Ahad, November 22, 2009
Sidang DUN N.Sembilan kecoh
SEREMBAN – Hari pertama Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-12, di sini semalam ‘panas’ seketika apabila berlaku dua babak pertikaman lidah antara wakil rakyat pembangkang dan Barisan Nasional (BN).
Kedua-dua insiden berlaku berikutan rasa tidak puas hati pakatan pembangkang kerana tidak dibenarkan mewakilkan soalan pada sesi soal jawab dan usul untuk membahaskan kejadian banjir yang berlaku di Temiang, baru-baru ini ditolak.
Kekecohan bermula apabila Ketua Pembangkang, Loke Siew Fook (DAP – Lobak) bangun dan meminta supaya soalan membabitkan penilaian prestasi anggota Exco Kerajaan Negeri yang sepatutnya dikemukakan Rashid Latiff (PKR – Ampangan) diwakilkan kepada beliau kerana Rashid tidak dapat hadir dengan makluman.
Katanya, walaupun Rashid tidak hadir, beliau berhak bertanyakan soalan bagi pihak ADUN Ampangan berdasarkan penggiliran soalan seperti tertera dalam buku soal jawab.
Permintaan Siew Fook itu bagaimanapun ditolak Speaker DUN, Datuk Razak Mansor dengan alasan, soalan tersebut boleh dibangkitkan pada hari lain, seterusnya memberi laluan kepada Aminuddin Harun (PKR – Sikamat) untuk mengemukakan soalan lain.
Datuk Aziz Shamsudin (BN – Palong) kemudian mencelah dengan menyifatkan permintaan Siew Fook itu membuang masa dan meminta undian dilakukan.
Siew Fook yang masih tidak berpuas hati menyifatkan keputusan Speaker itu sebagai tidak adil sambil merujuk buku peraturan persidangan dewan yang membolehkan soalan diwakilkan kepada ADUN lain.
Razak bagaimanapun menjelaskan, mengikut peraturan, beliau mempunyai kuasa untuk memanggil mana-mana ADUN mengemukakan soalan dan bukan berdasarkan kepada buku soal jawab seperti yang didakwa Siew Fook.
Berikutan itu, berlaku pertikaman lidah antara beberapa wakil rakyat pembangkang dan BN yang turut mencelah sehingga keadaan ‘kecoh’ menyebabkan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN – Rantau) bangun memberi penjelasan.
“Tujuan Speaker (adalah untuk) mengendalikan mesyuarat. Jangan mendesak Speaker. Speaker mempunyai (kuasa) bila mahu bertanyakan soalan,” kata Mohamad.
Sementara itu, selang beberapa minit selepas itu, sekali lagi kekecohan berlaku sebaik saja sesi soal jawab selesai apabila Ng Chin Tsai (DAP – Temiang) bangun dan memohon supaya kejadian banjir di kawasannya sebelum ini dibahaskan dalam dewan.
Permintaan itu mendapat bantahan Aziz dan meminta Speaker tidak melayan usul tersebut.
Speaker kemudian membuat keputusan menerusi undian secara mengangkat tangan, bagaimanapun mendapat bantahan Cha Kee Chin (DAP – Bukit Kepayang) yang mahu supaya undian dilakukan selepas Chin Tsai selesai membentangkan usul tersebut.
sinarharian
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...