SHAH ALAM- Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran kepada penulis blog pro-UMNO menghentikan penggunaan video yang memaparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi penceramah dalam Kursus Biro Tata Negara (BTN) semasa mereka masih dalam kerajaan.
Ketua Penerangan AMK, Lee Khai Loon, tindakan tersebut dianggap sia-sia dan tidak berupaya mengalih perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
“AMK percaya syarahan itu disampaikan oleh Anwar dan Khalid pada masa lalu jelas menunjukkan modul BTN cuba menerapkan elemen perkauman dalam kalangan peserta.
“Video tersebut sudah lama dan kedua pemimpin tersebut sudah sedar akan kesilapan BTN dan mereka kini bangkit menentang kursus berkenaan,” katanya.
Khai Loon berkata, tindakan itu adalah taktik lapuk dalam usaha mempertahankan kursus berkenaan.
“Kita tidak setuju dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua pihak termasuk Menteri Kabinet supaya tidak lagi memanjangkan polemik BTN," katanya.
sinarharian
Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri mau ingat...