Sabtu, Mei 30, 2009

Rayuan Zambry Diterima???



Sangkaan bahawa gelora di Perak berakhir nampaknya salah bilamana Mahkamah rayuan memutuskan bahawa Zambry adalah menteri besar perak yg sah. Sejauh mana ketepatan keputusan itu sudah tentu tidak boleh dipertikaikan tapi keputusan ini sudah pasti akan menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia terutamanya Perak. Namun begitu Mohammad Nizar masih berpeluang untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan kembali haknya dan paling utama hak rakyat yang sentiasa mendokongnya.

Melihat dari perspektif lain, timbul kejanggalan dihati tentang bagaimana boleh wujud keaadan huru-hara sebegini setelah PRU 12. Bukankah PRU 12 telah membuktikan bahawa Mohammad Nizar adalah menteri besar Perak yang sah? Tentang hilang kepercayaan majority ia tidak sepatutnya menjadi penyebab perlunya bertukar menteri besar walaupun itulah yg tertulis di dalam perlembagaan. Dan harus diingat bahawa kehilangan kepercayaan majority hanya boleh dibuktikan dengan undi tidak percaya walaupun dalam keputusan rayuannya hakim mengatakan bahawa boleh diguna cara lain. Sebagaimana yang kebanyakan orang tahu bahawa dalam kes rayuan yang di bahaskan adalah berkenaan undang2 dan bukannya fakta. Ini boleh memberi peluang kpd hakim untuk mengtafsir undang2 sedia ada mengikut ‘situasi yang diperlukan’.

Apapun keputusan yang diberi, semua pihak harus beringat bahawa semua ini hanyalah keputusan didunia, dan yang bakal menentukan yang mana benar hanyalah Allah. Setiap orang yang berkaitan secara langsung atau tidak langsung pasti akan dipersoalkan Allah kelak dan saat itu hanya Allah yang menentukan, tiada lagi hakim2 mahkamah tinggi, rayuan mahupun persekutuan yang akan memutuskan bersama.
Pesanan:
Kepada Zambry, ingatlah bahawa jawatan adalah satu amanah dan bukannya perkara ringan yang siapa saja boleh memikulnya. Pasti di akhirat kelak anda akan di persoal tentang kepimpinan anda.
Kepada Mohammad Nizar, andainya itu adalah hak anda ianya tak akan berubah walau mahkamah manapun yang putuskan kerana mahkamah teragung adalah mahkamah Allah.
Kepada hakim2, ingatlah ada 3 jenis hakim dan hanya 1 yang akan masuk syurga iaitu:

1) Hakim yang mempunyai hak untuk mengadili tapi sengaja membuat keputusan dengan zalim, tempatnya di neraka.
2) Hakim yang tiada hak untuk mengadili tapi tetap membuat keputusan dengan zalim, tempatnya juga dineraka.
3) Hakim yang berhak mengadili dan dia mengadili dengan sebaik-baiknya dan seadil-adilnya, dan hakim inilah yang akan masuk syurga.


theonlywannaz

Daftar SEKARANG!!! Untuk MASA DEPAN !!!
GAJI MINGGUAN RM2000-RM5000
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
JUST DIET...MATE 5 SARINA 019-5642140.
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM20 sebulan >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. sy tak site mana 2 tapi kalu hang nak menang saja pi buat mahkamah sendiri hang jadi hakim sendiri lepas tu hang jadi polis sendir ,akhir kata semua sendiri la.

    bodoh piaq

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...