Ahad, Oktober 04, 2009
UMNO melalok kerana Isa | Nizar News
Oleh darmasatria
"Setelah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka cintakan rasuah dan memandang tinggi perasuah, UMNO pun mula melalok macam orang gian dadah. Khairy yang dahulunya menentang buat u turn. Pemuda UMNO ada pemimpin yang tidak tetap pendirian.
Kasihan pemuda UMNO. Sudahlah diketuai perasuah, kluk klek pulak tu. Lebih teruk lagi kalau dia hanya berpura-pura sokong. Dr. Mahathir yang tidak henti-henti melalak kerana tidak mahukan Isa jadi calon pun sudah sokong calon UMNO walaupun enggan berkempen untuk Isa.
Dia kecil hati kerana pandangannya untuk test power sudah dipersetankan. Nak buat macam mana. Najib yang ditolak naik setelah Pak Lah merudum jatuh memilih untuk membalas budi Isa bukan budi Dr. Mahathir.
Muhyiddin pun memulakan propaganda murahannya. Dia kata Isa pilihan rakyat. Yang beriya-iya nakkan Isa bukan rakyat, UMNO Bahagian Teluk Kemang sahaja. Tidak pernah ada dalam sejarah Malaysia calon pilihan raya dipilih oleh rakyat.
Kalau tak pandai sekalipun, janganlah perbodohkan rakyat. Adakah UMNO bermesyuarat dengan semua penduduk Bagan Pinang untuk memilih Isa? Sama sekali tidak mungkin. Mati hidup balik pun UMNO takkan buat begitu. Isa ialah pilihan Najib untuk membalas budi. Isa bukan pilihan rakyat. Yang gantung sepanduk ugutan boikot pun bukan rakyat. UMNO Bagan Pinang yang buat. Tak payah temberanglah.
Pemimpin UMNO memang tidak cerdik. Bagi UMNO, orang salah yang telah menamatkan tempoh hukuman jadi bersih macam kain putih. Itulah pemikiran sekular yang menyelubungi UMNO; dulu, kini, dan selama-lamanya. Adakah dosa politik tidak ada kaitan dengan agama Islam yang dianut oleh majoriti ahli UMNO? Berhati-hatilah apabila mengeluarkan kenyataan. Salah hemat tergelincir akidah.
Semua pengundi di Bagan Pinang perlu menilai tindak tanduk UMNO sekarang ini. Calon mereka seorang perasuah. Parti mereka parti rasuah. Mereka menyalak kononnya memerangi rasuah. Hakikatnya "kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik". Mereka akan terus menabur wang di Bagan Pinang untuk merasuah pengundi supaya menyokong UMNO.
Tanpa memperhitungkan sebelum ini mereka tidak berbuat apa-apa di Bagan Pinang, mereka akan menjanjikan pembangunan.
Tidakkah perbuatan itu menunjukkan kegagalan mereka. Bagi UMNO, semua tempat hanya perlu dibangunkan apabila ada pilihan raya. Kerajaan taik kucing apa macam ni?
Bila ada pilihan raya di Permatang Pauh, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Kuala Terengganu, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Bukit Gantang, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Bukit Selambau, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Penanti, tak payah turut serta kerana pembangunan di situ sudah hebat. Bila ada pilihan raya di Manek Urai, main isu pembangunan. Bila ada pilihan raya di Permatang Pasir, main isu pembangunan.
Anehnya, UMNO/BN yang tak bangun-bangun di semua tempat tu. Apa khabar orang Batang Ai? Dah majukah anda semua? Janganlah terpengaruh dengan temberang UMNO di Bagan Pinang. Sama ada anda anggota tentera atau orang awam, tidak payahlah bersekongkol dengan parti rasuah. Nanti kena jawab macam-macam di akhirat. "
utaraonline
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...