Jumaat, Januari 15, 2010

Adun Teratai Nafi Pembantu Mengedar Dadah


Janice membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pagi semalam.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Janice Lee, kesal dengan cubaan penyokong Barisan Nasional mengaitkan anggota pentadbirannya dengan sindiket pengedaran dadah.

Janice berkata tuduhan blog tertentu yang mendakwa pembantu khasnya, Mohamad Samad, ditahan dalam satu operasi rampasan dadah di Pulau Pinang adalah tidak benar sama-sekali.

“Saya juga difahamkan sekarang ada satu kumpulan orang yang diupah untuk serang Pakatan Rakyat (PR) sahaja melalui cyber through. Itu nama yang mereka katalah. Jadi saya percaya ini semua adalah dibayar untuk serang kita satu demi satu. Hari ini saya, esok saya tak tahu siapa lagi," katanya.

Berikutan tuduhan palsu tersebut, Janice membuat laporan polis di Balai Polis Pandan Indah, tepat jam 9.45 pagi semalam bersama Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Mohamad, ahli majlis dan penyokong-penyokong parti itu.

“Saya nak buat satu laporan polis pegawai khas saya masih ada di sini, tidak ditangkap, tidak ada kena-mengena berkaitan dengan isu dadah dan sebenarnya saya cuma ada seorang pegawai khas tetapi di sini (blog) ditulis dua. Saya sendiri pun tidak tahu siapa pembantu kedua inilah," katanya.

tvs


SAIFUL APEK & MALEK NOOR TELAH TURUT SERTA...ANDA PULA ????
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...