Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Februari 26, 2011

KHIDMAT SEKS DI KEBUN GETAH

Segamat: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.



Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.



Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.



Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.



“Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.



“Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.



Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.



Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.



“Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. -hm



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Uthayakumar : Perhimpunan Besar-Besaran HRP Tetap Diteruskan



SHAH ALAM 25 FEB : Perarakan raksasa yang bakal berlangsung pada Ahad ini tetap diteruskan kata Penasihat Parti Hak Asasi Manusia (HRP), P Uthayakumar.

Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Hindu Rights Action Force atau Hindraf adalah satu badan yang diharamkan, namun
menurut Uthayakumar, ia adalah satu perhimpunan aman yang dibolehkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

" Kami ingin menegaskan di sini bahawa menurut artikel 10 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan,perlembagaan telah pun memberikan hak kepada rakyat untuk berhimpun secara aman dengan tidak membawa senjata. Menurut lunas perlembagaan ini, kami akan meneruskan dengan perhimpunan aman kami," katanya.

Beliau ketika diminta mengulas kenyataan Muhyiddin berkata, Umno juga pada suatu ketika dahulu pernah diharamkan dan mereka kembali dengan Umno yang baru.

Hal itu katanya sama dengan Hindraf apabila pertubuhan itu kembali dengan nama baru yang telah pun didaftarkan kepada pendaftar pertubuhan dengan nama Hindraf Makkal Shakti.

" Apa yang kami ingin jelaskan di sini ialah pada akhir tahun 1980-an Umno sendiri pernah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Umno menjadi Umno baru. Jadi demikian juga Hindraf pada hari ini yang menjadi Hindraf Makkal Shakti.

" Permohonan untuk mendaftarkan Hindraf Makkal Shakti ini telah pun diserahkan kepada pendaftar pertubuhan pada 2 Oktober 2009 dan kami telah memperolehi
akuan penerimaan pada pendaftar pertubuhan tersebut," jelas Uthayakumar.

Menurut Uthayakumar, ketika pertemuan dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi pihaknya telah memaklumkan akan mengikuti segala peraturan termasuk berjanji perarakan tersebut tidak akan menjejaskan perniagaan dan lalu lintas di kawasan terbabit.

" Namun demikian, Ketua Polis Daerah Dang Wangi telah menolak tawaran kami dan hari ini kami telah pun menghantar satu rayuan kepada Ketua Polis Kuala Lumpur
supaya satu permit dikeluarkan dan dalam apa jua keadaan, kami akan terus dengan perhimpunan aman kami pada Ahad ini," katanya lagi.

Semalam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur menerusi satu kenyataan berkata, permohonan permit yang dibuat parti itu kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi tidak diluluskan atas dasar keselamatan.

Perarakan raksasa pada Ahad ini dijadual bermula jam 9 pagi dari KLCC menuju ke Balai Polis Dang Wangi.

tvs

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Jumaat, Februari 25, 2011

HARGA MINYAK HANYA BOLEH BERTAHAN SEHINGGA SELESAI PRK

KAH! KAH! KAH!
DOK ULANG LAGI MINYAK TAK NAIK HARGA
KAH! KAH! KAH!
KERAJAAN BOLEH LAGI BERTAHAN MENAMPUNG SUBSIDI
KAH! KAH! KAH!
BERTAHAN HINGGA SELESAI PILIHANRAYA KECIL MERLIMAU DAN KERDAU
PASAI TU DEPA BUAT SERENTAK KOT
KAH! KAH! KAH!
SUPAYA SENANG NAK PENAIK HARGA KEESOKKAN HARINYA
KAH! KAH! KAH!

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada kadar RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) kecil) semalam.

Menurut beliau, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan harga minyak dunia itu.

“Kerajaan akan mengekalkan harga semasa dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.

“Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikkan harga RON 95 dan diesel,” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.

Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion. - Kosmo

*Lagiberita kata: Kenapa tidak naik? Adakah kerana Umno sayang pada rakyat? Atau sebab ada pilihanraya kecil waktu terdekat ini? Pastinya menang pilihanraya, hadiah untuk rakyat adalah naik harga minyak...

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive