Jumaat, Februari 06, 2009

SOLAT JUMAAT DI MASJID UBUDIYYAH



Protes angkat sumpah Adun di Masjid Ubudiyyah hari ini

Ekmal Yusof
Fri | Feb 06, 09 | 8:35:39 am MYT
IPOH, 6 Feb (Hrkh) - Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat diseru datang bersolat Jumaat di Masjid Ubudiyyah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar hari ini untuk melakukan protes membantah upacara angkat sumpah Adun Umno-BN di Istana Iskandariah hari ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Nor Azli Musa menyeru demikian di majlis Himpunan 100,000 orang yang membajiri setiap ruang di Kediaman Menteri Besar Perak, Dato? Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di sini malam tadi.

Katanya,"mari datang beramai-ramai selepas Jumaat kita buat demonstrasi boikot Umno-BN melakukan angkat sumpah menubuhkan kerajaan baru cara rampas kuasa itu di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar esok.

"Semua lapisan masyarakat termasuk kaum Muslimat dan pimpinan Pakatan Rakyat kalau tak cukup tempat sediakan sejadah untuk bersembahyang di luar dan kemudiannya kita buat protes terhadap perbuatan keji Najib Razak,"tegasnya.

Jelas Nor Azli, Najib adalah seperti ketua lanun merampas Kerajaan Pakatan Rakyat yang sah kepada kerajaan baru Umno-BN untuk kepentingan politik dirinya sahaja itu harus ditentang habis-habisan. - mks._

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...