Pesawat-pesawat Thunderbirds milik Skuadron Pertunjukan Udara Angkatan Tentera Amerika (USAF) melakukan penerbangan formasi berlian (diamond) di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang.
Skuadron demonstrasi pertunjukan udara Angkatan Tentera Amerika (USAF), Thunderbirds mempertontonkan persembahan formasi aerobatik dan penerbangan solo mereka yang menarik.
Pertunjukan udara yang menampilkan pesawat Thunderbirds F-16 dan C-17 berlangsung di pangkalan udara TUDM Subang itu mempertontonkan pergerakan aerobatik secara solo dan lagak ngeri dengan menggunakan jet-jet terkini.
Terdahulu, Kedutaan Amerika mengumumkan tentang lawatan USAF Thunderbirds ke Kuala Lumpur dengan kerjasama TUDM.
Menurut kenyataan itu, pasukan aerobatik RMAF Sukhoi juga mempertontonkan kehebatan mereka dalam pertunjukkan sehari itu, dan orang ramai boleh menontonnya secara percuma.
Thunderbirds yang berpangkalan di Nellis Air Force Base, Las Vegas, Nevada, sentiasa mengadakan pertunjukkan mereka di Amerika dan serata dunia.
tva
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Pertunjukan itu ado makno tuuuuuuuu !!!!!! ingat nak datang sajo sajo ke,,,,,,,!!!!!!!
BalasPadamAsyik asyik Thunderbirds, hebat macam mana pun rakyat Malaysia dapat apa? Juruterbang Malaysia syok sendiri sahaja, ingat USAF nak bagi peluang juruterbang kita turut serta....kirim salam!!! dia tak percaya dengan kemampuan kita. lihat sahaja lah kat Langkawi tu.... 2 juruterbang terkorban...silap pesawat ke atau seperti biasa kesilapan manusia sebab kurang latihan!!! standard la TUDM buat malu kaum je!!!
BalasPadamTak ada apa yang istemewa thunderbirds ni macam Mat rempit je!!! apa faedah nya bagi Malaysia. yang ada ia lah merosakan ruang angkasa Malaysia dengan bunyi memekak membunuh bermacam jenis haiwandan serangga.... patut nya di tentang sahaja supaya mereka balik...semua nak tipu Melayu.