Isnin, Januari 04, 2010
Ada ‘payung’ lindungi maksiat
PAYA JARAS – Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Datuk Dr Hasan Ali mengakui ada di antara pihak berwajib di negeri ini yang bersubahat dengan hotel murah, pusat spa, rumah urut serta disko untuk memudahkan premis itu menjalankan kegiatan haram.
Menurutnya, rangkaian berkenaan dilihat cuba melindungi pusat-pusat ini sebagai tempat untuk mendapatkan khidmat pelacur, pegawai perhubungan pelanggan (GRO) dan melakukan maksiat.
“Saya ada terima laporan, bila ada serbuan yang hendak dibuat ke lokasi yang sudah dikenal pasti ini, sering kali gagal walhal memang premis itu menjalankan kegiatan haram itu.
“Hotel-hotel bajet, pusat hiburan dan rumah urut di Selangor seolah-olah ada ‘payung’ tetapi kita tidak tahu siapa payungnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai penglibatan hotel-hotel bajet yang dikatakan bersubahat membenarkan pasangan belum berkahwin menyewa bilik susulan tangkapan 52 pasangan dalam operasi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada malam tahun baru yang lalu.
Beliau berkata, usaha untuk membanteras gejala sosial dan maksiat di negeri ini tidak akan berjaya jika sekiranya tiada kerjasama dari semua termasuk peringkat masyarakat.
“Masalah ini adalah masalah semua, Tok Penghulu, Pegawai Daerah dan rakyat perlu bekerjasama. Kalau hanya hendak mengharapkan Kerajaan Negeri bertindak, tentulah agak sukar,” katanya.
sinarharian
SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Elok lah di tukar pihak berwajib (PR) di negeri Selangor ni kalau dah menjadi "payung" segala maksiat.
BalasPadam