Khamis, Julai 16, 2009

Krew Biaqpila berlepas dari Manek Urai


Gambar menunjukkan 2 buah helikopter yang membawa krew Biaqpila serta peralatan penyiaran tidak termasuk beg misteri bergegas dari ruang udara sebuah sekolah di Manek Urai kira-kira pukul 6:55 petang tadi.

Manek Urai 15 Julai 7:00 mlm- Krew Berita Biaqpila berlepas lewat petang semalam dari padang sekolah tempat pendaratan helikopter milik Biaqpila Aviation Services (BAS),setelah selesai membuat liputan PRK selama seminggu di Manek Urai.

Tidak seperti helikopter yang membawa taukeh jambatan yang bergegas pulang awal semalam, helikopter milik krew Biaqpila terpaksa berlepas agak lewat petang kerana roadtaxnya telah tamat tempoh.Ini bagi mengurangkan risiko kerana pada waktu senja tiada roadblock di lebuhraya.

Bagaimanapun,menurut salah seorang daripada pilot helikopter tersebut,mereka memilih untuk melakukan penerbangan pada waktu itu kerana ingin merempit sesama sendiri di udara bagi mengurangkan kebosanan sepanjang penerbangan ke Kuala Lumpur.Selain dari itu dapatlah mereka meraikan kejayaan Pas memenangi PRK Manek Urai di udara.

Sementara itu sebuah beg yang dikatakan misteri terpaksa diusung keluar dari helikopter gara-gara terdapat buah durian di dalamnya.Mengikut undang-undang penerbangan antarabangsa, buah durian sama sekali tidak dibenarkan dibawa dalam penerbangan.


Kelihatan seorang petugas sedang mengusung keluar beg berisi durian tersebut sambil diperhati oleh orang ramai.


Terdapat seramai 2 orang krew berita yang terlibat dalam liputan kali ini.Mereka terpaksa menggunakan dua buah helikopter bagi mengelakkan kesesakan lalulintas. Menurut krew terbabit,segala kos penerbangan pula tidak perlu dirisaukan kerana ianya menggunakan wang rakyat. Biaqpila...apa ada hal.

---TAK BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. hahahaha...lawak lawak
    hang buat cite memang lawak...
    mengalahkan si Nabi, juara lawak tu....
    Hang tak landing kat orang jual lemang ke?

    BalasPadam
  2. Tok Kiyai, try landing tapi tak dapat cecah bumi sebab banyak pokok. Tapi sempat la beli lemang, tarik naik pakai tali...hehehe

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...