Jumaat, September 04, 2009

Malaysia Kekal Di Ranking Ke-152 Dunia

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kedudukan Malaysia kekal di ranking ke-152 dalam arena bola sepak dunia walaupun pasukan negara mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang China dan Kenya bulan lepas.

Menurut ranking terbaru yang dipaparkan laman web Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia kini mengumpul 123 mata, tambahan tiga mata hasil daripada dua keputusan seri itu.

Kedudukan terbaik Malaysia di dalam ranking FIFA adalah kedudukan di tempat ke-75, tetapi itu adalah pada 1993.

Di kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia berada di tempat keenam di belakang Thailand (115), Singapura (127), Indonesia (133), Myanmar (145) dan Vietnam (146).

Sementara itu, Malaysia tewas 0-1 kepada kelab Arab Saudi, Al-Qadisiya pada satu perlawanan persahabatan yang berlangsung di Dammam awal pagi ini.

Selepas ini Malaysia yang dibimbing oleh jurulatih K.Rajagobal akan meneruskan perlawanan persahabatan menentang Jordan di Stadium King Abdullah, Amman Sabtu ini.

-- BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...