Sabtu, Mei 30, 2009

Dana Awam Dibelanjakan Secara Culas, Pakej Ransangan Ekonomi Lesap Entah Ke Mana.



— KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA —

29 Mei 2009

Sikap Kerajaan Malaysia yang mengabaikan prinsip tadbir urus dan pertanggungjawaban amatlah membimbangkan. Pada ketika rakyat Malaysia terpaksa berjimat cermat dan resah samada pendapatan mereka mampu menanggung sara hidup, kerajaan kita pula terus menerus mencurahkan ribuan juta dana awam secara culas.

Pendirian sambil lewa umno di dalam menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang memperlihatkan sikap sebenar mereka yang sanggup menggadaikan kepentingan negara terutama apabila kecurangan itu membabitkan ahli parti tersebut. Kaedah kes itu ditangani mendedahkan sikap hipokrit mereka yang bertanggungjawab menyiasat skandal tersebut dan juga kes politik wang yang berlaku dalam umno. Kita melihat wujudnya pendakwaan terpilih terhadap mereka yang dianggap sebagai musuh pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak.

Kerajaan mendabik dada kononnya sudah ribuan juta diagihkan dari kantung dua Pakej Ransangan Ekonomi tersebut. Namun tidak ada maklumat yang disediakan buat tatapan serta penelitian umum berhubung proses pemberian tender kerajaan. Ini membuatkan rakyat beranggapan pakej tersebut tidak memberi kesan kepada mereka dan menimbulkan rasa sangsi kepada kita bagaimana ekonomi akan pulih sekiranya dana yang ada hanya untuk kepentingan syarikat milik kroni pemerintah.

Ketidakcekapan dan pembaziran merupakan ciri utama birokrasi kewangan kita. Monopoli pastinya menghambat sebarang hasrat untuk memulihkan kedudukan ekonomi Malaysia dan program liberalisasi akan hanya terbantut kerana tidak ada iltizam untuk melaksanakan perubahan.

Sehingga kini tidak ada sebarang perancangan jelas untuk melaksanakan perubahan serta memulihkan ekonomi negara sepertimana yang dijanjikan. Kenyataan oleh Perdana Menteri bahawa negara kita akan pulih menjelang akhir tahun menimbulkan persoalan dan tanda tanya. Ini adalah kerana Perdana Menteri pada ketika yang lain, menyatakan bahawa ekonomi negara kita bergantung kepada Amerika Syarikat dan Eropah; yang mengakui ekonomi mereka hanya akan pulih menjelang tahun 2010.

Minggu ini Bank Negara mengesahkan apa yang perkatakan oleh rakyat Malaysia-kecuali menteri kewangan- selama lapan bulan ini. Negara ini diambang kemelesetan. Kadar pengangguran akan mendadak naik dan kilang akan lebih banyak ditutup. Berkemungkinan setengah juta orang akan kehilangan kerja. Pertumbuhan untuk tahun 2009 diunjurkan kepada negatif 5%(-5%), kedudukan eknomi terburuk sejak krisis kewangan terbaru.

Cabaran yang mendatang memerlukan pemimpin yang mampu menangani krisis ini dengan berani dan bertindak menentang rasuah dan kronisme. Sayangnya kualiti tersebut tidak ada pada pentadbiran yang baru ini.


ANWAR IBRAHIM


Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...