Oleh A Kadir Jasin
BEBERAPA hari telah berlalu apabila pakatan pembangkang sekali lagi berjaya “gempar” sesetengah pembesar Barisan Nasional sehingga ada yang melatah.Istilah gempar yang saya gunakan di sini merujuk kepada loghat kontemporari Utara di mana gempar membawa erti mengusik/mengacah dengan tujuan menyebabkan ketakutan.
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor “gempar” Kerajaan Pusat dengan mengancam tidak membenarkan pegawai negeri menghadiri kursus Biro Tata Negara (BTN).
Pada mulanya saya langsung tidak melihat “gempar” Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai membawa sebarang makna kerana ia di luar bidang kuasa beliau.
Mengikut pemahaman saya, semua kakitangan awam tertakluk kepada Perintah Am (General Order). Kalau GO kata mereka kena sertai kursus BTN atau apa juga kursus, maka mereka wajib menghadirinya. Ingkar adalah kesalahan dalam tata cara dan ketertiban perkhidmatan awam dan boleh dikenakan tindakan.
Oleh kerana perkhidmatan awam Selangor adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam pusat maka kuasa penentu adalah di tangan Kerajaan Pusat. Apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid adalah sekadar menguji kecerdasan pemikiran Kerajaan Pusat.
Saya yakin ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah negara, ia juga akan menggunakan agensi seperti BTN untuk menjalankan kursus yang selari dengan dasarnya.
Tup-tup (sekali lagi loghat Utara), kita dengar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata kerajaan akan pinda kurikulum BTN.
Katakanlah memang kerajaan bercadang pinda kurikulum BTN agar serasi dengan Satu Malaysia, tetapi mengumumkannya serentak dengan asakan kerajaan PR Selangor memberi gambaran ia tunduk kepada kata dua Abdul Khalid itu. Kalau pinda untuk serasi dengan Satu Malaysia pun belum tentu PR akan terima.
Kalau tidak kerana penjelasan Timbalan Menteri di JPM, Ahmad Maslan, kekeliruan ini akan berterusan. Ahmad Maslan yang bertanggungjawab terhadap BTN berkata tindakan Kerajaan Selangor tidak menjejas kegiatan biro itu kerana bukan semua agensi di Selangor di bawah kawalan kerajaan negeri.
Jadi apakah yang sebenarnya berlaku? Saya simpulkan seperti berikut:-
1. Mohamed Nazri memang terkenal dengan tabiat lepas cakap dan celopar. Dalam bahasa Inggeris, orang macam dia digelar “loose cannon” atau meriam yang tidak boleh dikawal;
2. Media massa, termasuk media arus perdana yang pro-kerajaan tidak lagi mengamalkan konsep melindungi sumber berita (protecting the source) dan tidak mementingkan implikasi sesuatu maklumat. Mereka lapor apa saja yang diucapkan tanpa mempedulikan ketepatan dan implikasi sesuatu kenyataan. Jadi, kalau Mohamed Nazri celopar dan lepas cakap, maka celopar dan lepas cakap jugalah yang mereka laporkan.
3. Ada pemerhati media mengatakan amalan ini baik kerana laporan media menepati apa yang diucapkan (truthful);
4. Inilah yang terjadi kepada Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apabila kenyataan, hujah dan fatwa beliau yang tak masuk akal atau “outrageous” dilaporkan oleh media massa, maka terdedahlah beliau kepada pelbagai reaksi dan kesimpulan;
5. Pas yang dahulunya cekap dan padu mengawal pengaliran maklumat dengan hanya menggunakan saluran rasmi parti (Harakah dan Harakah Daily) kini menggunakan saluran umum, termasuk media massa arus perdana;
6. BN pula nampaknya terlalu bergantung kepada media massa pro-kerajaan tanpa memberi perhatian secukupnya kepada pengurusan pengaliran maklumat. Peranan pegawai media dan jurucakap rasmi yang terlatih, berpengalaman serta berwibawa semakin tidak ketara;
7. Peliknya, kelemahan pengurusan pengaliran maklumat rasmi ini berlaku di saat-saat ramai pegawai media dan pegawai khas menteri dilantik menjadi ahli lembaga pengarah pertubuhan media;
8. Ledakan maklumat dan perkembangan pesat telekomunikasi tidak lagi memungkinkan mana-mana pihak mengawal pengaliran maklumat walaupun mereka memiliki saluran maklumat sendiri;
9. Media massa arus perdana mungkin tidak menyiarkan sesuatu berita atas keputusan sendiri atau kerana arahan, tetapi sebahagian besar masyarakat akan membacanya dalam akhbar parti atau daripada Internet manakala yang lain akan mengetahuinya melalui cerita mulut;
10. Dalam era ICT, siapa yang dahulu bercerita dan lantang bersuara dialah yang akan dipercayai oleh majoriti; dan
11. Akhir sekali, tahap kemampuan berhujah dan berbahas yang semakin luntur di kalangan ahli politik dan penyebar maklumat. Ambil contoh kenyataan seorang menteri mengenai kes pergaduhan dua ahli keluarga diraja yang menyebabkan kecederaan parah. Ini adalah kes jenayah. Dalam kes jenayah, pendakwa adalah negara. Kalau ada kes, ia wajib dihadapkan ke mahkamah. Isu selesai luar mahkamah tidak timbul. Hanya dalam kes sivil, pihak yang bertelagah boleh mencari penyelesaian di luar mahkamah.
http://kadirjasin.blogspot.com/
detikdaily
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
bn memang mempunyai ramai politikus yang ngok!
BalasPadam