Rabu, Oktober 29, 2008
BETUL KE BEB???
Untuk makluman semua,gambar di atas tidak ada kena mengena dengan berita selanjutnya.Jika ada kena mengena pun mungkin dari segi klasiknya sebuah impian yang semakin menjarak dari sempadan realiti...
Semua Ahli Parlimen dari PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini! Seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.
Beliau berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.
Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.
Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.
“Jangan terkejut, kerana Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Walaubagaimanapun, dua jawatan penting kabinet, Menteri Dalam Negeri dan menteri Perdagangan Antarabangsa akan diisi oleh wakil Cina, dan Lim Kit Siang merupakan calon pilihan.
sumber:perakexpress
Selasa, Oktober 28, 2008
KECOH LEBIH LA
Kerajaan akan menurunkan lagi harga minyak akhir bulan ini tetapi tidak akan melebihi 15 sen bagi petrol dan 20 sen bagi diesel berikutan penurunan harga minyak dunia ketika ini yang sehingga kelmarin turun kepada AS$62 (RM221.34) setong.
Hang pa tengok tu,belum turun harga dah kecoh satu malaya.Masa nak naik tak dak pulak heboh-heboh. Kalau setakat 15 sen tak payah la menjerit bagi tau. Harga petrol sepatutnya RM 1.60 seliter kalau ikut pasaran minyak mentah dunia sekarang ni.
Kononnya untuk elak pengusaha rugi,kepentingan rakyat ditendang ke tepi.
Isnin, Oktober 27, 2008
Sambutan Deepavali Di Ipoh
Hari ini saya berkesempatan untuk hadhir memeriahkan sambutan Deepavali di Ipoh.
Tahniah kepada pihak penganjur - Aktivis KeADILan dan DAP di Perak yang berjaya menghimpun puluhan ribu masyarakat India di Little India, Ipoh.
Saya turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Divali, menekankan agenda perubahan serta menuntut pembebasan semua tahanan politik.
Kami kemudiannya dijamu dengan tosei dan teh tarik!
ANWAR IBRAHIM
Tahniah kepada pihak penganjur - Aktivis KeADILan dan DAP di Perak yang berjaya menghimpun puluhan ribu masyarakat India di Little India, Ipoh.
Saya turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Divali, menekankan agenda perubahan serta menuntut pembebasan semua tahanan politik.
Kami kemudiannya dijamu dengan tosei dan teh tarik!
ANWAR IBRAHIM
Deepavali Nal Valthukhal!
biaqpila.blogspot.com mengucapkan Selamat Hari Deepavali
kepada semua penganut agama Hindu...
Deepavali Nal Valthukhal!
Mindem sandipo...
Ahad, Oktober 26, 2008
TAK PAYAH MESYUARAT TURUNKAN HARGA MINYAK
Ekoran harga minyak mentah global turun secara mendadak sejak akhir-akhir ini, kerajaan membayangkan akan menurunkan lagi harga runcit petrol dan diesel pada akhir bulan ini.
Apa pasai pulak nak membayangkan lagi? Memang harga petrol dan diesel sepatutnya diturunkan.Takkan la rakyat kena bayar lebih daripada harga yang sepatutnya.Maka tak perlulah bermesyuarat kalau sekadar nak turun 15 sen. Nak buat mesyuarat pun dah makan berapa banyak kos.Masa lagi terbuang. Kalau dah ada mekanisma tentang penurunan harga petrol/diesel maka ikut sajalah. Kalau tak ada mekanisma buatlah mekanisma,maka bila harga macam ni berapa banyak mau turun,kalau harga macam tu berapa banyak mau turun,jadi tak payahlah dok buang masa mesyuarat setiap kali harga minyak dunia turun atau naik.
Yang menarik dan menghairankan,masa nak naik harga minyak bulan Jun lepas, langsung tak bagi tau kat rakyat. Malah sanggup menipu sebelum pilihanraya kata minyak tak akan naik pada tahun ini.Tup-tup naik mendadak. Malam tu juga rakyat marhain menggelabah,maka diserbu stesyen minyak beramai-ramai kerana berebut konon nak isi minyak murah buat kali terakhir dalam hidup. Sehingga ada seorang terkorban gara-gara membawa beberapa tong berisi petrol dalam lori kemudian terbabit dalam kemalangan pada malam tu.
Masa nak turun harga siap bagitau seawal lagi dua bulan.Bukan itu saja, nak buat mesyuarat turun harga juga dibagitau awal-awal lagi.Lepas tu yang turun seposen saja.Bukan main bangga depa dapat turunkan harga minyak padahal memang patut diturunkan pun.
Untuk makluman, kelmarin harga minyak mentah dunia adalah AS$62(RM221.34) setong dan dijangka akan turun sehingga S$50 (RM178.50) setong tahun depan.Bayangkan berapa banyak mesyuarat lagi yang akan dibuat untuk menurunkan harga minyak.
Rabu, Oktober 22, 2008
Rahsia jari
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.
Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang?
http://isuhangat.blogspot.com/
Nak hidup susah…dah mati pun susah
Oleh: mat saman kati
Harga gula akan naik sekupang lagi. Lepas tu..harga teh tarik jugak akan naik…harga kuih ketayap dengan limas pun akan naik sekupang. Lama-lama…nak duduk kat kedai janda Bakaq pun macam pekena teh kat bistro.
Tak kisah la kalau pendapatan pun naik sekupang. Tapi harga getah dah turun cukup rendah. Semalam…harga getah beku dah jatuh ke paras seringgit sembilan kupang. Kalau bulan dulu, bila bersembang kat kedai kopi…tak risau ada orang yang bayar. Sekarang…masing-masing tunggu sapa nak bayar. Teruk la…
Tauke sawit pun sekarang dah malas nak pergi kebun. Bulan dulu…harga sawit boleh dapat sekitar enam ratus ringgit satu tan…sekarang dibawah tiga ratus ringgit. Nak makan apa? Nak bayar duit baja…duit racun…duit upah pun tak cukup! Mati la…
Yang loaded sekarang…sapa-sapa yang terpilih jadi perwakilan Umno. Tak payah masuk skim Pak Man Telo..duit masuk macam ayor.
Minggu lepas, mak mentua aku meninggal dunia. Sapa yang nak mati? Jadi macam-macam la usaha dibuat untuk terus hidup. Seminggu sebelum Raya, dia jatuh dari kerusi roda…patah tulang punggung dan doktor kata kena bedah. Umur dah 86, risiko nak buat operation ni tinggi..jadi anak-anak pun bawak dia pergi ke HUKM. Nak bagi rawatan terbaik untuk emak sendiri.
Layanan memang class. Nak panggil nurse tak payah pergi kaunter…cuma petik loceng. Nak makan…boleh pilih apa nak..bukan macam hospital Third Class. Tup-tup bila dapat bil…RM15, 664.00! Whoa! Tu baru dua belas hari…kalau sebulan…boleh buat sebiji banglo kat Kati.
Sekali tekan loceng…RM15.00
Sekali minum pagi…RM 12.00
Makan tengahari…RM28.00
Sekali doktor masuk check…RM120.00.
Last-last doktor bagi tau…bawak balik la..”There’s not much we can do”
Kalau aku la yang cakap macam tu, walaupun dibayar hanya lima ringgit suku..naya kena luku.
Tak apa la…kalau ada duit. Kalau aku yang kena macam tu…suruh doktor suntik racun tikus lagi bagus.
Lebih kurang seminggu selepas raya, mak mertua aku sibuk nak balik rumah dia sendiri kat Tanjong. Macam tau-tau pulak. Dan minggu lepas…dia pun ucap selamat tinggal pada semua.
Dah mati pun satu cerita. Sapa nak korek kubur? Sapa nak mandi mayat? Sapa nak tanam? Duduk kat Gurney Drive…nak cari sapa? Kalau kat kampong…budak-budak hisap gam pun boleh gali kubur.
Rupa-rupanya tak susah. Ada package jenazah. Semuanya siap diuruskan. Bayar saja.
Fuh!! lagi senang!…. kalau ada duit la..
Kalau ikut ugama…(takat yang aku tau la…) nak menguruskan jenazah ni bukan la susah sangat. Duduk kat kampong…keluarga simati tak perlu risau apa-apa pun. tapi kat pekan…kalau tak dak duit…naya ooo!
Masa nak sembahyang jenazah…ada sorang tu bagi tau…suruh sediakan peket hijau. Isi la seringgit dua..nak bagi kat orang yang sembahyang. Ish!! tak kan nak sembahyang jenazah pun nak bagi upah?
Bila dah selesai pengkebumian…member tu tanya kat aku lagi..”tak huloq ka kat Tok Imam yang baca talkin tu?” Laaa… kalau kat kampong…ambil tikar atau payung tu..bagi saja la.
Dalam pukul enam petang …lagu tu, member yang sama bagi tau kat aku..”Malam ni nak buat tahlil nak makan apa?”
Whoit!! Aku dah tengah mati…sehari suntuk takat pekena kopi O sejuk..dah nak sediakan jamuan untuk tahlil pulak!
“Tak payah masak…hang pi beli murtabak kat Hameediyah cukup!” member bagi tau.
“Berapa keping?”
“Beli la…lima enam puluh keping.”
Aku pun pi kat Hameediyah..beli 60 keping murtabak. Sekeping empat ringgit. Hutang kat Hameediyah empat puluh ringgit. Aku ingat dua ratus dah cukup dah.
Aku pun pi hantaq kat Masjid Kelawei. Mamak tu bungkus.. lima keping satu bungkus.
Lepas sembahyang Isya..baru la nak pekena murtabak. Pi kat belakang tinggal dua bungkus. Mana pi?
Rupa-rupanya…geng bangla ni…depa tak tunggu orang habis baca doa. Sebaik habis saja sembahyang Isya..depa cekup sebungkus sorang…terus belah. Sorang sapu lima keping murtabak…raya sakan.
Naya…
http://perakexpress.com/?cat=14
Selasa, Oktober 21, 2008
Laporan Polis Dibuat Desak Kertas Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Dibuka Semula !!
KUALA LUMPUR 21 Oktober 2008 - Pemimpin kanan AMK Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat, Saudara Badrul Hisham Shaharin hari ini mengetuai sekumpulan lima orang dari "Sekretariat Anak Muda Malaysia" (SAMM) membuat aduan polis terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Badrul yang menjadi jurucakap bagi kumpulan itu berkata mereka meminta polis membuka semula kertas siasatan kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan menyiasat dakwaan mereka bahawa Najib menyalahguna kuasa dan kedudukannya dalam kes berkenaan. Najib, yang menjadi sasaran pelbagai tuduhan sejak muncul sebagai calon tunggal jawatan presiden Umno, sebelum ini telah menafikan beliau mempunyai apa-apa hubungan dengan wanita tersebut.
Kumpulan itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira 1.30 tengah hari. Kumpulan itu juga mendakwa mereka menyerahkan kepada polis dokumen 21 muka surat bagi menyokong dakwaan bahawa Najib terlibat dalam rasuah pembelian kelengkapan tentera. "Kami meminta polis menyiasat penglibatan Najib dalam pembelian dan perolehan Eurocopter semasa menjadi Menteri Pertahanan yang dilihat banyak wang kerajaan dilaburkan," katanya. Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) telah menyiasat pembelian helikopter buatan Perancis-Jerman itu untuk menggantikan helikopter Sikorsky berusia lebih 30 tahun yang digunakan Angkatan Tentera Malaysia, berikutan pelbagai tuduhan kononnya berlaku rasuah.
Pelbagai pihak, dalam masa yang sama, telah menyatakan sokongan terhadap pembelian helikopter serbaguna jarak jauh itu walaupun harganya lebih mahal berbanding beberapa model lain kerana ia bermutu tinggi dan berteknologi lebih canggih. Badrul berkata sekretariat berkenaan juga akan membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) selewat-lewatnya esok. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zulkarnain Abd Rahman ketika dihubungi mengesahkan laporan telah dibuat dan polis, katanya, akan menjalankan siasatan.
SEJADAH TANPA IZIN
"SEJADAH INI DIAMBIL TANPA IZIN DARI PLUS" Itulah ayat yang dapat dibaca jika kita rajin membelek di bahagian belakang sejadah di surau lebuhraya PLUS. Apa yang dimaksudkan oleh PLUS,sejadah ini diambil tanpa izin?..walaupun ada yang faham apa yang ingin disampaikan iaitu jika sejadah itu di ambil tanpa izin dan dibawa ke tempat lain barulah boleh kena pada maksud ayat tersebut..tetapi jika kita membaca ayat tersebut di surau PLUS semasa kita nak bentang sejadah untuk bersolat,adakah dikira tanpa izin juga? Kerana kita terpaksa mengambil sejadah itu dari tempatnya sebelum membentangkannya. Akan terlebih haru lagi maksudnya jika ada orang yang menafsirkan sejadah itu diambil tanpa izin dari PLUS dan diletakkan di surau tersebut.Confuse betul dengan ayat tu.. sepatutnya tulis "SEJADAH INI ADALAH HAKMILIK PLUS" pun dah cukup senang untuk mengatakan ianya hakmilik PLUS.
Jumaat, Oktober 17, 2008
HARGA BARANG TAK MAU TURUN APA NAK BUAT?
Oleh Pida2
Harga minyak petrol dan diesel dah turun..tapi belum sampai tahap penurunan yang sepatutnya. Sewaktu minyak dinaikkan dulu harga minyak dunia sekitar US147 dan petrol kita dinaikkan kepada RM2.70. Hari ini 16.10.08 minyak dunia berada pada paras US72 dan secara mudahnya harga petrol sekarang sekitar RM1.30 sahaja seliter bukan RM2.30. Tapi tak mengapa orang tahu kemana perginya RM1 tu. Antaranya dapat kepada pemerintah dan pengusaha-pengusaha minyak yang takut jatuh papa kedana akibat kejatuhan harga minyak. Maklumlah semua orang tahu tauke-tauke minyak ni kaya-kaya belaka berbanding dengan orang lain. Lagipun mereka mendapat belaian daripada pemerintah yang ada.
Mana boleh hidup susah macam orang kampung yang naik motor tak da “mudguard” dan nombor plat! Tapi mereka (tauke) ni perlu sedar duit orang kampung inilah dan para marhaen lain yang disapu untuk hidup mewah. Berapa kerat sangat orang kaya di Malaysia ni berbanding dengan majoriti rakyat yang menggunakan petrol seharian. Majoriti mereka adalah hidup sederhana dan miskin. Tidak mengapa Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan. Hari ini hari kamu, esok lusa belum tentu.
Nak salah siapa apabila harga barang tidak mahu turun? Waktu menaikkan harga barang peniaga memberi alasan bahawa harga petrol naik. Tetapi kini harga barang tetap tinggi walaupun petrol dah turun sedikit. Pada pendapat saya dalam hal ini pemerintah adalah yang pertama dan utama perlu dipersalahkan. Kesalahannya ialah kerana menaikkan harga minyak macam orang gila, macam orang kalah judi iaitu tanpa memikirkan kesan kenaikkan yang melambung itu kepada rakyat jelata. Orang tidak sekolahpun boleh membuat jangkaan kesan kenaikkan yang menggila tu. Kerajaan boleh menaikkan sedikit demi sedikit macam dia menurunkan harga minyak sekarang ini, macam siput babi berjalan! Kenapa dia tak buat?
Sebabnya, orang yang hilang kewarasan tidak mampu berfikir panjang. Kesalahan lain pemerintah ialah kerana kegagalan ia membuat pengawalan dan pemantauan ke atas harga barang keperluan. Buktinya dulu sewaktu YB S.Afdal menjadi menteri harga ayam dapat kekal RM6.00 sekilo tapi apabila S.Samad ambil alih, harga ayam dah jadi tonggang terbalik macam gaya tongkang kena ribut. Harga ayam sekarang dah tentu arah, ada yang sampai RM9 sekilo tapi apa yang YB S.Samad buat? Harga ceiling harga lantai entah kemana. Dulu orang kata YB S.Afdal pandai bersajak saja tapi kawan dia ni dah terlebih pandai, pandai bercakap dan membuat analisis yang tak boleh pakai.
Ingat tak lagi apabila dia berdebat dengan YB Salehuddin dulu bagaimana dia dok pelekeh pandangan YB Salehudin mengenai harga minyak. Ternyata pendapat dan pandangan YB Salehudin ada benarnya sekarang begitu juga YB Anwar dengan YB Shabery yang ternyata berpihak kepada YB Anwar dalam kedudukan harga minyak hari ini. Walaupun satu persatu bukti-bukti ini dipertontonkan kepada pemerintah tetapi ia tetap berdegil dan tidak mahu akur akan kesalahan dan kelemahan. Tidak mengapa tunggulah, masanya tetap akan tiba untuk kita melihat mereka jatuh tersungkur.
Kepada rakyat jelata dan pengguna marilah kita bertindak bijak mengekang kenaikan harga barang ini. Apakah yang patut kita lakukan? Antaranya berbelanjalah dengan berhemat dan berjimat. Biarlah orang tuduh kita kedekut tapi tujuan kita murni iaitu tidak mahu melayani kerenah ‘peniaga jerung’ . Biar peniaga-peniaga ini mati berangan melayani nafsu mereka. Dalam masa terdekat ini senjata paling ampuh yang boleh mengajar peniaga jerung ini ialah dengan cara MEMBOIKOT barangan keluaran mereka.
Senjata ini pasti menjadi jika kita bersatu padu menentang mereka. Senjata terawal dan terakhir ialah jatuhkan pemerintah yang ada melalui lunas-lunas demokerasi. Tiada guna kita memberi undi kepada BN jika mereka hanya memikirkan kantong dan kocek mereka dan kroni sahaja sedangkan yang bukan ‘cap’ BN atau UMNO hidup tertekan dan menderita. Jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri kita yang memilih BN untuk menjadi penaung kita. Ayuh mari kita ajar mereka.!!
Daripada
Pida2.
-kedahlanie
Khamis, Oktober 16, 2008
Umno parti haram?
HRKH
M Khaleel Kas
Thu | Oct 16, 08 | 12:41:07 pm MYT
Umno wajib diharamkan, demikian kesimpulan yang boleh dibuat apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) baru-baru ini mengharamkan Hindraf.
Apa kaitan Hindraf dengan Umno? Kenapa penulis berkata demikian, walhal berdasarkan keahlian, ibarat langit dengan bumi antara kedua-dua pertubuhan ini. Belum lagi, dasar perjuangan dan ideologi yang didukungi oleh Umno dan Hindraf.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar sebagaimana dilaporkan Bernama (sumber berita sahih) pada 15 Oktober lalu telah mengisytiharkan Hindu Rights Actions Force (Hindraf) adalah sebuah pertubuhan haram yang menyalahi undang-undang.
Menurutnya, pengisytiharan itu diwartakan berkuatkuasa hari tersebut setelah berpuas hati dengan segala fakta dan bukti bahawa Hindraf telah dan sedang digunakan bagi maksud memudaratkan ketenteraman awam dan keselamatan negara dan akhlak, katanya dalam satu kenyataan.
"Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata perintah itu dibuat hasil pemantauan dan penyiasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri mengenai kegiatan-kegiatan pertubuhan tersebut yang telah dijalankan sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang.
Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia.
Syed Hamid berkata sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum.
"Tindakan pengharaman yang diambil bukannya berasaskan kepada satu atau dua kegiatan pertubuhan yang menyalahi peraturan dan undang-undang tetapi meliputi rentetan semua kegiatan dan aktiviti yang telah dilakukan sejak pertubuhan ini diwujudkan," katanya.
Apa kaitan Hindraf dan Umno?
Baiklah. Itulah kenyataan daripada seorang Menteri yang memikul tanggungjawab yang besar tetapi ternyata gagal dalam menunaikan amanah dengan adil dan saksama.
Kenapa penulis berkata demikian? Ingatkah kita pada tarikh; 23 Mac 2008? Apa pentingnya tarikh tersebut dengan soal haram atau halalnya Hindraf? Atau apa besarnya implikasi tarikh tersebut kepada Umno?
Bagi pandangan penulis, jika benar sepertimana yang disebut oleh Menteri KDN, Syed Hamid bahawa; "Berdasarkan kuasa di bawah Sekyen 5(1) dan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335), diisytiharkan Hindraf adalah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang",maka tarikh tersebut adalah asas untuk meletakkan Umno haram dan kini parti yang mendukungi kerajaan ini sedang beroperasi secara gelap.
Dan jika benar pula dakwaan Syed Hamid,"Hasil siasatan mendapati pertubuhan itu bertentangan dengan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan boleh memudaratkan ketenteraman awam, keamanan, keselamatan, ketertiban dan nilai-nilai moral di Malaysia...sekiranya tidak dibendung, Hindraf akan terus mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan dan kedaulatan negara malah menjejaskan keharmonian hidup berbilang kaum", maka wajarlah dan teramat nyata Umno tidak wajar lagi berdenyut di muka bumi ini.
Apakah relevan tarikh 23 Mac 2008 dengan Umno dan soal keharaman Hindraf?
Jika anda masih ingat, pada tarikh itulah,satu perhimpunan haram telah diadakan oleh ahli-ahli Umno di kediaman rasmi Menteri Besar Seri Iman, Terengganu dengan slogan kain rentang yang ditulis 'Kami Nak Idris, Natang' yang bermaksud 'Binatang' dengan tujuan menghina pihak istana dan Tuanku Sultan Mizan (YDP Agong).
Jadi persoalan mudah, yang boleh dijawap tanpa ada jawatan Menteri, Dato', Tan Sri, Dato' Seri hatta orang kampung yang tak 'pass' dari satu sekolah Melayu pun boleh diagak,iaitu;"Siapa lebih haram, lebih biadab dalam konteks pertubuhan."
Tidak haramkah Umno, kerana menganjurkan perhimpunan haram pada 23 Mac lalu?
Tidak haramkah Umno,kerana cuba mencetuskan kekacauan dan suasana tidak aman pada 23 Mac itu?
Tidak haramkah Umno, kerana cuba menghina pihak istana dengan slogan biadab pada tarikh itu?
Atau tidak haramkah juga Umno, kerana cuba menghasut rakyat untuk menentang pihak istana iaitu Tuanku Sultan (dalam erti kata lain, cuba melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong)?
Perhimpunan di Terengganu aman, Yang di-Pertuan Agong tidak terancam?
Apakah pihak KDN buta dan tuli? Apakah pihak polis tutup mata?
Cuba lihat apa jawapan pihak polis dalam isu tersebut seperti yang dipetik penulis melalui laman buletinonline:Menurut surat yang ditandatangani oleh Superitendan Khairi Ahrasa bagi pihak Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Terengganu, beliau sukacitanya memaklumkan siasatan berkenaan perkara tersebut telah selesai dijalankan.
Dalam surat yang ditujukan kepada Muhammad Fauzi Abu Samah, Khairi turut menyatakan pihak beliau menunggu arahan lanjut berkaitan pendakwaan apabila kertas siasatan terhadap kes tersebut telah dimajukan ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Surat tersebut yang bernombor rujukan (PR) 35/26 bertarikh 16 September adalah respon pihak polis terhadap surat yang dihantar oleh Fauzi kepada pihak polis pada 11 September 2008.
Pada 26 Mac lalu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) telah membuat satu laporan polis berhubung 'perhimpunan haram' para penyokong bekas Menteri Besar Dato? Seri Idris Jusoh.
Pengerusi MAMPAT Mohamad Fauzi Abu Samah, 36, berkata salah satu slogan kain rentang yang diangkat semasa perhimpunan haram tersebut telah menghina pihak Istana dan Tuanku Al-Sultan yang berbunyi 'Kami Nak Idris, Natang' yang bermaksud 'Binatang'.
Perhimpunan haram yang telah di ditayangkan kepada umum oleh beberapa buah stesyen tv utama adalah ekoran penentangan ahli-ahli Umno yang menyokong Idris terhadap pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Dato' Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu.
Surat respon Polis Terengganu telah disiarkan dalam laman rasmi MAMPAT sejak 12 Oktober lalu
Nampaknya, agak lama dan berzaman polis nak siasat isu perhimpunan tersebut.
Kenapa KDN tidak bertindak? Kenapa Syed Hamid tidak bersuara dalam isu ini?
Mana satu lebih haram antara serbu rumah terbuka atau buat provokasi agar rakyat hina dan bencikan istana?
Apakah suasana perhimpunan di Terengganu ketika itu aman dan tidak mengancam keselamatan rakyat,negara malah Yang di-Pertuan Agong?
Jelas lagi tersuluh, isu pengharaman Hindraf distruktur dengan penuh konspirasi untuk menimbulkan rasa takut kepada rakyat terhadap pertubuhan tersebut.
Selain itu,ia seolah dirancang sebagai satu mesej kepada rakyat, bahawa bagaimana hebatnya kuasa di tangan Menteri dan kerajaan yang didukungi Umno.
Oleh itu, kepada pembaca semua, di manakah keadilan yang kita nantikan? Sampai bilakah kita akan terus dipermainkan dengan permainan kuasa politik rakus pemerintah masa kini?
Tiada gunanya, jika nakhoda kapal ditukar tetapi segala isi kapal dipenuhi dengan anai-anai yang makin mengunyah segala isinya dari hari ke hari. - mks. _
Isnin, Oktober 13, 2008
Helikopter kontroversi terbaru Najib
MKINI
Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.
Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 (lihat jadual) yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".
Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan."
"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.
Menurutnya lagi dalam surat 7 Oktober, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi, yang juga ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.
"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zahar berkata tindakannya itu "tidak bermotifkan politik."
Dalam surat tersebut, Najib juga didakwa "menyampaikan laporan yang kurang tepat kepada Yang Amat Berhormat (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."
Selain Mentari Services yang bertindak bagi pihak satu daripada empat penender Kelowna Flightcraft Ltd, kontrak pembekalan helikopter itu turut disertai Sikorsky dan Agusta Westland, selain Eurocopter.
Menurut Zahar dalam surat keduanya kepada Najib pada 9 Oktober lalu, Kelowna menawarkan 12 model Kazan MI-172 KF dengan harga RM898 juta, Sikorsky (RM1.45 bilion) dan Eurocopter (RM2.32 bilion).
Pembelian helikopter baru ini bertujuan menggantikan perkhidmatan Nuri, yang dibekalkan oleh Sikorsky, yang sering mengalami kemalangan.
Saranan menggantikan Nuri bermula selepas kemalangan di Genting Sempah, dekat Genting Highlands, pada Julai tahun lalu.
Dalam pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, isu pembelian Scorpene dan Sukhoi SU30MKM menjadi begitu hangat sehingga memaksa kementerian mengeluarkan kenyataan menjelaskannya.
Kementerian berkata semua perolehan peralatan berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak membazir.
Ia juga menafikan dakwaan kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang kenalan Najib yang kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia.
Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Najib berkata perkara itu akan dijelaskan secara terperinci di Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
KUCH-KUCH HOTAK HANG
AFP:Malaysia knights Bollywood heart-throb amid outcry
KUALA LUMPUR (AFP) — India's top Bollywood star has been given Malaysia's equivalent of a knighthood in a move criticised by opposition lawmakers and the public.
Shah Rukh Khan has been conferred with the governor's award for promoting Malacca state after filming a movie there and for his contribution to the region's film industry, state officials said in weekend news reports.
The 42-year old heart-throb is among 78 people to get the award in conjunction with the governor's 70th birthday, alongside the country's navy chief, academics, artists and journalists.
"He is a well-loved, well-liked celebrity in Malaysia and he has helped develop the huge, income-earning Bollywood movie industry here," said Mahadzir Lokman, whose events management firm works closely with Indian movie stars here.
"He has also starred in many top Hindi movies filmed on location in Malaysia, which has helped promote the country as a tourist destination," he told AFP.
"This is one of the main reasons he was conferred this honor," he added.
His 2001 movie, "One 2 Ka 4" was filmed at a popular resort in Malacca.
"This resulted in many people visiting Malacca. The award was given in recognition of this," said Malacca chief minister Mohamad Ali Rustam, according to the Star daily.
But opposition parliamentarian Lim Kit Siang slammed the move, saying he was "astounded" that the governor would choose to honour the Indian actor, who is now entitled to be referred to by the title Datuk.
"Are there no Malaysian film stars, artists or sports-people who have greater (talent) to be honoured and encouraged as compared to Shah Rukh?" Lim said in a statement.
"I don't think the reason that has been given for making Shah Rukh Khan a Malacca Datuk would impress or convince many that the Bollywood actor-dancer had 'contributed to our tourism industry'," he said.
Malaysia has become a popular location for shooting Indian films, which have a huge following among the ethnic Indians and the majority Muslim-Malays.
Women of all ages -- including the wife of deputy prime minister Najib Razak, Rosmah Mansor -- are huge fans of the charismatic Shah Rukh, dubbed the "King of Bollywood" here.
Fatimah Tahir, a fan of the star, was stunned at the news.
"I wonder whether Shah Rukh Khan even knows where Malacca is," she told the newspaper.
AFP
AKU RASA SHAH RUKH KHAN BELUM BACA LAGI SURAT JEMPUTAN KATA DIA DAPAT GELARAN DATUK TU...JANGAN KATA NAK DATANG AMBIL ANUGERAH...BACA SURAT JEMPUTAN PUN BELUM TENTU..BIKIN MALU RAKYAT MALAYSIA SAJA HANGPA NI....KITA TERLALU MEMANDANG TINGGI ORANG LUAR,SEDANGKAN SENIMAN KITA YANG LAGI BANYAK JASA DILUPAKAN.NAK CARI GLAMOUR PUN PATUT-PATUTLA SIKIT.
DENGAR SAJA RADIO KAT MALAYSIA NI, TAK HABIS-HABIS PUTAR LAGU INDON,MACAM DAH SENGKEK SANGAT TAKDAK LAGU-LAGU BUATAN MALAYSIA.
KERA DI HUTAN DISUSUI,
ANAK SENDIRI DIBERI SUSU BERMELAMIN TINGGI
MUNTAH
Oleh: Dr Biaqpila (DVVT,DOHC,VTEC)
Apa itu muntah?
Apakah jenis-jenis muntah?
Apakah sebab-sebab muntah?
Apa itu muntah?
Muntah adalah apabila sesuatu bahan dalam perut keluar melalui mulut secara spontan. Muntah bukan sejenis penyakit tetapi ia adalah gejala kepada pelbagai penyakit. Bagi kanak-kanak, muntah selalunya tidak dapat dikawal dan tidak merbahaya kecuali ia disebabkan oleh penyakit serius.
Apakah jenis-jenis muntah?
Muntah boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk:
Possetting (jeluak) Ia berlaku apabila bayi anda terjeluak susu selepas menyusu. Ini adalah keadaan biasa di peringkat beberapa bulan pertama umur bayi dan tidak membahaya.
Reflux (muntah meleleh) Reflux adalah apabila jumlah susu yang diminum dikeluarkan semula dengan banyak oleh perut secara perlahan-lahan. Ini disebabkan oleh injap yang memisahkan perut dengan kerongkong terbuka secara tidak sengaja. Keadaan biasa bagi bayi.
Projectile vomiting (muntah memancut) Berlaku apabila isi kandungan perut bayi keluar secara spontan melalui mulut. Jumlah yang dikeluarkan selalunya banyak.
Apakah sebab-sebab muntah?
Sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ???stomach flu???
Keracunan makanan
Mabuk perjalanan
Terlebih tengok berita tv asyik-asyik pencalonan umno....kahkahakahakah..kahak...
Adakah harga barang-barang akan turut turun, jika kerajaan perturunkan harga minyak kepada RM1.92/ltr?
oleh SuKJ
Kebijaksanaan dan kesabaran adalah 2 elemen penting untuk menjadikan seseorang itu sebagai Pemimpin yang berwibawa untuk memimpin sesebuah negara.
Pemimpin yang bijaksana bukan memikirkan apa akan berlaku pada hari ini, tetapi beliau berfikir dan nampak apa yang akan berlaku untuk tempoh 3 ke 5 bulan yang akan datang?
Disitulah terletaknya perbezaan yang amat ketara diantara pemimpin-pemimpin UMNO/BN dan Pakatan Rakyat(PR). Dimana pemimpin-pemimpin UMNO hanya memikir apa yang akan berlaku hari ini. Sedangkan Pemimpin PR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berfikir dan nampak apa akan berlaku pada hari esok, bulan depan dan tahun depan.
Sebenarnya kita tidak boleh menafikan apa yang telah dinyatakan oleh DSAI dalam debat 'isu minyak' bulan Julai lepas memang 'benar'. Beliau telah menyatakan bahawa jika PR dapat menubuhkan kerajaan, maka harga minyak akan diturunkan 0.70sen/ltr. Jadi sekarang adakah kenyataan DSAI itu hanya 'gimik', gula-gula atau 'benar'?
Pada masa debat tersebut dijalankan harga minyak dunia ketika itu mencecah tertinggi USD152/setong. Maka kerajaan BN yang dipimpin oleh 'Parti Reput'(UMNO) telah mempertahankan kenaikan 0.78sen/ltr yang menjadikan harga petrol RM2.70 adalah wajar.
Akibatnya harga barang-barang terus melambung dengan mendadak, semuanya menggunakan alasan harga minyak naik. Malah tukang gunting rambut yang tidak melibatkan petrol pun turut tumpang sekaki menaikan upah gunting rambut menjadikan RM6 ke RM7 satu kepala.
Persoalannya kenapa kerajaan BN/UMNO tidak sabar?
Bukankah selepas beberapa minggu sahaja selepas debat tersebut, harga minyak ternyata benar telah mula turun beransur-ansur seperti mana yang dijelaskan oleh DSAI. Malah pada hari ini 11.10.08 harganya tinggal USD77/setong.
Ketika harga minyak dunia USD140 ke USD152/setong, harga petrol yang dikenakan ke atas rakyat Malaysia RM2.70/ltr. Jadi adakah munasabah untuk rakyat Malaysia membayar RM2.45/ltr seperti hari ini ketika harga minyak dunia kini cuma USD77/setong?
Adakah kita ibarat monyet atau kera yang menunggu buah kelapa jatuh, barulah harga minyak akan diturunkan RM1.92/ltr. Kenapa tidak turunkan kepada RM2.00/ltr terlebih dahulu supaya seiring dengan pergerakan turun harga minyak dunia.
Apa pun tindakan kerajaan BN yang diterajui oleh Pemimpin-pemimpin UMNO yang 'tidak sabar' telah benar-benar menzalimi rakyat Malaysia kerana kenaikan harga barang yang amat membebankan semua lapisan rakyat.
Malah kerana faktor 'tidak sabar' juga, akhirnya Pak Lah telah ditekan supaya mempercepatkan peralihan kuasa kepada Datuk Najib. Walhal ia sepatutnya dilakukan pada 2010.
Persoalan saya yang terakhir kepada Pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang bergelut siapa menang dan siapa kalah.."Adakah harga barang-barang akan turut turun, jika kerajaan perturunkan harga minyak kepada RM1.92/ltr"
Ahad, Oktober 12, 2008
AL-FATIHAH BUAT MAK SEDARA
BALING,KEDAH (1150 Mlm)
Al-Fatihah buat mak sedara aku yang kembali ke Rahmatullah malam ini...Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Amin
Al-Fatihah buat mak sedara aku yang kembali ke Rahmatullah malam ini...Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Amin
DATUK SERI TANPA JARINGAN
Nasib baik gelaran datuk hanya boleh diberikan kepada manusia. Kalau tidak segala jenis makhluk kat dunia ni boleh dapat gelaran datuk. Bayangkan nama-nama seperti Datuk Penyu, Datuk Ungka, Tan Sri Kulit Bawang, Datuk Seri Tempoyak,Tun Papan Lapis dan berbagai-bagai lagi nama yang tak pernah terpikir di benak hangpa semua.
Semua ini adalah gelaran dunia yang diberikan untuk manusia-manusia yang telah berjasa kepada bangsa dan negara. Bukan senang nak dapat gelaran ini. Kalau senang dapat, maka tak dak maknanya la gelaran tu. Takut nanti bila dah bersepah semua orang jadi datuk,tan sri,tun maka dah tak thrill lagi la hidup ni.
Sebab tu orang yang mendapat gelaran ni perlu dipilih dengan teliti.Depa kena tengok track recordnya dulu sebelum bagi gelaran ni.
Biarlah yang nak dibagi gelaran ni orang yang baik-baik,dari segi akhlak dan moralnya.Tak guna kalau buat jasa tapi akhlaknya teruk.Lagi satu,hangpa buatlah jasa macam manapun kalau tak terkenal, jangan haraplah nak dapat gelaran ni.Sapa yang nak bagi gelaran kat hangpa,kalau setakat buat jasa kat kawasan pedalaman yang tak dak liputan media.Setakat gelaran datuk bila dah dapat cucu tu bolehla dapat.Nak buat apa,mana dapat elaun beb!!!
MORAL OF THE STORY:Lepas ni orang kat Bollywood akan panggil Datuk kat Shah Rukh ke? Aku rasa depa tak akan panggil dia datuk sebab depa cakap bahasa hindi,mana nak paham kalau panggil datuk.Yang pasti dia akan masyukk dapat elaun buta-buta,selebih dari itu kita hanya melopong saja.
Jumaat, Oktober 10, 2008
ADJUST PUNYA ADJUST AKHIRNYA ANWAR JUGA JADI PM
Jangan kata beruk,keldai pun terperanjat beruk juga bilamana Pak Lah kata taknak bertanding presiden umno bulan mac tahun depan.Tersadai dan berpinau bijik mata,hampir-hampir nak pitam dibuatnya.Sedang orang lain pakat sibuk nak masuk bertanding,dia taknak pula.Boleh jadi sebab tu juga dia taknak bertanding kot,semua dah pakat berebut,baik dia biaq kat depa saja.Buat malu kat orang dok berebut-rebut.Kira baguih jugak lah Pak Lah ni.Dr Mahadiaq pun terkejut juga tak sangka-sangka buah cempedak jadi nangka tanpa melamin.
Selepas pelan peralihan yg mula-mula kata semua setuju,kemudian pelan dipercepat pula. Selepas memperkenalkan bermacam-macam pelan dan adjust tarikh pemilihan umno ke mac tahun depan,rupa-rupanya last-last kata tak nak bertanding pula. Hangpa ingat ni pelan prabayar ke? Sebulan sekali tukar pelan.
Senario yang kita perhatikan setakat ini nampak macam motor curi angin belakang lori,biaqpila kat depa...hangpa penah tengok motor curi angin? Lebih kurang macam tu la keadaannya,duk belakang lori elak angin. Kalau lori tu slow dia ikut slow,kalau lori tu ke kanan dia ke kanan. Jalan kat depan dia tak nampak, kalau lori tu tiba-tiba brek mengejut alamatnya terperosok bawah lori la jawabnya.Sepatutnya depa ni tak payah curi angin lori untuk elak angin kalaulah depa pandai.Depa boleh cipta motor yang berteknologi aerodinamik yang bersesuaian macam gambar kat bawah ni. Tapi mungkin juga ada muslihat lain mana la kita tau. Macam mat motor tu jugak, mana kita tau apa muslihat dia dok follow belakang lori tu.
Untuk memeriahkan lagi suasana hari raya ke 9,hari ni timbul pula cerita orang-orang yang nak cuba nasib, mengisytiharkan diri nak jadi calon presiden dan timbalannya. Ada angan-angan nak jadi PM dengan TPM lah tu. Kalau tidak,buat apa nak bertanding.Kalau setakat nak jadi tukang kasut tak payah masuk umno pun takpa,apalagi nak kena bertanding. Mesti la nak jawatan tinggi beb. Sebab tu depa dok berebut tu.
Bulan mac 08 lambat lagi tu. Dok ada 5 bulan lagi.Kalau ibu mengandung pun dah masuk 20 minggu.Embrio pun dah besar,dah tumbuh janggut dengan misai dah.Tu belum kira hari lagi,kalau kira mau dok ada 150 hari.Ada ka chance depa ni nak jadi PM? Silap-silap bulan 11 Anwar dah dapat jadi PM dulu dari depa. Walaupun ramai penganalisis politik kata Anwar makin sukar nak bentuk kerajaan selepas Najib jadi PM,sebab Najib tegas. Susah bagi ahli parlimen bn nak melompat-lompat. Memang betul kata penganalisis tu,tapi kata akupun betul juga sebab kalau ahli parlimen ni melompat-lompat sebelum bulan mac 08,iaitu bulan feb09,jan09,dis08,nov08 dah tentu Anwar dapat naik jadi PM terlebih dulu.
Sama-samalah kita pakat tunggu dan adjust betul-betul siapa yang akan menang dalam perlumbaan menjadi next PM dan TPM Malaysia. Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber dan bijak lagi beriman kepada Allah swt. Bukannya naik menjadi PM dengan cara mudah dan secara tak sengaja kerana ianya akan merugikan masa hidup dan hayat rakyat di bawah yang hidup merempat. Ramai yang sudah menjadi tua masih belum dapat menikmati hasil kekayaan bumi Malaysia.Umur sudah menjangkau 65 tahun dan telah bersara masih menjadi jaga untuk menyara keluarga.
Kita amat memerlukan pemimpin yang bersederhana bersama rakyat,tidak menghabiskan wang rakyat sewenang-wenangnya dan tidak menyengsarakan rakyat dalam setiap tindakan yang diambil. Seorang pemimpin yang dapat menerima siapa juga tetamu di majlis hari terbuka tanpa mengira ianya Hindraf ataupun tidak.Kah!kah!kah!....datang siap junjung susu tanpa melamin dalam periuk tanah lagi...Seorang pemimpin yang tidak ego yang boleh minum teh tarik bersama-sama...kopi kudenggek bersama-sama...tani podum....
Mindem sandipo (jumpa lagi)...
Khamis, Oktober 09, 2008
'Bijak-bijak', Abdullah ternyata 'licik'
Ketua Perusuh
Thu | Oct 09, 08 | 7:57:46 am MYT
Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lebih licik daripada Dr Mahathir Mohamad. Anda boleh sanggah pandangan saya ini, namun sewajarnya anda perlu membaca sampai habis komentar saya kali ini.
Majoriti rakyat Malaysia telah lama mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang licik. Setiap langkah dan tindakannya tidak dapat dijangka. Biarpun diwaktu ditimpa pelbagai kemelut, beliau memang dapat menyelesaikannya malah dengan angkuh berjaya memperkecilkan musuhnya.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, dia tidak akan membiarkan sesuatu masalah itu timbul dan menyulitkan pemerintahannya. Beliau dengan tangkas akan memancung (menetak) pucuk-pucuk yang memberikan masalah tersebut semenjak dari tunasnya. Beliau tidak akan membiarkan tunas tersebut menjadi pucuk.
Namun dalam kita tidak sangka, Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ramai pakar strategi dan pembantu yang bersedia untuk hidup mati dengannya.
Malah dengan kemampuan lobi bertahap mega yang berjaya dikesan setakat ini, saya percaya tindakan Abdullah Ahmad Badawi membuat sidang akhbar untuk tidak mempertahankan jawatannya dan bersedia untuk peralihan kuasa adalah satu daripada beberapa pelan beliau yang telah dikaji dan diyakini olehnya.
Anda semua perlu ingat bahawa pengesahan untuk bertanding jawatan presiden Umno atau tidak adalah tidak memberi makna yang mendalam kepada keputusan pengundian para perwakilan Umno.
Jika seseorang itu tidak mengesahkan akan bertanding, namun terdapat cukup pencalonan dari Bahagian Umno dan akar umbi ketika mesyuarat agung Umno, maka secara otomatiknya beliau layak untuk disenaraikan.
Jika semasa penyenaraian ini majoriti perwakilan (lebih dari 80%) membuat keputusan untuk memilih calon yang tidak mengesahkan pertandingan tersebut, maka mengikut lunas undang-undang calon tersebut berhak untuk memenangi jawatan tersebut.
Oleh yang demikian, jika Abdullah Ahmad Badawi mendapat lebih dari 2/3 undi para perwakilan Umno maka secara otomatisnya beliau akan terus dipuncak kuasa. Oleh sebab ini, kita percaya agenda kedua dan ketiga pihak Abdulla Ahmad Badawi sedang diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Oleh itu, maka jangan terkejut jika Abdullah Ahmad Badawi akan terus mendapat pencalonan yang terbaik dan beliau berhak untuk menjadi Presiden Umnmo dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. - ketuaperusuh.wordpress.com
"Bijak-Bijak"
(Ketua Perusuh adalah bekas Felo Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa)_
HRKH
Thu | Oct 09, 08 | 7:57:46 am MYT
Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lebih licik daripada Dr Mahathir Mohamad. Anda boleh sanggah pandangan saya ini, namun sewajarnya anda perlu membaca sampai habis komentar saya kali ini.
Majoriti rakyat Malaysia telah lama mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang licik. Setiap langkah dan tindakannya tidak dapat dijangka. Biarpun diwaktu ditimpa pelbagai kemelut, beliau memang dapat menyelesaikannya malah dengan angkuh berjaya memperkecilkan musuhnya.
Semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, dia tidak akan membiarkan sesuatu masalah itu timbul dan menyulitkan pemerintahannya. Beliau dengan tangkas akan memancung (menetak) pucuk-pucuk yang memberikan masalah tersebut semenjak dari tunasnya. Beliau tidak akan membiarkan tunas tersebut menjadi pucuk.
Namun dalam kita tidak sangka, Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ramai pakar strategi dan pembantu yang bersedia untuk hidup mati dengannya.
Malah dengan kemampuan lobi bertahap mega yang berjaya dikesan setakat ini, saya percaya tindakan Abdullah Ahmad Badawi membuat sidang akhbar untuk tidak mempertahankan jawatannya dan bersedia untuk peralihan kuasa adalah satu daripada beberapa pelan beliau yang telah dikaji dan diyakini olehnya.
Anda semua perlu ingat bahawa pengesahan untuk bertanding jawatan presiden Umno atau tidak adalah tidak memberi makna yang mendalam kepada keputusan pengundian para perwakilan Umno.
Jika seseorang itu tidak mengesahkan akan bertanding, namun terdapat cukup pencalonan dari Bahagian Umno dan akar umbi ketika mesyuarat agung Umno, maka secara otomatiknya beliau layak untuk disenaraikan.
Jika semasa penyenaraian ini majoriti perwakilan (lebih dari 80%) membuat keputusan untuk memilih calon yang tidak mengesahkan pertandingan tersebut, maka mengikut lunas undang-undang calon tersebut berhak untuk memenangi jawatan tersebut.
Oleh yang demikian, jika Abdullah Ahmad Badawi mendapat lebih dari 2/3 undi para perwakilan Umno maka secara otomatisnya beliau akan terus dipuncak kuasa. Oleh sebab ini, kita percaya agenda kedua dan ketiga pihak Abdulla Ahmad Badawi sedang diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Oleh itu, maka jangan terkejut jika Abdullah Ahmad Badawi akan terus mendapat pencalonan yang terbaik dan beliau berhak untuk menjadi Presiden Umnmo dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. - ketuaperusuh.wordpress.com
"Bijak-Bijak"
(Ketua Perusuh adalah bekas Felo Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa)_
HRKH
RUMAH TERBUKA DI CHEROK TO' KUN
Tarikh: 11 Oktober 2008 (Sabtu)
Masa: 10 pagi-2 petang
Tempat: Cherok To’ Kun (Kediaman Keluarga DSAI)
Masa: 3 petang.
Tempat: Perkarangan Pusat Khidmat Adun Permatang Pasir.
Aktiviti: Jamuan Perdana yang dihadiri Tuan Guru Nik Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berserta rombongan dari Kelantan.
Rabu, Oktober 08, 2008
Mufti akui mangsa 'permainan politik'
MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Oct 7, 08 7:53pm
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersara mengejut akibat "tidak selesa dengan permainan politik" oleh beberapa pihak dalam kerajaan negeri berhubung pengendalian kontrak perkhidmatannya.
“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.
Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".
Dr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri.
"Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.
Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:
"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”
Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".
"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.
"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.
Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.
Oleh itu, tambahnya, beliau berhasrat menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyampaikan hajatnya dan memohon perkenan baginda.
Bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.
Katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.
Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.
Diminta menjawab kenyataan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak menghormati keputusannya yang menyambung perkhidmatan sehingga tahun depan, Dr Mohd Asri berkata:
"Saya baik dengan beliau. Mungkin beliau tidak gembira dengan keputusan saya ini.”
Mufti termuda di Malaysia itu memecah rekod institusi agama itu apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lepas, peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.
Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Anak kelahiran Bukit Mertajam itu, kelulusan doktor falsafah dalam pengajian hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilantik sebagai mufti menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.
Mahkamah dijangka buat keputusan hari ini, rakyat diseru beri solidariti
Hujah-hujah pihak pembela Anwar Ibrahim akan bersambung jam 11 pagi ini sebelum mahkamah memutuskan samaada membawa kes berkenaan ke mahkamah tinggi atau tidak.
Semalam, Hakim S.M Komanthy Suppiah menyatakan bahawa Mahkamah Sesyen mempunyai budi bicara untuk memerintahkan pemindahan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.
Oleh yang demikian, para pendokong keadilan dan reformasi diminta agar berkumpul di Mahkamah Jalan Duta pagi ini bagi mendengar keputusan berkenaan.
Pada 10 September lalu, Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.
Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.
Ini berikutan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah membuat laporan polis terhadap Abdul Gani atas dakwaan memalsukan keterangan dalam insiden “mata hitam” Anwar pada 1998.
SK edit
Pemimpin Pakatan Rakyat bertemu bincang opsyen baru bentuk kerajaan
MSTAR
Selasa Oktober 7, 2008
Oeh G. MANIMARAN dan ARIFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di ibu negara malam ini, dipercayai untuk membincangkan opsyen-opsyen baru bagi merealisasikan usaha membentuk kerajaan baru persekutuan.
Mesyuarat itu, yang diadakan kurang seminggu sebelum Dewan Rakyat bersidang, berlangsung di kediaman Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.
mStar Online dimaklumkan, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, dipercayai mengenai isu yang sama.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah meletakkan sasaran 16 September lalu untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini Anwar mendakwa mempunyai bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi untuk tujuan tersebut tetapi tidak membentuk kerajaan pada tarikh tersebut.
Pada 16 September lalu, Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan membincangkan peralihan kerajaan secara aman dan lancar.
Permintaan itu telah ditolak. Malah permintaan Pakatan Rakyat supaya sidang khas Parlimen pada 23 September juga ditolak Abdullah.
Tengah hari tadi, Anwar ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata, beliau akan menemui pemimpin-pemimpin malam ini bagi membincangkan beberapa strategi baru termasuk membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Pada Isnin ini Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan Bajet 2009.
Dalam pada itu, Dewan Rakyat belum menerima sebarang usul undi tidak percaya, yang luas diperkatakan ketika sesi sidang Parlimen lalu.
mStar Online difahamkan, sehingga semalam Parlimen tidak menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.
"Tak ada apa-apa usul yang cuba dibawa setakat sekarang. Saya fikir ada usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, mungkin tak timbul lagi sekarang," kata sumber.
Bagaimanapun katanya jika pihak pembangkang ingin membawa usul undi tidak percaya seperti mana yang dihebohkan, mereka boleh berbuat demikian sehari sebelum Parlimen bersidang.
Selasa Oktober 7, 2008
Oeh G. MANIMARAN dan ARIFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di ibu negara malam ini, dipercayai untuk membincangkan opsyen-opsyen baru bagi merealisasikan usaha membentuk kerajaan baru persekutuan.
Mesyuarat itu, yang diadakan kurang seminggu sebelum Dewan Rakyat bersidang, berlangsung di kediaman Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.
mStar Online dimaklumkan, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, dipercayai mengenai isu yang sama.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah meletakkan sasaran 16 September lalu untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini Anwar mendakwa mempunyai bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi untuk tujuan tersebut tetapi tidak membentuk kerajaan pada tarikh tersebut.
Pada 16 September lalu, Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan membincangkan peralihan kerajaan secara aman dan lancar.
Permintaan itu telah ditolak. Malah permintaan Pakatan Rakyat supaya sidang khas Parlimen pada 23 September juga ditolak Abdullah.
Tengah hari tadi, Anwar ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata, beliau akan menemui pemimpin-pemimpin malam ini bagi membincangkan beberapa strategi baru termasuk membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Pada Isnin ini Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan Bajet 2009.
Dalam pada itu, Dewan Rakyat belum menerima sebarang usul undi tidak percaya, yang luas diperkatakan ketika sesi sidang Parlimen lalu.
mStar Online difahamkan, sehingga semalam Parlimen tidak menerima sebarang usul daripada mana-mana pihak termasuk pembangkang.
"Tak ada apa-apa usul yang cuba dibawa setakat sekarang. Saya fikir ada usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri, mungkin tak timbul lagi sekarang," kata sumber.
Bagaimanapun katanya jika pihak pembangkang ingin membawa usul undi tidak percaya seperti mana yang dihebohkan, mereka boleh berbuat demikian sehari sebelum Parlimen bersidang.
Selasa, Oktober 07, 2008
OPS!!! TIPU JE...
Berhati-hati apabila anda memandu di lebuhraya utara selatan di musim ops sikap ini,kerana anda pasti terkejut..ataupun buat-buat terkejut..aku ingat betul-betul punya polis tengah pegang kamera speed trap,rupa-rupanya potret je (tengok kat kaki tiang jejambat tu), ....Kalau tengok betul-betul,ada jugak potret yang ditempatkan dalam pondok biru di tepi atau di kawasan tengah pembahagi lebuhraya.
Pandulah mengikut hadlaju ditetapkan,Anda mampu ditipunya walaupun Anda mampu mengubahnya....Ingat! Seramai 175 orang terbunuh sepanjang Ops Sikap di musim raya tahun ini.Ramai tu beb! Kita patut berterima kasih kepada pihak polis yang telah menjalankan berbagai inisiatif demi mengurangkan kadar kemalangan. Ada di antara mereka tidak dapat beraya demi keselamatan kita semua...
Menyingkap Konspirasi 1998
Konspirasi 1998 disingkap dan bergema di mahkamah hari ini. Peguam Haji Sulaiman Abdullah mengingatkan hakim Komathy bagaimana Peguam Negara Abd Gani Patail mereka bukti, mengugut saksi dan mengkhianati amanah pendakwaan.
Surat dan pengakuan bersumpah peguam Manjeet Singh Dillon, penghakiman Hakim-hakim Steve Shim, Malek dan Haidar dibaca semula.
Di hadapan hakim Augustine Paul, hal sedemikian tidak mungkin berlaku. Ternyata betapa robek dan punah pendakwaan dan badan kehakiman. Saya cadangkan agar surat Manjeet, penghakiman kes Zainur Zakaria di siar dan dihadham semula. Semoga bahan tersebut membantu mencerdaskan minda terbelenggu pemfitnah Umno!
ANWAR IBRAHIM
Surat dan pengakuan bersumpah peguam Manjeet Singh Dillon, penghakiman Hakim-hakim Steve Shim, Malek dan Haidar dibaca semula.
Di hadapan hakim Augustine Paul, hal sedemikian tidak mungkin berlaku. Ternyata betapa robek dan punah pendakwaan dan badan kehakiman. Saya cadangkan agar surat Manjeet, penghakiman kes Zainur Zakaria di siar dan dihadham semula. Semoga bahan tersebut membantu mencerdaskan minda terbelenggu pemfitnah Umno!
ANWAR IBRAHIM
Kronologi DSAI di Kompleks Mahkamah Jln Duta Hari Ini
9.48pg : DSAI tiba di perkarangan mahkamah.
9.53pg : Hadirin masih menunggu kedatangan Hakim Komathy Suppiah. Antara barisan peguam DSAI ialah Tn Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Edmund Bon dan Amir Hamzah.
10:14pg : Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi tersebut sah atau tidak.
10.22pg : Tn Hj Sulaiman Abdullah baru selesai berhujah agar Puan Hakim untuk terus kekal dengan keputusan yang lepas.
10.26pg : Datuk Yusof bagi pihak Pendakwa sekarang mula berhujah untuk mempertahankan cadangannya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.
10.35pg : Penyokong DSAI semakin ramai memenuhi ruang di dalam dan di luar kamar Mahkamah.
Bantahan Pendakwaan sekarang menjurus kepada membantah bidangkuasa Puan Hakim untuk mendengar bantahan Pembela terhadap penglibatan Gani Patail di dalam kes ini.
Mahkamah meneruskan hujah Pembela membantah penglibatan Gani Patail melalui tandatangan beliau di Sijil Perintah Pemindahan oleh pihak Pendakwa.
11.15pg : Pihak Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.
11:34pg : Mahkamah ditangguhkan seketika.
12:37tghr : Kes akan disambung semula pada jam 2.30 petang hari ini.
3.20ptg : Perbicaraan disambung semula.
3.45ptg : Tn Hj Sulaiman menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.
Mahkamah ditangguhkan dan disambung esok pada pukul sebelas pagi.
9.53pg : Hadirin masih menunggu kedatangan Hakim Komathy Suppiah. Antara barisan peguam DSAI ialah Tn Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Edmund Bon dan Amir Hamzah.
10:14pg : Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi tersebut sah atau tidak.
10.22pg : Tn Hj Sulaiman Abdullah baru selesai berhujah agar Puan Hakim untuk terus kekal dengan keputusan yang lepas.
10.26pg : Datuk Yusof bagi pihak Pendakwa sekarang mula berhujah untuk mempertahankan cadangannya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.
10.35pg : Penyokong DSAI semakin ramai memenuhi ruang di dalam dan di luar kamar Mahkamah.
Bantahan Pendakwaan sekarang menjurus kepada membantah bidangkuasa Puan Hakim untuk mendengar bantahan Pembela terhadap penglibatan Gani Patail di dalam kes ini.
Mahkamah meneruskan hujah Pembela membantah penglibatan Gani Patail melalui tandatangan beliau di Sijil Perintah Pemindahan oleh pihak Pendakwa.
11.15pg : Pihak Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.
11:34pg : Mahkamah ditangguhkan seketika.
12:37tghr : Kes akan disambung semula pada jam 2.30 petang hari ini.
3.20ptg : Perbicaraan disambung semula.
3.45ptg : Tn Hj Sulaiman menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.
Mahkamah ditangguhkan dan disambung esok pada pukul sebelas pagi.
Rasuah seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan esok
MSTAR
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi membentuk satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kes skandal seks yang melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan.
Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata pada mesyuarat esok pihaknya akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut.
"Esok kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.
Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) akan mengadakan satu mesyuarat khas esok bagi membentuk satu jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kes skandal seks yang melibatkan bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT), Zul Hassan.
Pengarahnya, Datuk Jamry Sury berkata pada mesyuarat esok pihaknya akan membincangkan cara terbaik bagi mewujudkan bidang tugas tertentu dalam menangani kes tersebut.
"Esok kita juga akan menentukan kaedah yang sesuai untuk kita mengumpulkan maklumat daripada sumber-sumber yang berkaitan," katanya kepada mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini mengenai kes ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang meminta JAIP menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.
Zul mencetuskan kontroversi apabila menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).
PKR enggan turunkan foto besar Anwar
MALAYSIAKINI
Jimadie Shah Othman | Oct 6, 08 2:46pm
kemaskini 5:52pm
Gambar besar Datuk Seri Anwar Ibrahim setinggi 12 meter dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves tidak akan diturunkan sekarang walaupun dianggap "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."
Gambar penasihat PKR yang diperbuat daripada papan lapis itu dinaikkan pada 28 September oleh sekumpulan penyokong PKR bagi menyambut Aidilfitri diletakkan di sebuah simpang depan Wisma Keringat dengan kelulusan Majlis Perbandaran Selayang.
Wakil rakyat PKR kawasan itu Amiruddin Shari berkata ia akan diturunkan apabila permit kelulusannya tamat tempoh tidak lama lagi.
Bagaimanapun beliau, yang turut merasmikan penegakan gambar Anwar berbaju biru muda sedang tersenyum sambil mengangkat tangan kanan itu, tidak pasti bila tarikh tamat permit tersebut.
"Apabila tamat tempoh yang dibenarkan, kita akan turunkan.
"Saya tidak pasti berapa lama, tetapi seingat saya, permitnya tidak sampai sebulan," katanya kepada Malaysiakini, mengulas kenyataan mufti Perlis di muka depan sebuah akhbar hari ini.
Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata Islam melarang penganutnya menjadikan objek manusia seperti replika yang besar untuk diagungkan oleh pengikut masing-masing kerana menjurus kepada unsur mengagungkan sesama manusia lebih daripada had yang sepatutnya.
Amiruddin, yang juga naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), bagaimanapun menafikan wujud aktiviti keberhalaan di tempat tersebut.
"Tidak timbul bantahan pada waktu ia dibina. Perkara ini hanya muncul apabila wujud persepsi umum selepas beberapa pihak memberikan pandangan," katanya.
"Tidak pernah wujud aktiviti keberhalaan di tempat itu. Mungkin mufti menganggapnya sebagai patung.
"Saya hormat pandangan beliau, tetapi terdapat juga pandangan- pandangan lain. Perkara ini khilaf (berbeza pandangan tentang isu syarak)."
Selain Amiruddin, poster gergasi itu dirasmikan naib presiden PKR Sivarasa Rasiah, timbalan ketua perhubungan PKR Selangor S Manikavasagam dan bendahari PKR William Leong - masing-masing ahli parlimen Subang Jaya, Kapar dan Selayang.
Menurut blog DUN Batu Caves, foto besar itu menelan kos hampir RM5,000 yang diusahakan aktivis parti dan penduduk setempat "yang mahukan semangat Anwar untuk membina 'Malaysia Baru' akan terus berkekalan" dan juga simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di situ.
Lukisan itu mengambil masa lebih kurang lapan hari disiapkan dan dirasmikan sejam selepas itu pada 5 petang.
Beliau (foto kanan) berkata, isu pembaziran yang dibangkitkan sesetengah pihak "tidak timbul" kerana gambar besar itu dibina menggunakan dana individu dan bukannya peruntukan kerajaan Selangor atau partinya.
"Saya sendiri menyumbangkan RM100 untuk menjayakan pembinaannya," katanya.
Menurut Amiruddin lagi, beliau hadir merasmikan gambar itu untuk menghargai "sokongan masyarakat India yang percaya dan komited kepada perjuangan PKR yang didukung Anwar."
Kawasan itu yang dulunya kubu kuat MIC sekarang menjadi milik PKR, jelasnya.
Bersebelahan gambar itu turut digantung kain rentang mengucapkan selamat hari raya dengan gambar Anwar, naib presiden PKR yang juga ahli parlimen kawasan itu Mohamed Azmin Ali dan Amiruddin sendiri.
Ditanya sama ada tindakannya menaikkan gambar gergasi itu bertujuan mengampu Anwar, beliau menafikannya.
"Kalau benar pun, Anwar tidak akan termakan bodek macam itu," katanya, sambil ketawa.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa beliau cuba mencari populariti untuk bertanding dalam pemilihan AMK tahun depan.
KEPUTUSAN PINDAH KES DSAI
KUALA LUMPUR (7 Oktober 2008 0:00 ):
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini 7 Oktober, akan memutuskan sama ada perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi atau tidak.
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadirkan diri di Kompleks Mahkamah Jalan Duta (Mahkamah Sesyen) pagi ini bagi mendengar keputusan tersebut.
Isnin, Oktober 06, 2008
TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG
Mari kita tarik rambut dalam tepung tanpa menumpahkan tepung dan tidak memutuskan rambut.msmaniam anda DAP,ms siva PKR,saya PAS apa mau gado kita duduk minum kopi crita apa macam mau jaga kita punya negeri pakatan rakyat.Kalu kita gado BN tentu ketawa siapa rugi.Ini negara macam kereta kita baru
dapat,baru mau start enjin kita sudah gado,itu BN punya orang nanti ambil balik kunci,kita tidak dapat pergi ke 'matlamat' kita untuk membangun Malaysia demi rakyat.Ini negara rakyat,bukan negara pempimpin.Sama - sama kita sedari.. ok.
-Mr 'BALA' (Komen bermanafaat di p99ampang.com)
dapat,baru mau start enjin kita sudah gado,itu BN punya orang nanti ambil balik kunci,kita tidak dapat pergi ke 'matlamat' kita untuk membangun Malaysia demi rakyat.Ini negara rakyat,bukan negara pempimpin.Sama - sama kita sedari.. ok.
-Mr 'BALA' (Komen bermanafaat di p99ampang.com)
Zaid ubah fikiran, bakal keluar Umno?
KLPOS
06 Oct 2008 8:43AM
KB: Datuk Zaid Ibrahim, yang meletak jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bulan lepas, mungkin mengubah fikiran berhubung rancangan tidak akan keluar dari Umno.
Alasannya ialah beliau tidak nampak masa depan baginya dalam Umno.
'Saya menghabiskan masa selama 20 tahun dalam politik (untuk Umno) dan saya berdepan dengan banyak kesukaran disebabkan pendapat saya.
'Ini bukan kerana saya tidak setia,' kata beliau seperti yang dipetik oleh akhbar Sunday Star semalam.
'Saya digantung daripada parti tanpa sebab dan sekarang dilarang bertanding bagi pemilihan bahagian (Kota Bharu).
'Jadi, apa yang hendak anda lakukan jika anda berada dalam kedudukan saya?' tanya Datuk Zaid, ketika diwawancara di rumahnya di Pasir Hor kelmarin.
Beliau meletak jawatan pada pertengahan September kerana tidak setuju tindakan kerajaan menahan pemimpin pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Tetapi beliau berkata tidak akan keluar dari Umno.
Mengulas laporan bahawa beliau bertemu dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di kediaman Menteri Besar kelmarin dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata ia hanya pertemuan biasa. / NST
UMAT ISLAM PERLU BERANI TEMPUH CABARAN MASA KINI - Anwar
Umat Islam perlulah lebih berani, yakin dan sabar untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang dalam era globalisasi kini tegas Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim dalam Perutusan Eidulfitrinya baru-baru ini.
Menurut beliau, bulan Ramadan sentiasa mengajar umat Islam betapa kesabaran menjadi tunjang utama kepada kejayaan yang sebenar dan memperkukuhkan lagi kekuatan roh dan jiwa manusia.
“Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksaan adalah kunci utama untuk mengecapi kejayaan jadi janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir,” katanya.
Ramadan, katanya, pastinya mengingatkan kepada kisah Pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah).
“Kejayaan Rasulullah s.a.w. yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah s.a.w. dengan wakil kaum Quraisy,” katanya.
Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut, kata Anwar lagi, namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah s.a.w. di dalam menerima perjanjian tersebut.
“Rupa-rupanya jalan kemenangan sudah jelas nyata. Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”
“Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan usaha dakwah terlaksana,” katanya lagi.
Menyentuh perubahan yang diusahakannya, Anwar berkata, perubahan yang ingin KeADILan laksanakan adalah sesuatu yang benar dan mempunyai tapak yang kukuh bukan hanya bercakap kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan.
“Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya satu budaya sahaja. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api perkauman dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah ’siapa yang menyemai angin akan menuai badai’,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, katanya pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak holoba sesetengah pemimpin sekarang.
“Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh hanya ada di kalangan sesetengah orang sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, ekonomi yang dibangunkan bukanlah untuk kepentingan diri sendiri tetapi adalah untuk kepentingan semua pihak.
Anwar juga berkata dalam menyambut Syawal pula kita hendaklah sentiasa menyambutnya dalam kesederhanaan tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan.
“Syawal merupakan bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah.”
“Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan,” katanya lagi
Dengan memulakan ucapan Perutusan Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya mewakili keluarganya dan segenap lapisan kepimpinan serta akar umbi KeADILan, Anwar mengakhiri perutusannya dengan berkata “InsyaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran, ‘ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)’.”
Suara Keadilan
Menurut beliau, bulan Ramadan sentiasa mengajar umat Islam betapa kesabaran menjadi tunjang utama kepada kejayaan yang sebenar dan memperkukuhkan lagi kekuatan roh dan jiwa manusia.
“Ketakwaan yang diadun bersama kesabaran dan kebijaksaan adalah kunci utama untuk mengecapi kejayaan jadi janganlah keyakinan kita digugat tatkala kejayaan sudah hampir,” katanya.
Ramadan, katanya, pastinya mengingatkan kepada kisah Pembukaan Kota Mekah (Fath Mekah).
“Kejayaan Rasulullah s.a.w. yang didokong para sahabat baginda wajar menjadi teladan. Kejayaan tersebut sudah tentu tidak datang sekelip mata. Dua tahun sebelum kejayaan membuka Kota Mekah, satu perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Hudaibiyyah telah dimeterai di antara Rasulullah s.a.w. dengan wakil kaum Quraisy,” katanya.
Tidak sedikit yang merasa ragu dengan perjanjian tersebut, kata Anwar lagi, namun ternyata ada hikmahnya di sebalik kesediaan dan kesabaran Rasulullah s.a.w. di dalam menerima perjanjian tersebut.
“Rupa-rupanya jalan kemenangan sudah jelas nyata. Selepas sahaja termeterainya Perjanjian Hudaibiyyah, maka turunlah firman Allah s.w.t. yang berbunyi: Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata.”
“Ayat ini menghilangkan keraguan umat Islam serta memperkuatkan lagi azam mereka bagi memastikan seruan untuk melakukan usaha dakwah terlaksana,” katanya lagi.
Menyentuh perubahan yang diusahakannya, Anwar berkata, perubahan yang ingin KeADILan laksanakan adalah sesuatu yang benar dan mempunyai tapak yang kukuh bukan hanya bercakap kosong yang berasaskan kebencian dan persengketaan.
“Kita harus menyedari negara Malaysia bukannya satu budaya sahaja. Kita harus memastikan negara ini tidak ditelan api perkauman dan karam dengan sikap taksub melulu. Ingatlah ’siapa yang menyemai angin akan menuai badai’,” ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, katanya pemerkasaan ekonomi tidak akan berjaya selagi kemajuan dan pembangunan didorong oleh nafsu serta tamak holoba sesetengah pemimpin sekarang.
“Pertumbuhan ekonomi dan kekayaan harus difahami dengan pengertian yang lebih luas. Kekayaan tidak boleh hanya ada di kalangan sesetengah orang sahaja, ianya harus menjadi pendorong untuk membebaskan masyarakat dari penindasan dan kezaliman,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, ekonomi yang dibangunkan bukanlah untuk kepentingan diri sendiri tetapi adalah untuk kepentingan semua pihak.
Anwar juga berkata dalam menyambut Syawal pula kita hendaklah sentiasa menyambutnya dalam kesederhanaan tanpa meminggirkan mereka yang tidak berkemampuan.
“Syawal merupakan bulan kemenangan, bulan memupuk ukhuwah. Kemenangan mengharungi Ramadan dirai dengan jalinan ukhuwah yang utuh sesama ummah.”
“Kemenangan ini bukan sekadar melawan hawa nafsu sepanjang Ramadhan, sebaliknya diterjemahkan jua sebagai kemenangan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan,” katanya lagi
Dengan memulakan ucapan Perutusan Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya mewakili keluarganya dan segenap lapisan kepimpinan serta akar umbi KeADILan, Anwar mengakhiri perutusannya dengan berkata “InsyaAllah kemenangan yang diredhai menjadi milik kita pastinya, sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al Quran, ‘ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit (Ayat 24, Surah Ibrahim)’.”
Suara Keadilan
KEMBALI KE PERANTAUAN
Setelah bercuti lebih kurang seminggu sempena merayakan Aidil Fitri, anak-anak muda dan yang tua kembali ke perantauan untuk meneruskan tugas masing-masing. Lebuhraya mulai sarat dengan kenderaan dari serata pelusuk tanahair sejak sabtu lepas.Walaupun terpaksa membayar tol, pengguna terpaksa juga menghadapi kesesakan setiap kali musim perayaan.
Seperti biasa juga, bila pulang ke kampung maka terpaksalah melupakan seketika internet.Bukan kerana sibuk,bukan juga kerana taufan melanda tapi kerana liputan celcom 3G yang terhad di bandar-bandar besar sahaja. Itulah masalahnya dengan syarikat telekomunikasi di Malaysia ini. Mereka hanya bertumpu di kawasan yang masyuk saja. Tapi bagus juga sekurang-kurangnya dapat merehatkan kepala daripada cerita-cerita politaik yang semakin haru bercelaru.
Belalulah sudah Ramadhan, dan bersyukurlah kita semua kerana dapat merayakan Aidil Fitri dalam suasana aman damai. Tersungkurlah jugak batang-batang lemang dan segala macam hidangan ke dalam perut kita semua.Terkenang juga kita kepada rakan-rakan kita yang terpaksa merayakan Aidil Fitri tanpa orang tersayang sebagai contohnya tahanan ISA dan mangsa-mangsa kemalangan. Semoga mereka tabah dengan dugaan.