Ahad, November 22, 2009
Lawak Ahad: Kelate vs N.Sembilan
Gambaq ni tiada kena mengena dengan kisah berikut.
Mamat ni asal Kelantan. Memang pure Kelantan. Satu hari tu mamat nie pun datang la ke Seremban (first time) untuk interview kerja dgn salah sebuah Syarikat Pengangkutan. Dalam pada masa dia mencari kat mana lokasi pejabat syarikat pengangkutan tu maka dia pun bertanyalah dgn sorang lelaki.
????: Komuniti - sepaku.net http://www.sepaku.net/sepaku-lawak/4806-giler-tol-citer-ni.html
Mamat Kelantan: Bey tumpey tanyo. Dimano pejabat syarikat pegangkutey?
Mamat Negeri: Ekau biar bonar. Cakap tu elok-elok sikit jang!
(Mamat Negeri tu tengok dia atas bawah, atas bawah)
Mamat Kelantan: Betul doh kawey kecek nih. syarikat pegangkutey, pegangkutey. ..
Mamat Negeri: Budak ni ado yg lobam nanti kang..
(Mamat Kelantan tadi dah mula naik hangin sikit.. Memandangkan Mamat Negeri nie tak berapa faham cakap dia maka dia pun tunjukkan alamat pejabat tu..)
Mamat Kelantan: Ni ha alamat dio, XXXX Transportation Sdn. Bhd....,transportat ion, transportation
Mamat Negeri: Oo... transportation. . ingat apo bondo tadi pegang kotey pegang kotey..
(Barulah brader tadi faham.. Maka brader tu pun bagilah arahan macam mana nak gi ke pejabat tu. Walking distance jer tapi nak kena belok ikut 2-3 simpang jugaklah. Tapi maklumlah ibaratnya sorang cakap ayam, sorang cakap itik maka timbul lagi kekeliruan. Jadi Mamat Kelantan ni mintak tolong Mamat Negeri tu lukiskan pelan..)
Mamat Kelantan: Abey buleh tunjuk peley dok?
Lagi sekali Mamat Negeri tuh terkojut . Sekali lagi dia tengok Mamat Negeri ni atas bawah, atas bawah.
Mamat Negeri: HESHH...! Ekau kan dah ado tu.. Nak buek apo lai tunjuk den punyo!?
Maka Mamat Kelantan ni pun terkial-kial lah keluarkan pen dgn kertas sambil mintak brader tu lukiskan..
Mamat Kelantan: Lukih lukih peley nok gi ke sano..
Mamat Negeri: Oooo.. mintak tunjuk lukis polan ingat nak mintak tunjuk apo tadi...hishh kau ni jang....
Walaupun berlaku beberapa salah faham tapi diatas keikhlasan Mamat Negeri tu maka Mamat Kelantan pun akhirnya sampai ke pejebat yg ditujunya tu dan hasilnya dia diterima bekerja dgn syarikat tersebut.
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...