Khamis, Julai 16, 2009
Manek Urai : Sekadar angin ahmar
Umno Bn nampaknya sangat berpuashati dengan kekalahan tipis kepada PAS dalam Pilihanraya Kecil Dun Manek Urai.Rata-rata alasan yang dikeluarkan oleh pemimpin mereka di kaca tv media Umno BN mengatakan rakyat semakin menyokong kepimpinanan DS Najib sebagai Perdana Menteri.
Mereka mengatakan angin perubahan dari rakyat sedang bertiup kuat.Seolah-olah rakyat begitu bernafsu sungguh terhadap BN.Itu baru kalah dengan majoriti tipis,bayangkan BN menang pula dengan majoriti tipis.Entah apa pulak akan diperkatakan oleh orang-orang Umno BN ini.Mahu dicabarnya Tuan Guru bubarkan Dun Kelantan supaya diadakan pilihanraya semula.
Jika Umno BN yakin sangat bahawa adanya angin perubahan pada rakyat.Sila bubarkan Dun di Perak dan adakan pilihanraya dalam masa terdekat ini.Barulah kita dapat melihat sejauhmana angin perubahan yang dikatakan itu.Adakah betul adanya angin perubahan atau sekadar angin ahmar?
Ini kerana ramai yang berpendapat keputusan pilihanraya Manek Urai bukanlah ukuran sebenar sokongan kepada BN kerana rakyat telah disogok dengan umpan jambatan,anak emas dan berbagai habuan lagi.
Keputusan semalam dikira adil kepada Pas kerana mereka tidak menjanjikan apa-apa semasa kempen walaupun sebiji skru jambatan namun masih mampu membuat Umno BN gigit jari.Dalam keadaan Pas yang terpaksa bertarung dengan seluruh jentera kerajaan BN pun mereka masih mampu menang dan Pas bersyukur dengan kemenangan itu. biaqpila.blogspot.com
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...