Khamis, Oktober 15, 2009
Adun PR akan hadir Sidang Dun Perak | Nizar News
IPOH: Pakatan Rakyat{PR) di Perak yang sebelum ini berhasrat memulau persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu pada 28 Oktober ini dengan alasan notis oleh Speaker, Datuk R Ganesan, adalah tidak sah, mengubah pendirian dan akan menghadirinya berdasarkan notis yang dikeluarkan bekas Speaker, V Sivakumar.
Jurucakap PR, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa keputusan untuk hadir dibuat setelah mereka menerima notis daripada Sivakumar semalam memaklumkan persidangan itu akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat yang sama.
Katanya, pakatan pembangkang masih mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak dan mereka akan mematuhi notis yang dikeluarkannya.
Pada masa sama, katanya, mereka meminta Ganesan menarik balik notis dikeluarkannya kerana mendakwa arahan itu tidak sah.
Ditanya sama ada akan berlaku perebutan kerusi Speaker pada persidangan itu nanti, Mohammad Nizar berkata semua pihak perlu "tunggu dan lihat" kerana beliau tidak dapat meramal apa yang akan berlaku nanti.
Mohammad Nizar berkata, pucuk pimpinan Pas Perak tidak akan menghadiri pelancaran 1Malaysia di Stadium Perak pada Ahad ini kerana majlis itu berlangsung pada tarikh dan masa yang sama dengan jamuan Aidilfitri anjuran Pas di Batu Gajah.
Katanya, parti itu telah merancang majlis berkenaan lebih awal dan ia tidak boleh ditangguhkan.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, baru-baru ini menjemput rakyat pelbagai kaum termasuk penyokong pakatan pembangkang di negeri itu supaya datang beramai-ramai ke pelancaran 1Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
- Bernama
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...