Khamis, Oktober 15, 2009
AMK mahu Khairy disiasat, isytihar harta | Nizar News
KUALA LUMPUR, 14 Okt:Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mendesak kerajaan melalui satu badan bebas menyiasat harta-harta yang dimiliki Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.
Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu ianya sebagai menyahut kesediaan Khairy yang sedia untuk disiasat berikutan dakwaan memiliki kekayaan yang sangat besar dan melampaui pendapatan beliau.
"Memandangkan terdapat kesediaan daripada Khairy sendiri untuk beliau disiasat, AMK mendesak PM Najib Razak supaya segera mewujudkan satu badan bebas bagi menyiasat harta-harta yang dimiliki oleh Khairy yang sebelum ini merupakan menantu kepada Perdana Menteri dan juga selaku Ketua Pemuda yang tentunya akan mendapat kelebihan politik (political advantage) daripada kepimpinan tertinggi UMNO dan kerajaan," kenyataannya dipetik.
AMK katanya tidak mahu kenyataan Khairy itu hanya tinggal kenyataan sahaja dan hanya diulang kembali menjelang pilihanraya sedangkan tiada sebarang siasatan konkrit dilakukan pada beliau.
Di atas kesediaan itu juga katanya, AMK mencabar Khairy untuk mengisytiharkan harta beliau termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan.
Penglibatan aktif Khairy dalam bidang perniagaan kata Shamsul, bukan sahaja menimbulkan persepsi wujud salahguna kuasa, malah para peniaga juga menghadapi persaingan yang tidak adil khususnya untuk mendapatkan projek dan tender kerajaan.
"AMK dengan ini mencabar Khairy untuk mengisytiharkan harta beliau termasuk pegangan-pegangan secara langsung dan tidak langsung melalui nomini, wang yang disimpan di dalam akaun-akaun di luar negara dan kepentingan-kepentingan di dalam pelbagai perniagaan," ujarnya lagi.
Selain itu siasatan tersebut juga katanya penting bagi menunjukan komitmen serius kerajaan terhadap usaha membanteras rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan pembolotan kekayaan melalui cara-cara yang tidak sewajarnya.
Gesaan siasat dan isytihar harta ini timbul ekoran kenyataan Khairy sebelum ini yang meminta polis menyiasat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mempunyai pelbagai sumber kewangan seperti yang didedahkan Bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid pada tahun 1999.
Isu itu dibagkitkan Khairy sewaktu berkempen pada Pilihan Raya kecil bagan Pinang lalu.
Menjawab tuduhan itu, Anwar memberitahu dia sedia disiasat dengan syarat siasatan turut dijalankan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang memiliki 'kekayaan melampau' termasuk Khairy.
Ekoran kenyataan Anwar itu, Khairy juga turut menyatakan kesediaan untuk disiasat dan mengisytiharkan harta miliknya.
Dalam perkembangan terbaru, Ahli Palimen Rembau itu juga dikatakan antara individu yang turut terlibat dengan skandal projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Menurut satu sumber, Jawatankuasa Kira - Kira Wang Negara (PAC) Parlimen, akan membentangkan fakta tersebut pada sidang dewan rakyat yang akan bermula 19 Oktober ini.
harakahdaily
Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...