Isnin, April 27, 2009
PARASIT DALAM PAS YANG MENGUNTUNGKAN UMNO
Us Nasaruddin Tantawi telah menyiarkan sebuah artikel yang sepatutnya menjadi pedoman kepada kita selaku pendokong Islam di dalam blog beliau. Artikel tersebut menceritakan tentang kewujudan 2 team di dalam PAS. Memang benar, di sana memang terdapat 2 team di dalam PAS, bahkan boleh saya katakan, ia lebih daripada itu. Di dalam sebuah hadis Nabi SAW, sepertimana yang telah disebutkan oleh Us Nasaruddin di dalam artikelnya, bahawa di akhir zaman, Islam terpecah kepada 73 kumpulan, dan satu kumpulan sahaja yang akan menang.
Hakikatnya, di dalam PAS, hanya dilihat terdapat 2 kumpulan sahaja, bahkan ia sebenarnya lebih banyak dari itu. Demikianlah suara hati yang diluahkan oleh Us Nasaruddin. Sebelum ini saya pernah menulis artikel yang bertajuk “Jangan tubuhkan BN yang kedua setelah menjatuhkan BN yang pertama”. Namun, hakikat yang perlu diketahui oleh semua ahli PAS ialah janganlah menyuntik virus politik kotor UMNO ke dalam tubuh PAS!
Saya teringat Sirah Nabi Muhammad SAW, ketikamana Baginda SAW sendiri mengalami situasi yang sama sepertimana yang terjadi di dalam PAS hari ini. Iaitu wujudnya beberapa golongan Islam yang tidak percaya dengan Nabi Muhammad SAW sendiri, dan terdapat juga golongan munafik yang berlakon sebagai seorang Islam, tetapi bertujuan menghancurkan Islam.
Ketika peperangan Bani Mustalik selesai, orang Islam pergi mendapatkan bekalan air di sebuah perigi. Perigi yang satu itu menyebabkan mereka berebut-rebut untuk mendapatkan air sehinggakan berlaku pertengkaran kecil. Lalu terdengarlah seorang ansar memanggil, “Wahai kaum Ansar….” Dan terdapat seorang muhajirin juga memanggil “Wahai kaum Muhajirin…”……
Apabila mendengar panggilan tersebut, Rasulullah SAW bersabda “Apakah mereka masih menyeru kepada jahiliyyah sedangkan aku masih bersama mereka?!!”. Pertengkaran sesama umat Islam ketika itu menyebabkan Nabi Muhammad SAW begitu benci, kerana meraka mengembalikan sifat taksub perkauman yang telah dihapuskan oleh Baginda SAW. Baginda SAW begitu benci dengan kelakuan orang Islam ketika itu yang menyeru kepada jahiliyyah.
Begitu juga apa yang terjadi hari ini, terdapat parasit di dalam PAS yang telah cuba mengembalikan PAS kepada Jahiliyyah UMNO! Politik kotor UMNO cuba diserap di dalam PAS. Perpecahan UMNO diserap di dalam kesatuan PAS. Seolah-olah parasit-parasit ini cuba mengUMNOkan PAS setelah UMNO gagal mendapat pengaruh rakyat.
Parasit inilah yang telah disebut oleh Us Nasaruddin sebagai golongan Asy Syaqawah. Tidak dinafikan, bukan setakat UMNO sahaja yang membencikan ulama’, bahkan terdapat parasit PAS sendiri yang membenci ulama’. Bertaubatlah sekiranya anda adalah salah seorang daripada mereka. Parasit-parasit ini cuba menjadi hero dalam perjuangan PAS, sedangkan hero ini tidak lain hanya ingin mendapat nama sepertimana yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay, seorang munafik di zaman Nabi Muhammad SAW.
Abdullah Ubay memang hebat menabur fitnah. Dia bertujuan menghancurkan pengaruh Nabi Muhammad SAW kerana kehadiran Nabi SAW di Madinah mengganggu kenaikannya sebagai pemimpin Madinah. Oleh itu, beliau sering bertindak menyuntik racun ke dalam pemikiran umat Islam supaya tidak mempercayai kepada Nabi Muhammad SAW.
Adakah kita juga salah seorang yang bertugas sebagai penyuntik ke dalam pemikiran umat Islam supaya tidak mempercayai ulama’ yang juga pewaris bagi Nabi? Inilah beberapa ekor parasit yang hidup di dalam tubuh PAS, dan berusaha untuk merosakkan PAS!
Salam Perjuangan
Dr Fikrah
drfikrah.blogspot.com
Saya berpendapat, perkara ini tidak perlu di perbesar-besarkan, yang untung nanti ialah UMNO, perbezaan pendapat sentiasa wujud sampai hari kiamat, tambahan lagi kita memang mengizinkan perbezaan pendapat dikalangan ahli.
BalasPadamMunkin ada sedikit masaalah dikalangan yang menggelarkan dirinya Ulamak, kerana merasakan diri mereka kurang di berikan perhatian lagi, itu sahaja.........kurang di berikan perhatian, bukan di pinggirkan.
Didalam PAS perlu di gabungkan semua corak pemikiran, barulah PAS boleh mengharungi perjuangan yang semakin mencabar di alaf akan datang..........
Sekali lagi saya mengingatkan, jangan buat heboh perkara yang tidak pun menjadi masaalah...
Jangan di cipta masaalah....dengan tujuan untuk menjadikan diri kita hero.....
toya hangpa la pas...
BalasPadammcm siyerrrrrrrrrrr
munafiq no 1 pas nih
Dalam duk cerita pasal kaum Ansar dengan Muhajirin dimarahi Rasulullah saw pasai duk berebut ayiaq..tup..tap..duk boh api pulak antara Pas dgn Umno..yg dua dua sebangsa seagama...Heran aku kut mana cara hgpa berdakwah..Sejak dua menjak org bagi undi kat hgpa., kut la ada rendah diri lagi..Ni dak.., makin duk bongkak pulak...
BalasPadamUjian tu....