Selasa, Januari 06, 2009

MENTERI KEROPOK LEKOR



KUALA TERENGGANU: Datuk Seri Najib Razak, hari ini memberi jaminan, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan diberi jawatan sebagai Timbalan Menteri jika menang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian di sini, pagi ini mengenai kedudukan Wan Farid selepas melepaskan jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam, bagi membolehkannya bertanding.

Jika dia menang dapatlah jadi Timbalan Menteri. Apa akan jadi jika dia kalah? Dia dapat jadi apa? Takkan jadi penjual akok atau setidak-tidaknya jual satar. Memang pelik juga. Dah jadi Timbalan Menteri pasai apa dok pi lepas jawatan semata-mata nak masuk bertanding pilihanraya. Berani mati la lu mat! Konfiden gila boleh menang.

Congak pi congak mai,kalau dia menang dapat jadi Timbalan Menteri.Tapi kalau dia tak masuk bertanding pun dia memang dah Timbalan Menteri.Kalau dapat Timbalan Perdana Menteri kira ok la.Jadi buat apa nak lepas jawatan untuk bertanding dan jika menang dapat jawatan yang sama sebelumnya.Pi mai pi mai tang tu,itupun kalau dia menang.Kalau dia kalah tak pi mana-mana dah la jawabnya.

Tidak pelik, kalau sekarang dia jadi pengedar keropok lekor,kemudian lepas jawatan dan masuk bertanding.Jika menang dia dapat jadi Menteri Keropok Lekor. Baru la ada unsur-unsur logikal tu.

Aku rasa keropok lekorpun tak memahami hasrat sebenar yang berlegar di sanubari mung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...