Insiden Barisan Nasional nyaris ‘tumbang’ dalam undi usul Bajet 2010 Isnin lalu menunjukkan ketidaksungguhan wakil rakyat kerajaan menyokong bajet itu.
Menteri Besar ,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata perkara ini mungkin disebabkan hujah dan cadangan pembangkang lebih releven terutamanya dalam aspek menjana pendapatan negara.
Katanya, berbeza dengan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat sentiasa meneliti dan berbincang mekanisme terbaru bagi memastikan dana yang diperuntukkan digunakan dengan lebih berkesan.
“Sebenarnya inilah kebaikan yang kita dapati selepas bulan Mac 2008 dimana kumpulan pembangkang terdiri daripada kumpulan Pakatan Rakyat telah mengadakan perbincangan yang begitu bermakna dengan menunjukkan fakta-fakta mengapa belanjawan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional untuk 2010 perlu diteliti dengan lebih terperinci dan beberapa kelemahan dari perkara-perkara tersebut termasuk dari segi penggunaan dana dan cara pengagihannya dan akhirnya perlaksanaan yang seterusnya”,katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di Shah Alam, tengahari tadi.
Ditanya mengenai kejadian yang menyebabkan kerajaan hampir kalah dalam usul Bajet 2010 kelmarin, Tan Sri Khalid berkata ianya sebagai pengajaran kepada parti itu dan pembaharuan kepada Pakatan Rakyat.
“Baguslah kalau dia tak hadir lagi sekali maknanya banyak lagi bil yang akan dikalahkan.Biasanya sebelum Mac 2008 parlimen ini atau Dewan Rakyat ini dianggap sebagai‘rubber stamp’ maknanya masuk sahaja bil itu lulus,orang tak payah datang pun tak apa,tak da persediaan pun tak pa lulus,dia lulus.Sekarang bukan sekarang perkara ini ialah satu pembaharuan jadi pakatan rakyat telah membuat reformasi dari segi perbahasan di Parlimen,”katanya.
Isnin lalu, Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Najib Razak hampir tidak dapat diluluskan dalam perbahasan rakyat Isnin lalu apabila kerajaan hanya berbeza tiga undi dengan pembangkang, iaitu Barisan Nasional -66 dan Pakatan Rakyat-63.
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilaporkan berkata, berdasarkan konvensyen sebuah Negara berparlimen, sekiranya bajet itu tidak dapat diluluskan, kerajaan BN terpaksa dibebaskan dan satu pilihanraya baru terpaksa diadakan.
Sementara itu, Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata undi tidak percaya itu telah memalukan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini sejak kemerdekaan 1957.
“ Perkara ini adalah sesuatu yang amat memalukan kepada Barisan Nasional sebab mereka hampir mempunyai dua per tiga majoriti tetapi mereka hanya mendapat lebihan tiga undi pada hari tersebut",katanya.
tvs
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
HAHAHHAHA..
BalasPadamJgn takut itu baru ujian pertama dari Pakatan Rakyat..
Gua tak sabar nak tengok ujian yg kedua...
moga Allah memberkati segala usah Kerajaan PAKATAN RAKYAT..
AMINNNNN..