Selasa, Disember 01, 2009

Teks Kuliah Dirangka Awal Tanam Kebencian Kepada Pembangkang

Bekas Peserta BTN:

Pengalaman Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad menyertai program Biro Tatanegara pada tahun 2004 membuka minda beliau tentang betapa kejinya taktik kerajaan Umno-Barisan Nasional menanam kebencian melalui biro itu.

Beliau turut menceritakan kepada TV Selangor pengalaman diarah memberi kuliah subuh berdasarkan teks yang telah dirangka oleh pihak BTN.

Kandungan teks tersebut menjelaskan bahawa penangkapan tanpa bicara dan penyeksaan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah halal di sisi Islam.

“Macam saya juga kita diminta misalnya membaca kuliah subuh tapi kuliah subuh tersebut tidak diberi peluang untuk mahasiswa yang besar panjang ni untuk menyampaikan hujah mereka sendiri sebaliknya diberikan teks.

“Dan teks yang saya ingat, ialah Malaysia sebuah negara Islam dan satu lagi, ISA halal dari segi Islam,” katanya.

Menurut Nik Nazmi lagi, peranan mahasiswa seolah-olah tidak wujud dalam program yang sepatutnya menitikberatkan aspek pengukuhan jati diri dan kewarganegaraan.

Apa yang dijamah oleh peserta-peserta BTN adalah cerpen yang mendakwa parti-parti pembangkang adalah ekstrem dan kolot.

Nik Nazmi menjelaskan beliau tidak menafikan bahawa perlu ada program kenegaraan untuk mahasiswa namun perkara yang dikesalkan beliau adalah modul politik sempit dan kebencian yang ditawarkan kepada para peserta.

Menurut pandangan beliau, BTN mengamalkan komunikasi satu hala dengan menyekat segala ruang untuk mahasiswa meluahkan input mereka.

“Kita tidak menafikan bahawa kita boleh adakan program kenegaraan, bahawa kita perlu tahu sejarah, kita perlu tahu masalah-masalah yang membebani masyarakat kita pada hari ini. Tetapi ia harus dibuat dengan suasana yang lebih terbuka, kurang partisan,” katanya.

Beliau berpendapat sekiranya BTN mahu menerapkan unsur politik maka ia perlu mengundang hujah dari semua pihak dan bukan hanya monopoli UMNO-Barisan Nasional.

“Dan pada masa yang sama, kalau betul nak dibawa masuk pandangan UMNO misalnya, saya tidak menyangkal mahasiswa berhak diberikankan exposure ataupun pendedahan daripada pegawai-pegawai tersebut tetapi bawa sama orang-orang lain, ahli akademik, bawa sama orang Keadilan, orang PAS, orang DAP supaya ada satu perbahasana ada wacana yang mana mahasiswa yang besar panjang yang kebanyakkannya boleh mengundi, boleh menilai,” katanya.

Beliau menambah, unsur kepartian tidak harus dicampur adukkan dengan program BTN yang menjadi salah satu syarat kepada pegawai kerajaan dan pemegang biasiswa.

“Jadi isu kepartian yang saya rasa bukan pada tempatnya. Kalau kelab UMNO misalnya nak buat satu kursus, buat. Siapa nak datang, datang. Siapa yang tak nak datang, sudah.

“Tetapi ini program yang diwajibkan untuk semua pemegang biasiswa, untuk semua pegawai kerajaan dan berbentuk partisan. Jadi itu yang saya rasa sedikit kurang senang dengan program ini,” katanya.


Beliau turut mencadangkan kajian perlu dibuat secara lebih intensif dengan menubuhkan suruhanjaya diraja yang terdiri daripada ahli akademik untuk memantau modul program BTN supaya kembali ke matlamat asal.

Nik Nazmi mengulas, ini merupakan kejayaan moral bagi kerajaan negeri memperjuangkan hak rakyat supaya tidak ditindas oleh pihak UMNO-Barisan Nasional yang menerapkan input yang tidak sejajar dengan kehendak negara. –Hadri Yaziz


Menambahkan Pendapatan Dengan Team Kami
Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...