BAGAN PINANG: Jentera Umno-BN mula berlagak samseng dengan melakukan taktik jahat dan kotor berunsur provokasi apabila 6 batang bendera PAS di pos Ladang Salak (UPU Ladang Artherton) dipatahkan.
Kejadian yang belaku lebih kurang jam 7 malam 1 Oktober lalu.
Kejadian bermula dengan tindakan berani seorang lelaki yang datang meluru dengan sebuah kereta, keluar dari kereta dan terus mematahkan 6 batang batang bendera PAS di hadapan kami serta mengugut petugas PAS yang cuba menghalang tindakan lelaki tersebut.
Kehadiran dua anggota polis berpakaian biasa yang kebetulan berada di situ yang telah dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku diantara lelaki tersebut dengan petugas-petugas PAS.
Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Lukut jam 8.00 malam.
Tujuan laporan dibuat kerana rasa takut dan terancam keselamatan petugas dan penyokong di situ sekiranya lelaki tersebut akan membuat tindakan susulan yang lebih teruk lagi.
Laporan juga telah dibuat kepada ketua keselamatan DUN Bagan Pinang.
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...