Isnin, Januari 04, 2010

Pemuda Umno Kelantan dakwa doa PAS kena diri sendiri

KOTA BHARU, Jan 3 — Pemuda Umno Kelantan mendakwa bencana yang menimpa kerajaan PAS Kelantan sekarang adalah pantulan daripada doa oleh pemimpin tertinggi parti itu agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditimpa musibah baru-baru ini.

Ketuanya Anuar Sapian berkata antara isu itu ialah rasuah iaitu tajaan mengerjakan haji kepada Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat oleh sebuah syarikat, pelantikan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), perbalahan antara Exco, peletakan jawatan oleh dua setiausaha menteri besar dan terbaru keputusan ganti rugi RM800 juta.

“Ini semua Allah SWT telah tentukan dan mungkin pantulan doa supaya Tuhan jatuhkan bala ke atas Perdana Menteri mengena diri sendiri,” kata beliau dipetik Bernama.

Baru-baru ini, Nik Abdul Aziz mengundang kemarahan rakyat apabila meminta orang ramai mendoakan agar Najib ditimpa musibah jika tidak memberikan royalti minyak kepada Kelantan.

Anuar berkata PAS sepatutnya sedar dengan kesilapan dan tidak melakukan perkara-perkara di luar batasan syarie termasuk mendoakan sesama Islam supaya dikenakan bala.

Beliau berkata tindakan itu juga telah menjejaskan kredibiliti parti PAS yang mengaku Islam.

Pengerusi Biro Agama Pemuda Umno pusat Afandi Yusof menyarankan PAS bertaubat dan mengaku kesilapan dengan kembali ke pangkal jalan.

Beliau berkata apa yang diajar dalam Islam supaya mendoakan kebaikan sesama muslim bukannya mendoakan supaya Tuhan jatuhkan bala kepada sesama Islam.

themalaysianinsider


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Malas nak komen gerombiolan ni.
    Dia ingat doa tu terus pi kene , tak tangguh. sabar saja le.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...