Sabtu, Disember 05, 2009

40 jemaah masjid maut dibom


TENTERA Pakistan mengawal dan menyiasat kawasan tempat berlaku serangan bunuh diri di sebuah masjid di Rawalpindi, semalam.


Pengebom bunuh diri serang tempat sering dikunjungi pegawai tentera

ISLAMABAD: Sekurang-kurang 40 maut apabila pengebom bunuh diri menyerbu sebuah masjid yang sesak dengan jemaah solat Jumaat di Rawalpindi semalam.

Jurucakap tentera, Major Jeneral Athar Abbas, berkata anggota militan melancarkan serangan di sebuah masjid yang sering dikunjungi pegawai tentera berhampiran pasar Qasim. Kawasan berkenaan kemudian ditutup bagi membolehkan tentera mencari lebih ramai penyerang.

"Lebih daripada seorang pengganas melakukan serangan itu. Mereka meletupkan bom di dalam masjid. Mereka juga melepaskan tembakan," katanya.



Beliau menambah: "Ada pengganas yang terbunuh tapi kami tidak tahu berapa ramai."

Menteri Dalam Negeri, Rehman Malik memberitahu stesen televisyen persendirian, ARY, pengebom terbabit memasuki masjid seperti jemaah lain dan tidak dikenali. Beliau menuduh Taliban sebagai bertanggungjawab bagi serangan itu.

"Ada dua pengebom bunuh diri dan bumbung masjid runtuh. Menurut maklumat kami terima, lebih 40 maut dan ramai cedera," katanya.


PENDUDUK melihat mayat mangsa bunuh diri di pekarangan hospital di Rawalpindi, semalam.

"Mereka melakukan serangan balas kepada operasi tentera Pakistan yang berjaya di Lembah Swat dan kawasan Waziristan," tambah Rehman.

Major Jeneral Athar pula menyatakan 26 orang maut dan 20 lain cedera.

Abdul Waheed, seorang pegawai di balai polis trafik berdekatan, berkata bangunan mereka bergegar akibat letupan kuat pada waktu tengah hari.

"Kami berkejar keluar dan mendapati ada letupan yang berlaku di dalam masjid. Tidak lama kemudian, lima lagi letupan kedengaran," kata Waheed.

"Anggaran kami ialah beberapa orang menyerang masjid dan ada yang menyembunyikan diri di kawasan berlainan di Parade Lane," kata Waheed, merujuk kepada lokasi masjid berkenaan.

Seorang lagi saksi, Ishtiaq, memberitahu stesen televisyen persendirian, Geo, dia berada di dalam masjid apabila kedengaran beberapa letupan.

"Ada kira-kira 200 atau 300 jemaah di dewan solat. Pegawai tentera selalunya menunaikan solat Jumaat di masjid ini," katanya.

Pakistan menyaksikan beberapa kejadian serangan dan letupan bunuh diri dalam penentangan kumpulan militan sejak dua tahun setengah lalu dan sehingga kini, lebih 2,570 orang sudah terkorban.

Kejadian berkenaan menjadi bertambah teruk selepas pihak tentera melancarkan serangan di kubu kuat Taliban di kawasan barat daya Pakistan.

Pegawai polis, Waqas Ahmed, berkata tembakan masih berterusan di Rawalpindi. Sekurang-kurangnya satu letupan kedengaran ketika askar mengepung kawasan itu dan ambulans tiba.

Rawalpindi, hanya beberapa kilometer dari Islamabad.

Waqas yang berada di pusat arahan polis Rawalpindi, berkata sebilangan orang tidak dikenali dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dua serangan pengganas di Pakistan berlaku sebelum ini di Rawalpindi. Serangan bunuh diri pada 2 November lalu mengakibatkan 35 terbunuh dan kejadian lain di ibu pejabat tentera 10 Oktober lalu menyebabkan sembilan anggota militan dan 14 orang lain terkorban. – AFP

bharian


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...