Selasa, September 15, 2009

BN Jangan Kluk Klek Lagi Calonkan Tan Sri Isa. | pkfz

Oleh berat66


UMNOBN janganlah nak main masak-masak lagi pasal calon Bagan Pinang. Kenapa masih nak "Kluk Klek" lagi sedangkan Tan Sri Isa bukan sahaja menjadi pilihan ramai penyokong dan pendokong malah, pihak lawan pun amat berbesar hati dan tidak berkeberatan untuk menghadapi “Ayam Lamo Umno” tu.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa pemilihan Tan Sri Isa akan memudahkan banyak perkara bagi UMNOBN. Soal fulus. Yang paling utama Tan Sri Isa secara lazimnya memiliki sumber kewangan yang mantap untuk berentap dan berkempen.




Jumlah harta terkumpul milik Tan Sri sudah cukup untuk memeriahkan kempen seterusnya memberikan kejutan yang paling mengejutkan buat UMNOBN. Dana yang ada pada UMNOBN bolehlah ditokok tambah untuk memberi angpau raya kepada pengundi.

Jangan didengar sangat tuduhan Sammy Velu yang berambut lebat tu kononnya pengundi India sudah jelak dengan BN. Apa yang Sammy tahu? Sammy tak tahu ke yang pengundi India kalau terjumpa Sammy dengan ular, Sammy dulu yang akan dibelasah kaum India.

Berbalik kita kepada soal Tan Sri Isa, selain daripada memiliki sumber keawangan yang lebih daripada cukup, beliau juga mempunyai sumber pengalaman yang lebih masin daripada lautan biru.

Selok belok politik, kiri dan kanan Tan Sri jauh lebih mahir, malah beliau jauh panggang dari api dan jauh lebih masin daripada gandingan Najib dan Muhyiddin Yassin. Nak kata Tan Sri "Ayam Tuo"? Tuo-tuo Tan Sri pun masih bergotah.. lai... Berilah peluang sekali ini untuk Tan Sri menabur jasa menyemai bakti di Bagan Pinang.

Sedangkan Wilayah Persekutuan boleh Tan Sri kendali, inikan pulak Bagan Pinang yang hanya sekangkang kera. Budak Khairy Jamaluddin tu apa yang dia tahu? Budak berhingus dan asyik jual syarikat negara aje. Kalaulah PM Najib tu ada anak dara cun melecun tentu Khairy dah lama himpit atau cuba ejas sebab hobi Khairy menurut TanSri Isa ialah Khairy suka menjadi menantu PM.

Apa-apa hal pun BN, kita ni bukan bertujuan untuk mencampuri soal dalaman BN. Tetapi sebagai seorang warga negara yang bebas dan merdeka, berhak memilih dan dipilih, soal kalah menang UMNOBN adalah urusan saya. Kan Saya ni rakyat One Malaysia jugak.

Jadi ber-rasional-lah sikit dalam berkeputusan sebab, hari pun dah nak masuk subuh, Tan Sri Isa pun dalam sebam-sebam meniti pagi, jangan ditunggu, jangan dinanti lai eh…takut-takut nanti senja ber-ulam rindu pulak di Bagan Pinang.- shet

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...