Ahad, April 12, 2009

FORUM RAKYAT DS ANWAR & DS NIZAR DIHALANG




Pihak polis telah menghalang program Forum Rakyat anjuran Angkatan Muda PKR yang sepatutnya dihadiri sama oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Dato’ Seri Hj Nizar Jamaluddin di Dewan Orang Ramai Sungai Rokam. Semua laluan ke dewan tersebut telah ditutup oleh pihak polis sejak petang tadi lagi. Orang ramai begitu kecewa dengan sikap pihak polis yang telah menutup pintu demokrasi di Perak. Sedangkan program tersebut dianjurkan oleh sebuah parti yang halal di Malaysia. Pihak polis tidak memberi sebarang sebab dan alasan yang munasabah mengapa program tersebut dihalang. Penganjur memang tidak memohon permit, kerana ia diadakan di permis JKKK yang Ketua Kampung memberi kebenaran untuk digunakan. Tempat berlangsungnya program tersebut diadakan di dalam dewan dan kawasan sekitar yang berpagar.

Menurut Cikgu Ali Husein, Ketua Kampung Sungai Rokam, pihaknya tiada halangan untuk mana-mana pihak menggunakan dewan tersebut. UMNO atas tujuan apa program sekalipun, beliau sebagai Ketua Kampung tiada halangan untuk membenarkannya. Beliau tidak faham mengapa kebenaran yang diberikan olehnya sebagai Ketua Kampung dihalang oleh pihak polis, sedangkan permis tersebut adalah di bawah kuasanya sebagai Ketua Kampung. Program tersebut pula diadakan di dalam dewan.

Tindakan polis menghalang program tersebut diadakan jelas bertentangan dengan slogan PM yang baru iaitu ‘rakyat didahulukan’. Program ini adalah program antara pimpinan PR dengan rakyat. Rakyat ingin tahu perkembangan terkini isu-isu negara pasca pilihanraya Bk. Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Rakyat ingin mendengar penjelasan dari pucuk pimpinan tertinggi PR iaitu Anwar Ibrahim. Selain itu, rakyat Perak khususnya warga Ipoh ingin mendengar ucapan Ahli Parlimen baru Bukit Gantang, Hj Nizar Jamaluddin.

Orang ramai percaya, Anwar Ibrahim dan Hj Nizar semakin berpengaruh dalam merubah pemikiran dan pendirian politik rakyat di Perak yang seterusnya akan mewujudkan satu gerakan menjatuhkan kerajaan haram BN di Perak. Gelombang Bukit Gantang bakal melanda bumi Perak. Lantaran itulah, polis digunakan oleh UMNO BN untuk menyekat pengaruh ini.

mediapakatan

3 ulasan:

  1. Apabila kuasa disalahgunakan, ini lah yang berlaku. UMNO masih tidak faham kehendak rakyat. Ini bukan pemimpin namanya. Ini pemeras. Kita tunjukkan kuasa rakyat pada mana-mana pilihanraya di masa hadapan.

    BalasPadam
  2. Depa tu bukan pemeras tapi penindas rakyat.depa tu takut dengan bayang-bayang depa sendiri maklumlah orang dah buat salah.

    BalasPadam
  3. umno bukan pemeras dan penindas tapi sudah terdesak kerana kurang dan tak mendapat sokongan.apa-apa pun boleh mereka asalkan kuasa yang ada pada mereka tak hilang.power beb power....,siapa tak nak kuasa?you can do anything you want if you ada kuasa.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...