Isnin, Januari 05, 2009

Saya akan dedahkan 'pengkhianatan' Umno - Wahid



KUALA TERENGGANU, 4 Jan (Hrkh) - Calon PAS Abdul Wahid Endut berjanji mengumpulkan semua ucapannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama ini bagi mendedahkan segala kepincangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Dari tahun 2000 sehingga 2005 sebanyak RM 200.34 juta wang royalti kerajaan Terengganu telah diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain, ia meningkat sebanyak RM 600 juta lagi sehingga tahun 2008,?katanya selepas ceramah pengenalan calon di Gong Pauh dekat sini baru-baru ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya Buletin Online tentang ucapannya dalam ceramah tersebut yang menegaskan akan menyenaraikan segala penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno-BN.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam berkata, beliau pernah membangkitkan beberapa usul dan sidang DUN termasuk hal yang berkaitan royalti minyak.

Namun hasrat baiknya meminta kerajaan mendedahkan secara terperinci ke mana wang royalti tersebut ?lesap? tidak menjadi realiti kerana usul beliau ditolak oleh Sidang DUN.

Beliau berkata kerajaan negeri yang dikuasai oleh Umno-BN sepatutnya mempunyai dasar dan praktik yang jelas berkaitan ketelusan, pertanggungjawaban dan urus tadbir yang baik.

"Biar dia (kerajaan) jelaskan, rakyat ingin tahu berapa banyak yang kerajaan perolehi dari wang royalti yang diterima dari kerajaan pusat," katanya. - azm _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...