Khamis, Oktober 15, 2009

Tujuh tukang urut bogel ditahan | Nizar News


KEADAAN pusat urut di Jalan SS2/55 di Sea Park, Petaling Jaya yang diserbu polis semalam.

Limpahan wanita warga China rancakkan aktiviti maksiat.

PETALING JAYA - Limpahan wanita warga China yang masuk ke negara ini kononnya untuk melancong tetapi akhirnya terlibat dalam aktiviti maksiat menimbulkan masalah sosial yang serius.

Kegiatan tidak sihat itu banyak berlaku di pusat-pusat hiburan, rumah urut dan salun-salun kecantikan.

Warga asing yang muda dan cantik akan dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu untuk dijadikan sumber mendatangkan pendapatan lumayan.

Semalam polis menahan tujuh wanita rakyat asing bersama tiga lelaki hidung belang yang sedang diurut secara bogel di tiga buah bilik di pusat urut di Jalan SS2/55 Sea Park di sini pada pukul 4.30 petang.

Ketiga-tiga lelaki hidung belang rakyat tempatan itu berpeluh-peluh apabila mereka dicekup ketika sedang diurut masing-masing dalam keadaan bogel.

Jurucakap polis berkata, polis menahan tiga tukang urut warga China dan empat lagi tukang urut masing-masing tiga dari Thailand dan seorang dari Myanmar.

kosmo

Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Salam 1Malaysia,

    Jika sesiapa nak berjumpa dan nak berkenalan dengan 'Tok Siak' parti UMNO, jemput la datang blog cek...http://sukj.blogspot.com

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...