Ahad, Oktober 04, 2009
Rakyat Malaysia bernasib malang ada Perdana Menteri macam Najib | Nizar News
Oleh HASHIM ABDULLAH
Ramai orang bertanya kepada saya, siapa yang sebenarnya berkuasa dalam kerajaan dan Umno BN. Najib atau Mahathir?. Saya kembalikan soalan tersebut kepada setiap orang yang bertanya kepada saya dengan soalan, adakah anda tahu yang paling berkuasa dalam Umno adalah Presiden Umno dan orang yang paling berkuasa dalam kerajaan adalah Perdana Menteri?.
Saya katakan Perdana Menteri yang ada sekarang adalah Najib dan Presiden Umno juga adalah Najib. Maka, pada setiap pertanyaan saya katakan yang paling berkuasa adalah Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak. Mahathir bukan Perdana Menteri malahan bukan juga menteri. Mahathir juga bukan Presiden Umno.
Pandangan Mahathir pandangan perdana
Malanganya, mutahir ini, di era Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno apa yang diberikan gambaran seolah-olah yang paling berkuasa adalah Mahathir. Malahan dalam banyak isu yang membabitkan negara dan Umno, pandangan Mahathir adalah pandangan ‘perdana’ berbanding Najib.
Mahathir pemimpin paling dibenci?
Semua orang tahu Mahathir adalah bekas Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling lama berkuasa. Dalam sejarahnya juga Mahathir adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno yang paling dibenci orang. Tidak ada krisis yang tidak melanda Mahathir. semuanya lengkap.
Tetapi Mahathir yang dianggap diktator oleh sesetengah musuhnya dapat mengatasi setiap masalah yang dihadapi. Mahathir tidak jatuh kerana dikalahkan oleh musuh dalamanUmno dan kerajaannya. Mahathir berhenti kerana ia ingin berhenti. Mahathir bersara kerana ia ingin bersara.
Mahathir kini sudah berhenti dan sudah bersara. Paling jelas, Mahathir juga menuntut ramai orang agar bersara. Mahathir minta Sami Vellu bersara. Terbaru, Mahathir suruh Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bersara. Oh!, Mahathir memang orang yang pelik.
Peliknya orang yang bernama Mahathir ini, walau pun hakikatnya beliau sudah bersara tetapi tindakannya tidak menunjukkan beliau sebagai orang yang sudah bersara. Mahathir tak macam Pak lah. Pak Lah memang benar-benar bersara tetapi Mahathir tak sedar diri yang dia sudah bersara, dia campur semua urusan, inilah masalahnya. Memang ‘Tak sedar diri’ yang membuatkan semua orang jadi keliru dek perangai Mahathir.
Mahathir kacau semua, Najib membisu
Kecuali orang Umno, orangnya lain tahu bahawa orang macam Mahathir tidak akan berhenti dengan karektornya, ‘pengacau’. Memang ada sesetengah menteri dalam BN tahu tabiat Mahathir itu, tetapi jumlahnya tak ramai. Orang macam Pak Lah tak boleh tahan dengan tabiat Mahathir. Orang macam Nazri juga nampaknya tak boleh tahan dengan Mahathir. tetapi orang macam Najib terpaksa ‘tahan’ dengan Mahathir. Najib banyak membisu.
Barang kali, kecuali mati, Mahathir tidak akan berhenti dengan sifat pengacaunya dalam Umno, BN dan kerajaan. Mahathir akan bercakap atas perkara yang beliau ingin cakapkan , tak peduli siapa kerana demokrasi membenarkannya bercakap apa saja walau pun melanggar adap dan tata susila.
Wartawan pula, atas niat masing-masing akan terus menggunakan Mahathir. Mahathir terus laku walau pun dalam situasi beliau bukan Presiden Umno, bukan Perdana Menteri, bukan Menteri, bukan juga Penasihat kerajaan Malaysia sebagaimana Lee Kuan Yew di Singapura.
Mahathir sepatutnya bukanlah sewajarnya dijadikan tempat rujukan terutama atas isu-isu membabitkan politik dan pentadbiran negara. Tetapi beliau tetap menjadi rujukan utama berbanding Najib atau Pak lah yang juga bekas Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Masalah Najib
Kalau kita tanya Pak Lah adakan beliau suka dengan sikap Mahathir?, saya berkeyakinan Pak Lah meluat. Persoalannya apakah Najib juga tidak meluat dengan Mahathir. Saya rasa Najib juga meluat tetapi dalam keadaan yang ada pada Najib hari ini beliau tidak boleh sama sekali menunjukkan sikap yang meluat atas masalah yang dihadapinya.
Sebab itu dalam fenomena yang ada, ramai orang keliru dengan peranan Najib berbanding Mahathir. Dalam banyak hal Mahathir lebih advance berbanding Najib. Mahathir lebih menunjukkan sikap sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno berbanding Najib.
Mahathir boleh bercakap apa saja. Malahan, ‘didahulukan’ walaupun tak ada jawatan yang melayakkannya berbuat demikian. Dia nampaknya lebih berkuasa.
Najib, dia ditinggalkan dalam banyak situasi. Dia ada jawatan tetapi nampaknya tak cukup kuasa. Kalau tak silap, Najib adalah Perdana Menteri dan Presiden Umno yang termuda. JR Prime Minister barangkali.
Malang rakyat Malaysia
Najib dinampakkan tak ada kelayakan untu mengepalai Presiden Umno dan Perdana Menteri yang tulen. Najib perlu ditunjuk ajar oleh Mahathir sepenuhnya. Agak malang bagi rakyat Malaysia menpunyai seorang Perdana Menteri dengan imej sedemikian.
Najib sangat berbeza dengan Persiden Umno dan Perdana Menteri terdahulu. Barangkali keadaan itu yang sangat dibimbangi Mahathir, justeru Najib perlu ditunjuk ajar bagaimana nak lakukan sesuatu. Tak ada kreadibiliti dan tak meyakinkan. Inilah gambaran yang diperolehi rakyat dari tindakan ‘mengacau’ Mahathir.
Mahathir, barangkali juga ada sebab yang kuat untuk mengajar Najib. Rekod selepas Najib mengetuai Umno dan kerajaan amat tidak menyakinkan orang macam Mahathir. Apa taknya, tak pernak menang dalam pilihanraya kecil kecuali di Batang Air. Najib dan Umno kalah 7-0.
Kalau Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee masih hidup, saya percaya kisah Nujum Pak Belalang akan ada siri dua dan tiganya bagi mengkisahkan senirio politik dibawah Najib.
Pak Belalang dapat negeri Mahathir hilang negeri
Mahathir, barangkali lihat cerita Nujum Pak Belalang, lalu beliau mengambil ikhtibarnya. Beliau minat untuk jadi Pak Belalang. Beliau akan terus bantu Najib. Cuma yang berbeza Mahathir dengan Pak Belalang ialah peranan Pak Belalang dapat negeri sedang tindakan Mahathir hilang negeri. Campurtanganlah Mahathir, janganlah kamu bersara walau pun kamu sudah bersara.
Semua kita tahu Mahathir ada miang yang akan memiangkan sesiapa sahaja yang menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri. Pun begitu keadaan Mahathir itu baik untuk perubahan negara sekarang. Kepakaran Mahathir merosakkan Umno dan segala-galanya amat diperlukan.
Mahathir perlu teruskan rentaknya. Negara memerlukan orang macam Mahathir bagi melakukan perubahan. Perubahan itu ialah dengan menjatuhkan Umno BN yang sangat korup dan menyusahkan. Sumbangan Mahathir amat diperlukan dan amat besar nilainya.
sidangonline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...