Khamis, Julai 27, 2017

Jika berani bersumpahlah wahai Apandi



Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengakui beliau mengetahui kandungan laporan tiga pihak berkuasa negara ini dalam siasatan mereka terhadap 1MDB.

Katanya, laporan disediakan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Audit Negara berkenaan ada dalam pengetahuannya.

"Saya tahu. Saya memang tahu," katanya dalam blog beliau hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Tan Sri Abdul Gani Patail - yang ketika itu masih berkhidmat sebagai peguam negara - menunjukkan laporan Bank Negara kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau masih menjadi timbalan perdana menteri.

Muhyiddin pula, katanya, sering menyebut mengenai laporan yang ditunjuk kepadanya oleh Abdul Gani itu sebelum beliau dipecat.

"Dan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), termasuk saya, telah bincang (mengenai) laporan-laporan ini.

"Sebab itu saya tahu," katanya.

Justeru Dr Mahathir yang kini menjadi pengerusi BERSATU dan Pakatan Harapan (HARAPAN) mencabar Tan Sri Mohamed Apandi Ali - yang menggantikan Abdul Gani - bersumpah.

Butiran tentu direkodkan

"Saya tahu Apandi bohong, sebab itu (dia) letak laporan (mengenai siasatan 1MDB) itu di bawah Akta Rahsia Rasmi.

"Kami tahu dan Tuhan lebih tahu. Jika berani bersumpahlah," katanya lagi.

Pada 17 Julai lalu Dr Mahathir berkata jika HARAPAN berjaya mengalahkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti, mereka akan memanggil Apandi untuk ditanya mengenai penggunaan OSA bagi menutup apa yang didakwa beliau sebagai bukti penyelewengan 1MDB.



Bagaimanapun Apandi (gambar) menegaskan, beliau tidak menyembunyikan sebarang bukti salah laku atau jenayah membabitkan syarikat pelaburan milik kerajaan itu.

"Saya tidak takut sesiapa, termasuk Mahathir. Saya tidak takut kepada manusia, tetapi saya takut kepada Allah," katanya.

Kata Dr Mahathir tiada wang boleh dipindah dari satu pihak ke pihak lain tanpa membabitkan dokumen.

Wang dalam jumlah yang besar - sama ada berbilion atau juta - juga tidak boleh disimpan sebagai wang tunai sebaliknya disimpan di dalam bank.

Dalam keadaan begitu, katanya, butiran transaksi itu direkodkan, termasuk pemiliknya, jumlah, mata wang, tarikh dan punca kekayaan orang yang menderma.

"Juga akan disebut nama penerima, hari bulan dan segala transaksi yang melibat wang berkenaan.

"Tidak mungkin wang tunai sebanyak itu diguna. Semua transaksi menggunakan cek. Dan segala-galanya ditulis dalam cek berkenaan, dan buku akaun bank," katanya.

Cakap mulut tak memadai

Tambah bekas perdana menteri itu, sepucuk surat daripada pemilik asal saja tidak mencukupi untuk menjelaskan sepenuhnya kedudukan wang berkenaan.

"Sesiapa sahaja boleh tulis surat seperti ini.

"Dokumen-dokumen lain perlu ditunjuk sebagai bukti kebenaran kenyataan kedua-dua pihak: pemilik, penerima, bank yang mengeluar dan bank yang menerima.

"Setakat ini dokumen-dokumen ini tidak ditunjuk sebagai bukti," katanya.

Sesungguhnya, kata Dr Mahathir, pemindahan wang yang begitu banyak perlu direkodkan dalam kertas yang "berjela-jela" dan boleh digunakan oleh penyelidik atau orang yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran.

"Tetapi dalam kes (dana) AS$681 juga bersamaan RM2.6 billion yang ada dalam akaun Najib di Ambank, selain dari kononnya pengakuan penderma Arab, tidak ada dokumen lain untuk menjadi bukti kesahihan pemindahan wang yang begitu banyak.

"Kita juga perlu diberitahu bagaimana duit ini diperolehi oleh Arab kaya ini.

"Tentulah ia memiliki jauh lebih banyak dari duit yang diberi.

"Cakap mulut (sumbangan wang daripada penderma) Arab, Najib dan peguam negara saja tidak cukup untuk meyakinkan mahkamah atau orang ramai berkenaan punca AS$681 juta yang masuk ke akaun Najib.

"Juga bahagian yang kononnya dikeluarkan," katanya.

Justeru kata Dr Mahathir satu lagi suruhanjaya siasatan diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyelidik kes 1MDB.

"Jika isu 30 tahun dulu perlu disiasat, kenapakah jenayah terkini disembunyi?

"Berani kerana benar. Jika takut menubuh RCI untuk ini, sebabnya tentulah kerana salah," katanya.

MK





8 ulasan:

  1. Tanpa Nama27/7/17 9:47 PG

    Jangan harap la Apandir nk bersumpah dgn nama Allah swt.demi Kuasa dan Pangkat dan Dedak Apandir Sanggup Bersumpah atas nama NAJIB Tuhan dia yang beri Duit dan Kuasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf jika lewat pasan ini saya publikasikan dan sampaikan kisah sukses saya.
      saya seorang TKI DI MALAYSIA
      pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
      sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
      gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
      kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
      nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
      melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
      hubungi dan minta angka bocoran Toto/malaysia
      angka yang di berikan waktu itu 4D 
      ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
      MBAH KASSENG
      NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

      Padam
  2. Apa bezanya semasa Mahathir pecat Anuwar..??
    Tidak semua melayu mudah lupa..!

    BalasPadam
  3. Mahadir ni sibuk fitnah orang diri sendiri buat banyak skendel...BMF lah matawang asing lah, bail out kroni guna wang rakyatlah dan macam2 lagi. Bilion2 wng rakyat hilang into thin air masa dia jadi PM. Pembunuhan Mamali lah...hee...geramnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit tabung keluarga mamali sapa pegang? Dah licin kena cilok ke? Sapa cilok?

      Padam
    2. Hoi mangkuk, kalau tidak tahu kronologi dan sejarahnya lebih baik kamu diam. Ia hanya memaparkan kejahilan kamu saja. Ketika skandal BMF dulu, Menteri Kewangan adalah Tengku Razaleigh Hamzah dan isu Memali pula Menteri Dalam Negeri masa itu ialah Musa Hitam.

      Padam
  4. Apandi apandi apandi....gua rsa lu udah gabrar....

    BalasPadam
  5. Very nice post.really I apperciate your blog.Thanks for sharing.keep sharing more blogs.

    หนังจีน

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...