Sabtu, November 14, 2009

Umno Kembali Memperbodohkan Rakyat.. | Nizar News


Selama ini rakyat miskin di negara ini pastinya merasa sedikit lega kerana pengumuman Skim Baucar Subsidi Beras (SUBUR) seperti yang diumumkan oleh Kerajaan 1Malaysia. Maka bermacam-macam pujian bahawa ini bukti kerajaan mengutamakan dan mendahulukan rakyat.

Tetapi semua itu rupa-rupanya hanya retorik dan satu lagi agenda memperbodohkan rakyat. Tembelang itu pecah apabila wakil Rakyat Pas Titiwangsa Dr. Lo'Lo Ghazali mempertikaikan keperluan mendapatkan tanda tangan Ketua Bahagian Umno dalam borang SUBUR.

Pendedahan ini menyebabkan berlaku perang mulut di antara Datuk Noh Omar Kementerian yang bertanggungjawab program Subur dengan wakil dari Pakatan Rakyat di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) turut mempertikaikan syarat berkenaan dengan bangun menunjukkan borang dan mendakwa di kawasan Taiping, permohonan baucer Subur hanya akan diluluskan kepada orang Umno sahaja.

Apakah Umno sudah terlalu gila kuasa atau takut hilang kuasa dan sokongan rakyat sehingga terpaksa menggunakan kaedah jijik dan kotor ini untuk memaksa rakyat menyokong mereka? Apakah Umno tidak tahu untuk membezakan diantara duit kerajaan daripada pembayar cukai dengan duit Umno.

Nampaknya Umno tidak lagi serik dengan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka terhadap rakyat miskin selama ini yang menyebabkan rakyat menolak mereka lantas kecundang dengan teruknya dalam PRU ke-12.Lakukanlah apa yang kamu suka...rakyat sentiasa melihat dan terus melihat..

sendiri-mau-ingatlah


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

6 ulasan:

  1. jangan cakap kalau tak tau itu fitnah nanti tuan guru nik ajis marah

    BalasPadam
  2. jangandok takpa14/11/09 9:10 PTG

    PROGRAM SUBSIDI BERAS UNTUK RAKYAT (SUBUR)
    BORANG PERMOHONAN BAUCAR BERAS
    Perhatian : Hanya pemohon yang berpendapatan isi rumah di bawah RM1,500
    (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) sebulan layak untuk memohon.
    1. Butir Peribadi
    Nama Pemohon
    No Kad Pengenalan (baru) Lama
    Alamat Tetap
    Poskod Bandar
    Negeri
    No Telefon
    Pekerjaan Pendapatan Bulanan RM
    Jumlah Tanggungan (Bilangan Isi Rumah) orang
    2. Butir Pasangan
    Nama Suami/Isteri*
    No Kad Pengenalan (baru) Lama
    No Sijil Nikah/ Pendaftaran Perkahwinan*
    Pekerjaan Pendapatan Bulanan RM
    3. Butir Ahli Keluarga/Tanggungan yang bekerja**
    Nama Hubungan Pekerjaan Pendapatan Bulanan
    RM
    RM
    RM
    RM
    RM
    RM
    RM
    Pendapatan bersih isi rumah RM
    4. Perakuan
    Adalah saya mengaku semua perkara yang dinyatakan adalah benar.
    Tarikh
    Tandatangan
    * Potong mana-mana yang tidak berkenaan
    ** Sila guna lampiran sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi
    *** Borang ini juga boleh diperolehi melalui laman web iaitu : http://www.moa.gov.my



    jangan jadikan fitnah itu satu mainan

    Allah tak tanya hang parti apa tapi apa amalan hang

    BalasPadam
  3. jangandok takpa14/11/09 9:13 PTG

    kat mana yang kata kena sain ketua cawangan/bahagian

    BalasPadam
  4. jangandok takpa14/11/09 9:19 PTG

    kerajaan BN kalau bagi dia tak kira sapa

    tak perlu bai'ah pangkah bn baru nak bagi mcm parti PAS tu

    BalasPadam
  5. Takpa esok kau orang datang blog aku. Nanti aku tunjuk macam mana 'rupa bentuk' baucer SUBUR tu

    Siap...kah kah kah kah..kah kah kah

    BalasPadam
  6. Subsidi untuk memperbodohkan kononnya itu duit bn...MPPP tu apa ?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...