.
BalasPadamkalau org tua tu letak jawatan... anak dia take over.... 2 x 5 .... 3 + 7
Padamkalau org tua tu letak jawatan... anak dia take over.... 2 x 5 .... 3 + 7
Padam