Khamis, September 03, 2009
Kena Balun: Lelaki berusia 44 tahun cabul budak tahun dua.
SUSPEK (berbaring) dibawa masuk ke Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang untuk menerima rawatan akibat dipukul penduduk ekoran kes cabul kelmarin.
Oleh RIZAM ZAKARIYA
BUTTERWORTH – Seorang lelaki dipukul separuh mati oleh penduduk di sebuah rumah pangsa setelah didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun kelmarin.
Dalam kejadian pukul 4 petang, mangsa dikatakan dipujuk oleh lelaki berusia 44 tahun yang tinggal di sebuah flat di sini untuk ke rumahnya setelah selesai membeli ais krim.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Supritendan Mohamad Sukri Awang berkata, mangsa tidak mengesyaki apa-apa mengikut suspek naik ke rumahnya di flat berkenaan.
“Setibanya di rumah tersebut, suspek mencabul mangsa sebelum membenarkan mangsa pulang ke rumah.
“Mangsa yang tinggal bersama keluarganya di sebuah kampung bersebelahan kawasan flat tersebut kemudiannya memberitahu ahli keluarganya mengenai kejadian itu sebelum laporan polis dibuat oleh ahli keluarga mangsa,” katanya.
kosmo
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...