SPR telahpun menetapkan hari mengundi bagi pilihanraya kecil P44 Parlimen Permatang Pauh pada hari Selasa 26 Ogos 2008 bersamaan 24 Syaaban 1429 Hijrah. Biaq pi la..itu adalah tugas dan kuasa mereka. Barang diingat kepada semua, hari Selasa adalah hari bekerja. Jadi kepada anak-anak muda di sana yang bekerja janganlah melepaskan peluang untuk pergi mengundi. Inilah masanya untuk kita menyatakan sokongan kepada DSAI dan Pakatan Rakyat khasnya.
Undi golongan muda inilah yang akan banyak membantu kepada kemenangan PKR selain dari golongan pertengahan dan veteran tidak juga kita lupakan. Sekiranya kita dapat maintain macam PRU ke 12 baru-baru ini,syukur Alhamdulillah. Masa itu kita menang dengan majoriti 13,388. Harapan kita agar kali ini kita akan dapat menambah majoriti kemenangan. Ini berdasarkan situasi sekarang di mana rakyat terhimpit dengan kenaikan harga petrol dan diesel. Lebih daripada itu juga, rakyat sudah muak dengan pelbagai janji kosong pemerintah.
Pada hari itu seramai 58,459 orang termasuk 490 undi pos layak mengundi.Daftar pemilih yang akan digunakan dalam pilihanraya tersebut dikemaskini sehingga 31 Julai 2008. Sudah tentu ramai pengundi baru akan mengundi buat pertama kali. Harapan untuk menang lebih besar memang ada kerana boleh dikatakan pengundi muda sememangnya pro pembangkang.
Biaq pi la...menang besar atau kecik,janji menang. Sebab kita dah tak tahan lagi dah nak tengok Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...