Selasa, Disember 01, 2009

Bukan Setakat Pijak, Bakar Terus





KALAU MENGIKUT KATA RAIS,BN JUGA MASUK GENG TAK BERBUDAYA JUGAK LA... TAPI DEPA LAGI DASYAT...BAKAR TERUS...PIJAK-PIJAK TAK MAIN LA BEB. MAMAT YANG TUKANG BAKAR TU BUKAN MAIN PAKAI BAJU BATIK BERBUNGA-BUNGA KONONNYA BERBUDAYA LA KOT... BUDAYA KEPALA HOTAK HANGPA!

Tindakan Pijak Gambar Tidak Berbudaya - Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan tindakan pemimpin DAP memijak poster yang memaparkan wajah tiga bekas anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang semasa Konvensyen DAP Perak sebagai langsung tidak berbudaya serta tidak menghormati hak individu dan demokrasi.

Katanya perbuatan itu tidak langsung sinonim dengan masyarakat Malaysia atau prinsip Rukunegara malahan Perlembagaan negara.

"Saya boleh nyatakan kelakuan mereka dalam DAP yang pijak foto bekas rakan mereka itu adalah perbuatan langsung tidak berbudaya malah lebih terkutuk dari masyarakat yang tiada bimbingan di dunia luar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kejadian Ahad lepas.

Terdahulu Rais melancarkan "Buku Kebudayaan Malaysia: Sebuah Pengenalan" di Auditorium Kompleks Kraftangan Malaysia di sini.

Pada konvensyen tersebut, poster yang memaparkan wajah tiga Adun iaitu Hee Yit Fong (Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) diletakkan di pintu masuk bertujuan agar perwakilan yang menghadiri konvensyen itu meminjak poster mereka.

"Ini menunjukkan bahawa politik pada diri mereka (perwakilan dan pemimpin DAP) mengatasi segalagalanya dan (mereka) tiada langsung perasaan kemanusiaan atau penghormatan terhadap individu dan hak demokrasi mereka," kata Rais.

Rais berkata jika DAP menghargai nilai demokrasi mereka harus menerima hakikat bahawa ketigatiga Adun itu keluar parti atas prinsip perjuangan mereka.

"Kenapa foto mereka dipijak sambil masuk ke dewan? Ketigatiga mereka boleh ambil tindakan sekiranya mereka mahu dengan meletakkan gambar Lim Kit Siang bersama gambar rakanrakan lain dalam pakatan pembangkang dan dipijak oleh orang lain.

(Fikirkan) macam mana rasanya," kata Rais. Rais juga berkata gelagat berfikiran sempit dan politik kurang ajar seperti itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. BERNAMA


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...