Ahad, April 12, 2009

UMNO, MCA , MIC dan lain-lain parti perkauman tidak raleven lagi

Didalam menghadapi kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Umno dan Barisan Nasional, maka para pemimpin Umno dan Barisan nasional, teraba-raba mencari formula atau ubat yang boleh menyembuhkan dan menaikkan kembali mertabat parti mereka agar menjadi gemilang seperti dahulu.

Umno seperti biasa, menggunakan semangat perkauman sempit untuk menarik sokongan orang Melayu, MCA pula menaikkan semangat perkauman Cina dan MIC memanipulasi semangat perkauman dikalangan kaum India.

Inilah cara bekerja dikalangan parti komponen Barisan Nasional, yang masing-masing kaum cuba manarik kaum masing-masing menyokong parti mereka, masaalahnya ialah, masihkah raleven cara bertindak yang diamalkan oleh ketiga-tiga parti tersebut.

Pemuda parti Gerakan pernah mencadangkan supaya semua parti komponen Barisan nasional
di lupuskan, yang tinggal hanyalah Barisan Nasional, tetapi cadangan tersebut telah di tolak oleh kepimpinan tertinggi Umno di masa itu yang di pimpin oleh Pak Lah.

Setelah kepimpinan Umno bertukar tangan sekarang, munkin idea tersebut boleh di fikirkan semula oleh Datuk Sri Najib bagi disesuaikan dengan perjuangan alaf akan datang, apakah perjuangan berasaskan kaum masih raleven dimasa depan untuk rakyat Malaysia?

Saya berpendapat, untuk menyatu padukan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung, perjuangan berasaskan perkauman tidak boleh lagi diterima untuk diamalkan di Malaysia, tambahan pula Datuk Sri Najib sendiri cuba membawa satu visi baru untuk Malaysia iaitu Malaysia untuk semua.

Andaikata Barisan Nasional berjaya melupuskan semua parti-parti perkauman yang bernaung dibawahnya dan yang wujud nanti hanyalah Barisan Nasional, yang memperjuangkan semua kaum, manakala di pihak pembangkang pula, memang telah sedia di fahami bahawa parti-parti gabungannya adalah tidak berasaskan kaum .

Maka adalah diyakini, masa depan Malaysia adalah lebih cerah dimasa akan datang dengan berkurangnya semangat perkauman dikalangan rakyat Malaysia.

Paling terbaru satu cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan yang ideanya datang dari Hj. Hadi, khabarnya kerajaan perpaduan tersebut bukan berbentuk gabungan seperti Barisan Nasional, tetapi lebih kepada kerajaan campuran, matlamatnya adalah untuk mengurangkan politiking didalam negara, dengan itu kerajaan dapatlah memikirkan cara mana menghadapi kegawatan ekonomi yang dialami sekarang dengan lebih berkesan.

Untuk menjadi kenyataan, pengorbanan dari semua parti-parti amatlah diperlukan, ianya bukan mudah tetapi tidak mustahil boleh dilakukan, munkin Datuk Sri Najib boleh melakukan seperti mana ayahnya berjaya menubuhkan Barisan Nasional dahulu..............

awahak.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Agak mustahil diwaktu ini hendak menggabungkan semua parti kerana kita menjalani aktiviti dan kegiatan kehidupan secara terpisah mengikut kaum. Kita telah dipisahkan dari sejak tadika lagi.

    Tapi masih belum terlambat kalau kita mulakan dari anak-anak sekolah. Satu Malaysia satu sekolah.

    BalasPadam
  3. bukit teluk sera12/4/09 12:41 PTG

    satu perkara baik di indonesia:

    bahasa indonesia diwajibkan pada semua papantanda perniagaan seluruh negara. ini tiada di malaysia.

    satu lagi perkara baik di semua negara lain:

    sistem satu sekolah dengan bahasa pengantar bahasa kebangsaan.

    satu perkara yang hanya ada di malaysia, tiada tandingan di seluruh dunia.

    hanya malaysia satu-satunya dalam dunia bersifat racist. melayu, cina dan india dipisah sejak kecil, masalah integrasi dalaman/luaran bila remaja di sekolah menengah.

    dihasut perkauman oleh ibubapa sejak kecil, dan mengulang hasutan pada anak-anak pula bila sudah berkeluarga.

    kenapa UMNO takut dengan MCA dan MIC tentang isu seolah jenis kebangsaan? BODOH! Tiada yang lebih bodoh melainkan UMNO yang diperkudakan MCA/PIC dalam isu pendidikan.

    pendidikan yang gagal hari ini, akan melahirkan negara yang gagal di masa akan datang.

    wassalam.

    BalasPadam
  4. Nak nak cari formula apa ke benda.Perkara mudah bukan susah ambil aja keputusan drastik jawabannya kembalikan hak rakyat.Sebagai contoh SPRM dan SPR jadikan badan yang benar-benar bebas letakkan badan bebas ini di bawah pengawasan PARLIMEN.Sentimen perkauman jangan di canang lagi rakyat malaysia sekarang inginka kestabilan ekonomi dan kesejahteraan hidup bukan permusuhan.

    BalasPadam
  5. Amerika ialah negara yg terakhir memiliki senjata pemusnahan dunia, Malaysia ialah negara yg terakhir yg masih berarpatied (sistem pergasingan kaum)

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...