Selasa, September 15, 2009

Mohd. Nor rindukan Wook


MOHD. NOR menggunakan tasbih pemberian isterinya ketika berada di Pusat Serenti Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Oleh NURUL IZZA ROSLY

KUALA LUMPUR - "Saya rindu sangat dengan Wook. Saya berharap isteri saya datang melawat saya di sini pada Hari Raya Aidilfitri ini dan membawa bersama ikan kukus kegemaran saya."

Begitulah luahan Mohd. Nor Che Musa, 38, terhadap isteri kesayangannya, Wook Kundur, 107, selepas dua bulan berjauhan kerana ditempatkan di Pusat Serenti Sungai Besi (Persada) di sini selepas ditangkap kerana didapati positif mengambil dadah jenis heroin pada awal Julai lalu.

"Saya rasa amat kesal dengan apa yang terjadi. Namun, saya bersyukur dihantar ke sini (Persada) kerana saya boleh belajar mendisiplinkan diri, bertanggungjawab dan fahami nilai sebenar kasih sayang.

"Sepanjang berada di sini, sudah dua kali saya bertanya khabar pada Wook melalui telefon. Dia banyak kali pesan pada saya supaya jangan tinggal sembahyang dan puasa. Syukur, sejak tinggal di sini, saya puasa penuh dan tidak pernah tinggal seperti sebelum ini," ceritanya.

Tambah Mohd. Nor, walaupun perlu menjalani proses pemulihan selama dua tahun, dia bertekad untuk menjadi pelatih yang baik supaya dapat dibebaskan lebih awal.

kosmo

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...