Sabtu, November 14, 2009
Rumah rosak akibat Pesawat F-15 Amerika | Nizar News
KUALA LUMPUR 14 Nov. — Sebuah rumah berhampiran Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang, mengalami kerosakan Rabu lepas akibat penerbangan rendah sebuah pesawat pejuang F-15 Eagle milik Tentera Udara Amerika Syarikat.
Pesawat itu merupakan sebuah daripada lapan pesawat tempur Tentera Udara Amerika Syarikat yang terlibat dalam latihan Cope Taufan 2009 bersama-sama TUDM dari 9 hingga 20 November.
SEORANG pemilik rumah, Ong Lai Soon, 53, menunjukkan bumbung
rumahnya yang rosak selepas sebuah pesawat F-15 Eagle terbang rendah
di Butterworth Rabu lalu. (Gambar kecil) Pesawat pejuang F-15 Eagle.
Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Kamarulzaman Ali berkata, dalam satu kenyataan hari ini, kejadian pada pukul 3 petang itu berlaku ketika pesawat sedang melakukan pergerakan penerbangan taktikal sebaik sahaja berlepas dari pangkalan itu.
Pesawat F-15 itu berasal dari pangkalan udara Amerika Syarikat di Kadena, di Okinawa, Jepun.
Kamarulzaman berkata, TUDM dan Tentera Udara Amerika Syarikat sedang mengenal pasti punca sebenar kejadian melibatkan arahan-arahan keselamatan yang diguna pakai di samping keperluan untuk penambahbaikan jika perlu. - Bernama
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...