Isnin, April 27, 2009
Media Arus Perdana Umno (MERAPU)
Oleh: biaqpila.blogspot.com
Media Arus Perdana Umno atau singkatannya MERAPU sememangnya suka melaga-lagakan pemimpin parti pembangkang.Tidak hairan bagi kita bila mendengar media umno ini memperkatakan tentang perselisihan di kalangan parti pembangkang.Yang kecik di besaqkan,yang besaq diraksasakan.Dengar boleh percaya jangan,seperti juga dalam kes bantuan sempena pilihanraya,terima boleh undi BN jangan.
Bagi media umno ini.,jika tidak memburuk-burukkan pembangkang,mereka bukanlah jaguh pembodek sebenar.Itulah prinsip yang mereka pegang selama 52 tahun negara merdeka.Nak buat macamana lagi,mereka telah diajar begitu dan mereka telah menjadi ketagih jika tidak memburuk-burukkan pembangkang.
Peranan media umno ini semakin penting sebagai talian hayat BN bilamana berlakunya sesuatu pilihanraya.Ketika itulah mereka semakin menjadi-jadi,sebagai contohnya semua cerita yang dapat menggambarkan talam dua muka mana-mana pemimpin pembangkang akan dikorek dari lipatan sejarah dan disurehebohkan kepada rakyat.Namun rakyat tidak mudah terpesong dengan segala cerita basi tersebut kerana mereka tahu itu hanyalah kerja media merapu.Buktinya keputusan pilihanraya sedikitpun tidak menunjukkan rakyat terasuk dengan temberang mereka itu.
Amat payah bagi media umno ini untuk menyiarkan berita tentang benda-benda baik yang akan memberi kelebihan kepada parti pembangkang ini,walaupun di negeri-negeri yang pembangkang telah menjadi kerajaan.Kalau bab melaga-lagakan pemimpin pembangkang merekalah juara bertahan selama 52 tahun.Tiada kuasa yang dapat menandinginya.
Biaqpila...apa ada hal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...