Jumaat, Februari 06, 2009

LUPAKAN KISAH BERUK-BERUK SEKEJAP

Diskriminasi terpimpin

Satu petang,gua dengan Pak Mat sepakat untuk minum petang di CM (Central Market).Bukan CM kolumpo tu,ni CM,mamak dekat pintu masuk Warta bangi.Apa jadah nama Central Market Curry House pun tak tau.Tak berkenan langsung gua.Boleh menimbulkan salah faham dikalangan pelancong.

Lepak minum petang kat CM ni solid beb.Banyak makwe lalu lalang.Disebabkan kedudukan dia yang dekat depan pintu masuk Warta,jadi nak tak nak makwe-makwe yang nak pergi Warta kena lalu juga depan CM.Macam-macam pesen makwe ada.Makwe kolej,makwe islamik kontemporari,makwe dressing pejabat,makwe kilang,makwe bawah umur(budak sekolah),makwe timur tengah,makwe bedak bersepah.Ah,senang cerita semua kategori makwe la ada.

Macam biasa,gua dengan Pak Mat pilih table yang hujung sekali.Gua duduk mengadap pintu Warta,Pakmat mengadap arah bertentangan.Jadi mana-mana makwe keluar Warta gua nampak dulu,makwe yang baru nak datang,Pak Mat dulu.Win-win situation Pak Mat kabor.Macam setan punya pemikiran.

Petang tu penampilan gua dengan Pak Mat memang rock habis.Pak Mat dengan rambut mulletnya,jambang bersepah,t-shirt belang harimau malaya,jeans penuh kesan minyak hitam, kelihatan macam cilaka.Gua pula dengan rambut ala-ala Jarvis Cocker tak jadi,t-shirt bundle,jeans kerat, kelihatan sangat alternative.Tak dinafikan,memang ramai yang memandang serong kami.Gua perasan makcik table hujung sana pandang Pak Mat sambil mengeleng-gelengkan kepala.


Nak dijadikan cerita,sedang rancak Pak Mat bercerita pasal kisah cintanya kat gua,gua perasan ada dua orang budak dalam lingkungan sekolah rendah datang mintak derma dekat meja tak jauh dari gua.Hati gua tersentuh.Gua terus seluk poket,keluarkan lima ringgit dengan niat nak didermakan kepada budak tu bila dia datang meja gua nanti.

Tak lama lepas tu,budak tu sampai ke table sebelah gua.Table brader-brader dressing pejabat.Itu jam,gua dah lipat cantik-cantik dah duit lima ringgit tu.Nampak stedy sikit time nak derma karang.

"Kau betul ke nak kasi lima ringgit?Selalu 50 sen pun payah"Pak Mat ragu-ragu dengan niat murni gua.

"Ah,sekali sekala bersedekah,apa salahnya?rockers,rockers juga..tanggungjawab sosial jangan dilupakan.."tegas gua jawab.Dengar dek Nash,mengalir air mata.

Tapi perkara yang tak disangka-sangka terjadi.Budak-budak tu tak singgah pun table gua.Dia skip terus ke table sebelah.Table pakcik-pakcik korporat.

"Babi!tak singgah sini..mentang-mentang gua selekeh..Ingat gua takde duit ke?"gua maki Pak Mat.

"Kui kui kui"Pak Mat gelak menganjing.Tapi gua tahu dia terasa juga dengan budak derma tu.Maklumlah dah tua.

***********

Lepas hati masing-masing dah reda peristiwa tadi,gua dengan Pak Mat sambung berborak balik.Ah lu nak diskriminasi ikut lu lah.


Panjang lebar dia bercerita pasal makwe yang dia minat tu,tapi gua lebih tumpu ke makwe-makwe yang baru keluar dari Warta.Cilaka,solid juga yang tu.Tapi dah ada anak pulak!

Tiba-tiba,entah dari mana,muncul Cicak tarik kerusi sebelah gua.Babi,terkejut juga gua dalam hati.Pulak tu,smart betul dressingnya.Dengan rambut finnya,baju polo fit,seluar jeans kepala kain,cicak memang kelihatan begitu metroseksual.Bila ditanya,apahal smart sangat lu ni?

"Aku baru balik kelas,terus datang sini.."

Gua nampak Pak Mat senyum sinis dengar jawapan Cicak.

Kedatangan Cicak nampaknya mengganggu cerita Pak Mat.Kalau sebelum ni sibuk cerita pasal kisah cinta dia,alih-alih sekarang cerita pasal enjin kereta pulak.Cilaka,pandai lu cover line ye Pak Mat?

Dipendekkan cerita,sedang gua,Pak Mat dengan Cicak rancak bersembang,tak semena-mena datang dua orang budak derma tadi.

"Bang,derma bang..untuk anak-anak yatim..."ujar salah sorang dengan nada simpati.Sambil mata pandang Cicak.Tangan pun hulur ke Cicak.

Babi!tadi time gua dengan Pak Mat je tak nak datang.Ni bila Cicak ada datang pulak!Mentang-mentanglah Cicak ni dressing smart,metroseksual lu datang ye?Ingat gua takde duit ke?

Gua panas hati.Ego gua tercabar.Kecik je gua nampak budak derma dua ekor tu.
Gua seluk dompet,gua keluarkan not 50 tiga keping.Gua campak ke arah budak tu.

"Nah ambik!ingat aku takde duit ke?Pukimak!derma pun nak pilih-pilih.Dah blah..jangan kasi aku nampak korang kat area ni lagi!"ujar gua separuh menjerit.

Suasana jadi senyap sunyi.Mana yang menyuap berhenti menyuap,mana yang berborak tertangguh perbualannya.Budak-budak derma tu kucar-kacir lari.Meja kerusi habis dilanggarnya.Cicak dengan Pak Mat pandang gua dengan muka tak percaya.Petang tu gua berjaya buktikan,rockers pun ada prinsip!







*okey,macam biasa,ending tu gua reka.


COPY PASTE FROM : http://www.neoromantis.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...