Khamis, September 24, 2009

Umno Serba Salah? | Nizar News




Oleh Sofi Wahab

Umno/BN yang sangat yakin akan menang pada PRK Bagan Pinang terus berada dalam dilema untuk memilih siapa calon yang sesuai untuk menjadi ayam sabung mereka.Bagi Menteri Besar, Mat Hassan beliau sudah tentu tidak mahu Isa Samad menjadi calon kerana beberapa faktor antaranya kedudukan beliau akan tergugat jika Isa dipilih dan keduanya rekod buruk Isa sedikit sebanyak sudah tentu akan mencemaskan BN.


Bagi Najib dan Muhyiddin pula mereka sudah tentu akan memilih calon-calon yang boleh menjadi 'kuda tunggangan' mereka kerana masing-masing sedang bersaing untuk mengukuhkan kedudukan.
Muhyiddin sudah tentu akan terus mengasak Najib yang penuh dengan kontroversi supaya Najib cepat-cepat turun bagi menyelamatkan Umno dari kontroversi yang tidak pernah padam akibat beberapa yang dikaitkan dengan Najib.
Najib pula akan memainkan jarum dan strategi bagi mematikan perancangan dan 'planning' Muhiyddin yang mula dilihat memasang angan-angan untuk naik dengan cepat sebelum sampai masanya.
Kini Isa Samad giat menjalankan kempen secara senyap supaya beliau dipilih menjadi calon. Beliau dikatakan menggunakan ahli Umno akar umbi dan AJK Bahagian Telok Kemang untuk melobi. Jikapun Isa tidak dipilih sekurang-kurangnya Isa akan ditawarkan dengan habuan lain seperti Pengerusi Felda atau lain-lain jawatan Lubuk Emas.

detikdaily

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...