Jumaat, September 04, 2009
Ustaz di Tengah Gelanggang Bola Sepak
Ternyata menjadi pemain bola sepak terkenal dan bergaji tinggi tidak membuat Kolo Habib Toure lupa akan tugasnya yang lain sebagai Muslim iaitu berdakwah, mengajar murid-muridnya yang beragama Islam di masjid London membaca Al-Quran.
Pertahanan tengah berasal di Pantai Gading, Afrika Barat yang sekarang bermain untuk Manchester City ini merupakan seorang pemeluk Islam yang taat, disamping itu juga dia memiliki kekuatan fizikal yang gagah. Oleh itu pada bulan Ramadhan ini, dia tetap menjalani puasa seperti halnya umat Muslim di seluruh dunia.
Sebelum berpindah ke Manchester City, kelab terkaya Liga Inggeris milik billioner Uni Emirat Arab Syaikh Al Mansoor, Kolo Toure merupakan pemain kelab Arsenal dan ketika bermain dengan Arsenal itulah, di waktu lapangnya dia mengajar anak-anak Muslim yang tinggal berdekatan masjid London yang memang berhampiran dengan stadium Arsenal mambaca Al-Quran.
Meskipun sekarang telah pindah ke Manchester City, Toure tetap tidak melupakan anak-anak asuhnya, dengan memandu keretanya, di celah-celah kesibukannya bermain bersama Manchester City, dia tetap meluangkan waktu untuk menurunkan ilmunya, mengajarkan mereka membaca Al-Quran. Satu sikap yang patut dicontohi oleh setiap Muslim.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
van persie Islam ka?
BalasPadamdengaq cerita frederic kanoute buat masjid kat seville.